Kosmo Online - Sukan |
Posted: Imej PSM tercalarPERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengecam tindakan buruk pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memburuk-burukkan nama baik badan induk itu. Meskipun kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah menyuarakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Ahmad Ismail untuk terus memimpin PSM, masih ada pihak yang dikatakan cuba 'bermain kotor'. Terbaharu, satu laporan tertutup yang diedarkan kepada semua wakil dalam mesyuarat Ahli Majlis PSM di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu telah disalahgunakan. Justeru, Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) merangkap Ahli Majlis PSM, Syed Azmir Syed Ahmad (gambar kecil) tampil untuk membetulkan keadaan dan mengecam laporan yang disiarkan dalam sebuah akhbar kelmarin. "Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan akhbar kepada wartawan tersebut. "Saya mengakui dengan penuh tanggungjawab bahawa saya memang ada menulis satu laporan berkaitan pencapaian skuad elit negara pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia lalu. "Bagaimanapun, ia hanyalah satu laporan tertutup untuk semua wakil yang menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM baru-baru ini. "Tujuan sebenar saya menulis laporan itu adalah untuk meminta semua wakil agar menggembeling dan terus berusaha gigih dalam melakukan perubahan serta penambahbaikan kepada pencapaian prestasi skuad negara pada masa depan," kata Syed Azmir kepada Kosmo! semalam. Syed Azmir berkata, beliau berasa amat kesal kerana ketika kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah memberikan taat setia kepada Presiden PSM untuk memartabatkan semula maruah sepak takraw negara di persada dunia, masih ada pihak yang berterusan mengambil kesempatan bagi memburukkan imejnya serta menggugat kredibiliti persatuan tersebut. Katanya, bagi pihak PSTPs, beliau mengecam tindakan buruk pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana mereka tidak berhenti dengan niat jahat bagi memburukkan PSM walaupun pelbagai usaha yang akan dan telah dilaksanakan oleh PSM selama ini. "PSTPs akan terus menyokong kepimpinan PSM. "Jangan hanya pandai mengkritik dan melihat kelemahan orang lain, sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan maruah dan martabat sepak takraw negara? "Saya juga menyeru kepada pihak terbabit agar menghentikan apa jua bentuk kecaman bagi memburukkan PSM kerana adalah lebih baik sekiranya manfaatkan pandangan serta pendapat mereka ke arah kemajuan sukan sepak takraw negara. "Akhir sekali, saya berharap pihak yang berterusan mengecam PSM tanpa bukti yang nyata tampil menyalurkan pandangan mereka supaya ia dapat dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM," ujarnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 'Semua FA negeri sudah jelas'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE KEMBALI... Zacharia Simukonda (kiri) sekali lagi akan mengegarkan arena bola sepak tempatan dengan menggalas cabaran T-Team musim depan. NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar kecil) percaya kesemua persatuan bola sepak (FA) negeri yang berdepan masalah pendaftaran pemain import, tidak akan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh badan induk itu sebelum ini. Jelas Hamidin, ia termasuklah membenarkan tonggak import beraksi bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Menurut beliau, sebarang maklumat terperinci berhubung perkara itu telah lama dibincangkan bersama wakil kesemua FA negeri sebelum ini, justeru pihaknya yakin tidak akan timbul sebarang masalah mahupun kekeliruan sebaik tempoh pendaftaran pemain import berakhir 8 Disember lalu. "Mereka (FA negeri) bukannya dangkal (kurang pengetahuan) mengenai peraturan-peraturan yang telah lama digariskan FAM. "Sudah tentu, mereka tidak akan sewenang-wenangnya melanggar peraturan tersebut," kata Hamidin kepada Kosmo! Kelmarin, Hamidin dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya membuat pengumuman bahawa FAM kekal dengan keputusan untuk tidak menerima rayuan mana-mana FA negeri yang memohon diberikan kelonggaran berhubung perkara itu. Keputusan itu dibuat bagi memelihara kualiti Liga-M yang kembali diwarnai kehadiran awang import pada musim depan setelah khidmat mereka 'dibekukan' sejak 2008. Antara syarat kelayakan pemain import bagi Liga-M 2012 termasuklah pemain itu perlu bermain dalam Divisyen Satu (jika dari Asia) sebelum ini, manakala pemain dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika perlu beraksi sekurang-kurangnya dari Divisyen Dua. Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand juga tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun. Disebabkan itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut memberikan peringatan kepada mana-mana pasukan yang masih 'berdegil' menurunkan pemain-pemain import yang tidak layak beraksi dalam mana- mana perlawanan Liga-M sebelum pendaftaran dibuka semula pada 2 hingga 16 April tahun depan, boleh didenda termasuk pemotongan mata (bagi aksi liga) ataupun kemenangan ditarik balik bagi saingan Piala FA. Setakat ini, antara pemain import yang tidak layak beraksi bersama pasukan masing-masing atas sebab sedemikian ialah Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal dari Johor FC, Sergey Ivanov (Pahang), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan) serta Helmi Loussaief (Selangor PKNS). Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada pasukan yang 'terlepas pandang' termasuk masih keliru serta 'berdegil' menurunkan pemain import yang tidak menepati syarat terbabit dalam mana-mana perlawanan Liga-M selepas ini, tegas Hamidin: "Seperti yang saya katakan tadi, semua (persatuan negeri) sudah jelas. "Jadi, itu bukan soalan yang harus ditanya sebenarnya." Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Kim Swee buka 'buku baharu'KIM SWEE (tiga dari kiri) sudah merangka strategi terbaik buat skuad Harimau Muda bagi mengharungi cabaran pada musim 2012. PERASAAN gundah-gulana yang pernah terbit di hati jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkaitan jadual perlawanan dan stadium rasmi skuadnya sepanjang mengharungi saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan akhirnya ternoktah sudah. Sebaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebarang perkara berbangkit termasuk isu pertindihan jadual telah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, pengendali berasal dari Melaka itu kini jelas hanya berkira-kira menunggu masa untuk membuka 'buku baharu' sepanjang tahun depan. Yang pasti, azam tahun baharu Kim Swee pada 2012 nanti tidak lain tidak bukan, mahu membantu anak-anak buahnya mengharungi baki aksi kelayakan Olimpik Zon Asia dengan penuh bermaruah, selain memburu kedudukan sekurang-kurangnya lima terbaik dalam saingan Liga-S yang dijangka bermula 9 Februari tahun depan. Impian mahu beraksi pada pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada 2013 juga pas- tinya tidak dipandang mudah oleh pengendali berusia 41 tahun itu, asalkan ranjau pusingan kelayakan yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan berjaya diharungi dengan penuh bergaya. "Apabila membuka 'buku baharu' tahun depan, sudah tentu harapan bagi meraih kejayaan juga mesti seiring dengan usaha kesemua pemain dalam pasukan. "Justeru, saya harap kesemua cabaran itu dapat ditempuhi sebagai pengajaran berguna pada masa depan," kata Kim Swee kepada Kosmo! baru-baru ini. Menurut Kim Swee, sasaran untuk sekurang-kurangnya muncul sebagai lima pasukan terbaik dalam Liga-S musim depan bukannya ditetapkan oleh FAM, sebaliknya hadir daripada dirinya sendiri bagi mencabar barisan pemainnya supaya memberikan yang terbaik. "Malah, saya juga menasihatkan kesemua pemain supaya sentiasa berdisiplin dan menunjukkan daya kesungguhan yang berterusan, tidak kira semasa latihan mahupun perlawanan sebenar jika mahu kekal berjaya sebagai pemain bola sepak," katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keputusan penyerang baharunya, Ahmad Hazwan Bakri yang mahu bersama Harimau Muda mengharungi saingan Liga-S berbanding kekal bersama Kuala Lumpur, Kim Swee menjelaskan: "Aksi dalam Liga-S boleh membantunya menyiapkan diri supaya bersedia beraksi di pentas antarabangsa. "Ahmad Hazwan masih memerlukan masa untuk menyinar. Saya percaya dia bakal menjadi penyerang prolifik negara suatu hari nanti dengan syarat kekal berdisiplin seperti mana sekarang," jelasnya. Ahmad Hazwan meledak tiga gol pada perlawanan menentang Sydney FC dan Central Coast Mariners ketika siri persahabatan skuad Harimau Muda di Australia dua minggu lalu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan