Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Angin baru Koo-Tan

Posted: 28 Dec 2011 11:17 AM PST

BENARKAH Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sudah berubah daripada 'liat' menjalani latihan kepada rajin sejak berada di bawah pemantauan jurulatih Phang Cheh Chang?

Mungkin benar, tapi kebenarannya hanya boleh dilihat menerusi hasil daripada kerajinan itu.


Selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam Tan Boon Heong yang dikerumuni wartawan mengakui dia dan Kien Keat kini menjalani latihan 'ekstra' berbanding pemain beregu lain.

"Kini kami menjalani latihan tambahan, lebih 30 minit berbanding latihan sebelum ini," kata Boon Heong. "Kami sendiri meminta jurulatih agar melanjutkan latihan kami selama 30 minit agar memberi ketahanan baik dari segi fizikal mahupun mental pada perlawanan sebenar nanti.


"Sepanjang tahun ini sejak dua tahun lalu kami amat kecewa dengan prestasi kami dan mahu melupakannya. Kami berazam untuk tampil pada 2012 dengan kejutan dan keputusan yang lebih baik." Dalam pada itu, Cheh Chang mengakui yang beregu utama negara itu memperlihatkan perubahan daripada segi kesungguhan.


"Selepas tiga bulan melatih mereka, saya dapati kekurangan utama adalah kemampuan fizikal di atas gelanggang, termasuklah persefahaman antara kedua-duanya tapi sehingga hari ini (semalam) kedua-dua pemain menampakkan kematangan dan komunikasi yang baik." "Mereka sering keliru ketika berada di pada situasi yang mereka boleh menang dua set berturut-turut. Di saat genting itulah salah seorang daripada mereka keliru dan seorang lagi bersedia hingga akhirnya kombinasi akan bercelaru," katanya mengenai masalah dihadapi bekas beregu nombor satu dunia itu.

"Apa yang nampak ketika ini, kesungguhan lahir daripada mereka sendiri dan hanya kesanggupan diri sendiri yang akan membawa kejayaan kepada seseorang.


"Tidak guna jika saya dan jurulatih lain mengarahkan mereka melakukan itu ini serta berlatih lebih panjang jika mereka berat hati melakukannya.

"Sehingga kini apa yang saya minta mereka lakukan termasuk mendaki tangga Batu Caves, mereka melakukan dengan rela dan hasilnya lihatlah Kien Keat kini sudah kurus.


"Lagipun prestasi gandingan ini tidak lagi seburuk di Kejohanan Dunia kerana mereka tidak tewas dua set berturut-turut kepada gandingan Korea dan memberi saingan sengit sebelum kalah." Begitupun Cheh Chang menegaskan beliau memerlukan lebih ramai beregu muda yang boleh memberi tekanan kepada dua pemain terbabit kerana dengan tekanan barulah mereka tidak selesa di kedudukan nombor satu negara ketika ini.


"Selain Goh Wei Shem-Lim Khim Wah, saya perlukan sekurang-kurangnya dua lagi beregu pelapis yang boleh menggugat kedudukan Kien Keat-Boon Heong. Lebih ramai pemain muda menunjukkan prestasi cemerlang lebih baik untuk kem negara.


"Malah saya perlu wujudkan suasana seperti pertandingan dalam latihan. Jadi setiap Rabu hingga Ahad, selepas tamat latihan kami akan jalankan perlawanan simulasi," kata Cheh Chang yang mahu membiasakan latihan bercorak pertandingan pada hari sama dengan hari kejohanan badminton dianjurkan.


Hari ini beliau dan Yoo Yong-sung akan berbincang dengan ketua jurulatih Tan Kim Her mengenai pelan latihan fasa baru tiga bulan dan enam bulan akan datang.



Full content generated by Get Full RSS.

Makaf kekal tolak Ari

Posted: 28 Dec 2011 11:11 AM PST

PERSEKUTUAN Karate Malaysia (Makaf) tetap dengan keputusan asalnya untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih karate kumite negara, P Arivalagan yang tamat kontraknya pada Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat Makaf, Clement Soo berkata, perkara itu sudah lama diputuskan pengurusan Makaf, iaitu sejak pihaknya mengambil kata putus untuk menyambung semula kontrak jurulatih berusia 42 tahun itu selama setahun pada awal tahun ini.


Malah katanya, Arivalagan sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara itu dan bersetuju mengakhiri tugas terakhirnya sebagai jurulatih kumite selepas Sukan Sea di Indonesia, November lalu.

"Yang pasti Makaf tidak akan melanjutkan lagi kontrak Arivalagan. Perkara ini sudah diputuskan dan mendapat persetujuan Arivalagan sendiri.


"Makaf juga tetap dengan keputusan sebelum ini iaitu untuk melantik jurulatih asing bagi menggantikan beliau (Arivalagan)," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.


Clement berkata, Makaf tidak perlu menghantar surat rasmi kepada Arivalagan mengenai keputusan mereka untuk tidak menyambung kontraknya kerana segala-galanya sudah jelas.

Semalam, Arivalagan menerusi laporan Arena Metro berkata, beliau sedia berundur jika Makaf tidak mahu menyambung kontraknya yang tamat 31 Disember ini.


Bagi Arivalagan, sudah cukuplah peluang yang diberikan Makaf kepadanya selama ini dan beliau tidak akan mengemukakan rayuan kepada pengurusan Makaf untuk menyambung semula kontraknya.

Pada awal tahun ini, Makaf bersetuju menyambung semula kontrak Arivalagan selama setahun iaitu sehingga hujung tahun ini selepas menerima desakan barisan atlet senior yang tidak mahu berlatih di bawah mana-mana jurulatih selain daripada Arivalagan.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan