Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


11 bulan lagi!

Posted: 28 Dec 2011 12:04 PM PST

Sukan

K Rajagobal, Ketua Jurulatih Harimau Malaya

K Rajagobal, Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Rajagobal akur misi pertahan Piala Suzuki makin mencabar

HARI ini genap setahun skuad bola sepak kebangsaan menamatkan kemarau 14 tahun dengan kejayaan menjulang trofi Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat.

Namun, ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak mahu bersikap mudah kerana bimbang cuma ada masa 11 bulan lagi sebelum anak didiknya turun ke gelanggang mempertahankan mahkota kejuaraan.

Saya tak boleh janji kita dapat mengekalkan gelaran kerana cabaran nanti pasti bertambah sengit, tambahan kita akan menjadi tuan rumah. - K Rajagobal, Ketua Jurulatih Harimau Malaya

"Saya tak boleh janji kita dapat mengekalkan gelaran kerana cabaran nanti pasti bertambah sengit, tambahan kita akan menjadi tuan rumah," katanya, semalam.

Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama untuk aksi peringkat kumpulan bermula 24 November 2012.

Lagi berita lanjut mengenai Piala Suzuki 2012, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

adat sukan ada menang ada kalah, biasa la

Fick

Saya yakin Rajagobal sekali lagi membawa Malaysia sekurang2nya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF.

alep tok tok

GO MALAYSIA.go..

adam garcia

usah dibuai dengan kejayaan lampau!! lipat gandakan usaha kemudian kejayaan akan datang sendiri!!

sam

Kita perlu maju ke hadapan untuk mempertahan piala suzuki di samping memperbaiki rangking.

tiada nama

malaysia boleh !!!

lisaMia

Harimau Malaya!!xkn gentar pada cabaran!!

Na O Mei

kmi sbgi peminat ttp menyokong "anak2" semua. Apa yg blh di kta kan. Berusaha bersungguh2 utk mempertahankan maruah negara kita. Biar org luar memperkotak-katikkan kebolehan kta namun yg penting USAHA TANGGA KEJAYAAN. Semoga Harimau Malaya mengekalkan prestasi yg benar2 unggul spt Harimau Muda.

Yangretibase

Hanya permainan yang melaghokan!!!

peminat fanatik malaysia

malaysia pasti mnang pnye...jgn rsau.ape pn,penyokong akan mberikn sokongan yg padu kpd skuad harimau malaya.


Full content generated by Get Full RSS.

'Jumpa Chen Long baik buat Lee'

Posted: 28 Dec 2011 11:55 AM PST

Sukan

AKSI Chen Long (kiri) ketika saingan separuh akhir Super Siri Dunia menentang Chong Wei di Liuzhou, China, minggu lalu. Chen Long menang 21-16, 16-21, 21-18.

AKSI Chen Long (kiri) ketika saingan separuh akhir Super Siri Dunia menentang Chong Wei di Liuzhou, China, minggu lalu. Chen Long menang 21-16, 16-21, 21-18.

Chong Wei sudah bersedia: Chin Chai

ANDAI bayangan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik 2012 mahu dijelmakan, jaguh badminton negara, Lee Chong Wei harus melepasi halangan pertama menumpaskan seteru dari China, Chen Long pada Terbuka Malaysia, bulan depan.

Pemain nombor satu dunia itu dijangka bertemu Chen Long pada pusingan separuh akhir Terbuka Malaysia selepas tiga kali ditumpaskan pemain muda berusia 22 tahun itu sepanjang tahun ini dengan kali terakhir tewas pada Siri Super Masters Akhir di China, dua minggu lalu.

Chong Wei juga sudah bersedia dan kemenangan adalah penting bagi meningkatkan semula keyakinannya. Kien Keat-Boon Heong juga ada peluang tetapi pada pusingan separuh akhir mereka berkemungkinan bertemu halangan besar iaitu pasangan nombor dua dunia, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan. - Ng Chin Chai, Setiausaha Kehormat BAM

Sebelum ini, Chong Wei turut berdepan dengan masalah menundukkan seorang lagi pemain dari China, Lin Dan yang menewaskannya empat daripada lima pertemuan tahun ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata kemenangan Chong Wei menundukkan pemain ranking ketiga dunia itu sangat penting dalam memastikan ranking teratas dunia masih milik pemain negara itu.

"Pertemuan antara Chong Wei dan Chen Long adalah baik apa lagi perlawanan itu diadakan di tempat sendiri.

"Chong Wei juga sudah bersedia dan kemenangan adalah penting bagi meningkatkan semula keyakinannya," katanya mengenai Chong Wei yang sudah tujuh kali menjuarai Terbuka Malaysia.
Mengenai undian Terbuka Malaysia yang akan berlangsung 10 hingga 15 Januari ini, Chin Chai berkata dia berasa undian kali ini lebih terbuka dengan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang diletakkan pilihan keempat mempunyai peluang mengembalikan kegemilangan.

"Kien Keat-Boon Heong juga ada peluang tetapi pada pusingan separuh akhir mereka berkemungkinan bertemu halangan besar iaitu pasangan nombor dua dunia, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan," katanya.

Pasangan negara yang tidak pernah menang dalam keenam-enam pertemuan dengan beregu Korea itu sebelum ini bergelut dalam mencipta kejayaan menjelang Olimpik apa lagi selepas prestasi buruk pada Siri Super Masters Akhir di China yang mencatatkan kekalahan dalam semua tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan