Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Jangan ingkar arahan

Posted: 29 Dec 2011 09:51 AM PST

TINDAKAN pasukan yang tetap berdegil untuk menurunkan pemain import tidak mendapat kebenaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan Liga Malaysia musim depan hanya akan mengundang padah apabila badan induk bola sepak tanah air itu bersedia mengenakan hukuman tegas.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata mereka tidak akan mengubah keputusan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM dan semua pasukan harus mematuhinya.


"Tidak ada perubahan, jika ada pasukan menurunkan pemain import yang tidak mendapat kebenaran, perlawanan itu tidak akan dikira, tindakan menolak mata pasukan yang melakukan kesalahan itu mungkin diambil.

"Peluang masih ada untuk mana-mana pasukan mengambil pemain import namun mereka harus mendaftar pemain sesi kedua pada 2 hingga April depan dan pemain itu perlulah mengikut piawaian ditetapkan," kata Azzuddin ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) semalam.


Sebelum ini, FAM sudah mengeluarkan senarai tujuh pemain import yang tidak memenuhi syarat FAM mengikut piawaian Fifa iaitu Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan Helmi Loussaief (PKNS FC).


Permohonan membabitkan pemain Terengganu, Tercio Nunes Machado dan Oladimeji Mathew Talabi dari pasukan kelab Negeri Sembilan, Betaria FC pula ditarik balik manakala hanya 26 pemain dibenarkan beraksi musim depan.

Berdasarkan syarat yang ditetapkan, status pemain ditentukan oleh kelab terakhir disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah, pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia, pemain mestilah dari Divisyen 1 ke atas.


Biarpun FAM sudah membuat keputusan, difahamkan ada pasukan yang masih menyimpan pemain yang tidak mendapat kebenaran itu dan diturunkan dalam aksi perlawanan persahabatan sebelum ini.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mempengerusikan mesyuarat JKPT berkata, mereka sudah menilai semula keputusan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM dan memutuskan untuk tidak menerima rayuan pasukan terbabit.


"Kami sudah menyemak semula perkara ini dan kami tetap dengan keputusan yang dibuat sebelum ini. Kami akan menghantar surat mengenai ketetapan ini kepada semua pasukan dan saya yakin tidak akan ada pasukan berdegil menurunkan pemain import tidak mendapat kelulusan itu," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Irfan ‘korban’ pemain

Posted: 29 Dec 2011 09:44 AM PST

BEBERAPA pemain tengah terpaksa dikorbankan Irfan Bakti Abu Salim bagi memastikan Selangor mendapat kombinasi terbaik untuk mengharungi kancah Liga Malaysia 2012 yang membuka tirainya awal bulan depan.

Kehadiran ramai pemain tengah yang berkualiti memaksa pengendali baru Selangor itu membuat penilaian teliti bagi memilih individu yang mampu memberi sumbangan kepada kejayaan pasukan dan selebihnya terpaksa memanaskan bangku simpanan.


Antara pemain tengah berkualiti dan sudah mempunyai nama besar dalam kancah bola sepak tempatan yang dimiliki Merah Kuning adalah Mohd Safiq Rahim, K Gurusamy, Azidan Sarudin, Mohd Bunyamin Omar, Fitri Shazwan Raduwan, Solihin Kanasian Abdullah, Fazilidin Khalid dan Mohd Amirulhadi Zainal.

"Kami mempunyai ramai pemain tengah. Ada pemain terpaksa disisihkan walaupun mempamerkan aksi baik ketika pramusim. Saya sudah dapat bayangan kesebelasan utama dan bakal menurunkan mereka dalam baki dua aksi persahabatan nanti," katanya.


Pendatang baru Liga Perdana musim depan dari Negeri Sembilan, Betaria FC akan menjadi lawan Selangor di Stadium UiTM, petang ini diikuti Pos Malaysia sebagai aksi terakhir Selasa depan selepas menewaskan enam pasukan sebelum ini dan tewas sekali kepada Johor FC.


"Antara kriteria yang saya mahukan adalah pemain tengah yang mampu menjaringkan gol bagi mengurangkan beban dan tumpuan terarah kepada penyerang. Selain itu saya juga mahukan setiap pemain dalam kesebelasan utama mampu meledak gol terutamanya menerusi sepakan percuma atau penjuru," katanya.

Berdasarkan aksi persahabatan yang diharungi Selangor sejak awal bulan ini, jentera serangan Selangor, diketuai kapten Mohd Amri Yahyah tetap tajam kerana sudah meledak 23 gol dan hanya melepaskan empat jaringan walaupun tanpa kehadiran penyerang import, Lelo Mbele yang masih dibelenggu kecederaan.


Malah kehadiran bekas penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali terus menyuntik keyakinan kepada Irfan Bakti dalam membentuk barisan mantap Merah Kuning musim ini yang mensasarkan sekurang-kurangnya satu piala.



Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan