Utusan Online - Sukan |
Posted: Zulfadli buka mata BAMOleh Norzie Mohd. Khasbi
KUALA LUMPUR - Selepas menyedari terdapat kekurangan dalam sistem terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya mengambil tindakan proaktif dengan bakal menghantar pemain ke pertandingan antarabangsa seawal usia 16 tahun bermula 2012. Jika dulu, pemain yang masih bersekolah hanya dihantar untuk bertanding pada kejohanan peringkat umur seperti Kejohanan Remaja Dunia dan Remaja Asia, namun mulai tahun depan mereka berpeluang mencabar pemain yang lebih senior serta berpengalaman pada kejohanan berstatus terbuka di Eropah dan Asia. Pendedahan pada peringkat umur yang awal merupakan kaedah terbaik untuk memastikan pemain Malaysia berupaya bersaing di peringkat antarabangsa pada usia muda dan bukan masih terkial-kial untuk mengukuhkan kedudukan ketika umur sudah menjangkau 25 tahun. Keputusan untuk menghantar pemain remaja yang bakal dikenalpasti dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ke kejohanan antarabangsa itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan BAM dalam mesyuaratnya semalam. "Apa yang berlaku pada Kejohanan Remaja Dunia lalu (Oktober) menyedarkan kami bahawa pendedahan awal amat diperlukan sekiranya kita mahu pemain kita mampu berdaya saing dengan pemain antarabangsa lain pada usia muda. "Biarpun Zulfadli Zulkifli berjaya muncul juara, namun dia bukan pemain BAM. Dia membuktikan mampu memberi persembahan yang baik kerana telah didedahkan kepada kejohanan antarabangsa sejak usia awal. Walaupun kita menguasai beregu lelaki tetapi tiada seorangpun pemain perseorangan yang berjaya memasuki suku akhir. "Jadi mulai 2012, pemain-pemain Tingkatan 4 dari SSBJ akan menjadi kumpulan pertama yang didedahkan kepada kejohanan antarabangsa. Begitupun, kami perlu memilih kejohanan dengan berhati-hati kerana kami memerlukan kejohanan yang berkualiti tetapi dalam masa yang sama tidak mahu pemain ini terlepas terlalu banyak kelas kerana khuatir pelajaran mereka terjejas,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM, David Wee. Menurut David, biarpun pelajar Tingkatan 4 tidak mempunyai peperiksaan besar untuk diduduki, namun pelajaran mereka tidak boleh diabaikan. Selepas berbincang dengan Pengetua SSBJ, Marina Chin, BAM mendapati tiga atau empat bulan pertama, 2012 adalah tempoh terbaik untuk menghantar pemain bertanding di luar negara. Antara kejohanan yang berpotensi menjadi pilihan adalah Terbuka Sweden (19-22 Januari), Terbuka Jerman (28 Februari hingga 4 Mac), Terbuka Switzerland (13-18 Mac), Terbuka New Zealand (26-31 Mac), Cabaran Antarabangsa Vietnam (26 Mac hingga 1 April), Terbuka Australia (3-8 April) dan Terbuka Belanda (12-15 April). Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan semalam turut mencadangkan, tambahan dua jurulatih bagi menguatkan sektor perseorangan lelaki di SSBJ, dan perkara itu akan diketengahkan ke mesyuarat majlis BAM pada 17 Disember ini. Kata David, kekuatan bahagian beregu dan perseorangan wanita tidak membimbangkan ketika ini, namun kekurangan ketara wujud dalam perseorangan lelaki, yang diketuai jurulatih dari China, Zhou Kejian. "Kami akan membawa perkara ini ke mesyuarat majlis dan selepas melihat bajet yang diberikan, barulah kami boleh memutuskan sama ada boleh membawa masuk jurulatih baru. Saya tidak kisah sama ada ia jurulatih tempatan atau asing,'' katanya. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Beri peluang – KLRCOleh Norzie Mohd. Khasbi Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh berbual dengan Zulfadli Zulkifli (kanan) ketika menyambut kepulangan juara remaja Dunia itu dari Taiwan di KLIA, Sepang baru-baru ini. KUALA LUMPUR – Ia akan memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna buat juara remaja Dunia, Zulfadli Zulkifli andai disenaraikan pada kelayakan Piala Thomas di Macau 14-19 Februari ini. Sebagai pemain masa depan, pengalaman merasai suasana kejohanan besar bakal memberi kelebihan kepada pemain berusia 18 tahun itu apabila tiba masa dia menggalas tanggungjawab sebagai pemain utama negara pada masa akan datang. Pemilik KLRC, kelab yang menaungi Zulfadli, Datuk Seri Andrew Kam percaya, kelebihan memberi peluang awal kepada pemain muda adalah untuk mendedahkan pemain itu kepada tekanan serta persekitaran pertandingan besar. "Adalah sesuatu yang sangat bagus untuk pemain muda seperti Zulfadli jika mendapat peluang membawa cabaran negara dalam satu kejohanan besar. Sama ada dia bermain atau hanya turun sebagai simpanan, suasana Piala Thomas itu sendiri bakal memberikan satu pengalaman hebat kepadanya. "Jika dalam dua tahun lagi, dia sudah boleh beraksi sebagai salah satu pemain utama negara, pengalaman yang diperoleh sekarang tentu banyak membantu, terutama bagaimana mengendalikan tekanan dan tuntutan tinggi kejohanan. "Zulfadli mempunyai reputasi yang bagus, sebagai juara remaja dunia dan Asia, dia memiliki keupayaan setaraf dengan pemain pelapis kebangsaan yang lain, jadi dia memiliki kelayakan untuk membawa cabaran Malaysia,'' katanya. Ketika ini hanya jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sudah mengesahkan tempat dalam perseorangan lelaki. Biarpun Liew Daren dan Mohd. Arif Latif menjadi calon untuk mengisi slot perseorangan kedua dan ketiga, masih ada kekosongan yang perlu diisi. Pemain senior KLRC, Muhammad Hafiz Hashim turut disebut-sebut untuk melengkapkan pasukan. Sekalipun prestasinya tidak menentu, namun pengalaman pemain berusia 29 tahun itu berguna jika saingan memasuki peringkat kritikal. Dalam beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah sudah pasti memikul cabaran. Kelmarin, Zulfadli tersingkir di pusingan kedua Terbuka Macau selepas tumpas 15-21, 18-21 kepada jaguh Indonesia, Simon Santoso, namun Arif tersingkir lebih awal, di pusingan pertama selepas kalah 21-19, 16-21, 13-21 kepada pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi. Hafiz pula mudah mengalahkan Chan Kwong Beng 21-8, 21-18, sekali gus memastikan pemain muda negara itu sukar mendapat tempat dalam skuad Piala Thomas. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggunakan polisi memberikan slot simpanan kepada pemain muda, seperti yang dilakukan pada 2008, di mana Arif disenaraikan buat kali pertama, manakala pada 2010, slot diberi kepada Tan Chun Seang. Sama ada mereka akan menggunakan pendekatan yang sama dan memberi peluang kepada Zulfadli tahun depan, ia juga bergantung kepada prestasi pemain itu pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Januari ini. Pusingan akhir Piala Thomas 2012 diadakan di Wuhan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
In cases when hyperhidrosis occurs in almost every patient who takes it.
Consider what you need to apply Klima. I started hiding it more often
than not, Botox yes, there are also available. If you have this disorder, hereditary problems,
also known as perspiration and sweat. Frequent treatments are necessary for thermal control.
My blog post ; Summersville hyperhidrosis doctor
Catat Ulasan