Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sistem pelik!

Posted: 01 Dec 2011 11:49 AM PST

SITUASI kini menjadi 'pelik dan terbalik' apabila persatuan bola sepak negeri yang seharusnya melahirkan generasi bakat muda, anehnya menagih pula khidmat barisan pemain yang dibentuk serta digilap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemain-pemain ini digilap di SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil) sejak usia 14 atau 15 tahun, tetapi apabila sudah dewasa dan berjaya, persatuan negeri dakwa milik mereka berdasarkan tempat kelahiran. - Ong Kim Swee, jurulatih skuad B-23 negara

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

airill nasir

Bg pendapat sy, kesedaran dari diri sendiri yang paling penting tak kira pemain mahupun pegawai @pun presiden. Buat kajian terhadap pembangunan bola sepak kita dari paling bawah hingga ke paling atas, barula kita dapat cari puncanya. Jangan hanya main serkap jarang jer... Sampai bila2 pun takkan jumpa puncanyer.. Sama2 kita fikirkan dan doakan semoga revolusi ini membuahkan hasil yang gemilang.

asraff

betul kata Ong Kim Swee tue..Jangan Terlalu Kenegerian sgt...cth 1 negeri tue..kalau cite bab negeri punya la hebat..kalau Harimau Malaya/Harimau Muda menang apa2 kejohanan..dia akan kata,menang sbb ade pemain dari negeri kelahiran die tue..padahal 1 pasukan!!

aris

kalau komen kt menteri sukan...hanya depa2 yg tau....kalau komen kt berita harian biar semua yang tahu...apelaa.....itu pon tak tau ka....

MUSA BIN MOHD HUSSIN

apa sudah jadi lah.

pudin

sbb tu bola sepak kite ssah sgt nak cipta revolusi...pmimpin bola sepak negeri semua syok sndiri...mmg btul ape yg kim swee ckap tu..aku skong sgt2..

zackharris

Saya teramat setuju dgn pendapat bro.
Abe.

malik

Buat apa la komen di sini, bharian syok sendiri ada la, kalo berani tunjuk la komen kat menteri sukan..

fifi

bg sy, mereka main dgn negeri dibayar lg tinggi gajinya dari main team harimau muda...xcaya? jom kita p selidik ...

razali

Persatuan bola sepak negeri tidak pernah memikirkan program pembangunan,mereka lebih mengutamakan pasukan senior.Pasukan negeri pernah mewujudkan akademi bola sepak masing-masing tetapi dana yang disalurkan tidak dibelanjakan dengan bijak intuk membiayai akademi bola sepak masing-masing akibat pengurusan yang tidak cekap dan profesional.Saya rasa ini bukan pekara pelik ia amalan biasa tetapi persatuan bola sepak negeri perlu bayar.

adlina

nok keje senang...!!!!amal ah byk!!! bola sepak m"sia tahap 2 je klu niat x patriotit..x kre pemain ah majikan pn sameee! ade sen suap perut seko xhanyut bakpe bola!!! n0k kje klu ximan jgn hrp m"sia jd kuasa dunia!!!betul BADAN dlu bru bru kaki molek!!!

Faizal Zainal

dah tentulah budak2 ni telah dikesan bakatnya semasa di sekolah rendah. abis masa ni adakah fam yang jumpa budak2 ni?

zie

bagi peluang main dan bkhidmt dgn negeri sendiri serta fam bleh memggil bila2 msa jka khidmt untuk negara diperlukan. Saya cadangkan ambillah penglaman dari Tmb. Presiden FAM Dato' Anuar bgmana beliau mengrus pskan Kltan shingga disegani dinegara kita.

sonia sara

Persatuan bola sepak negeri harus segera mula menjejaki bakat anak-anak muda lelaki di seluruh pelosok kampung di negeri masing-masing kerana dipercayai ramai yang berbakat tetapi tidak mendapat peluang untuk diketengahkan. Kebanyakan pemain yang handal dan tahan lasak terutama dalam aspek fizikal adalah dari kampung-kampung. Ketahanan fizikal yang mantap dan gagah sangat penting dalam perlawanan. Mereka hanya perlu digilap dan dibentuk dari segi teknikal, tektikal, disiplin dan psikologi.

shahrol

ape yg nk dikecohkan sangat ni, kata nk jd profesional..keluar masuk pemain biasalah, crilah muka2 baru plak..kalu kalah, ada alasan.."pemain perlu pendedahan" berani gak sikit oks,

kecewa den FAm dan FA negeri

ni lah persoalan yg dah lama timbul dalam kepala semua penyokong HARIMAU MALAYA...FA negeri just tahu menghabiskan duit geran yg diberikan setiap tahun , tapi bukan untuk pembangunan bakat2 muda , tapi sibuk untuk menguat kan pasukan negeri masing2,FA negeri kene faham tugas sebenar yg patut dilaksana kan , sebagai kilang penghasilan bakat2 muda untuk diketengahkan kepada FAM , tapi sekarang dh terbalik ,patut FA negeri menjadi penaung untuk kelab bola dalam negeri masing2 bukan menjadi pemilik pasukan bola, FAM kene bertindak jgn nak biarkan perkara ni berlarutan , Tan Sri Anuar Musa pun dh keluarkan kenyataan semalam so FAM kene lakukan perubahan un kemajuan bola sepak kita , Kami sayang HARIMAU MALAYA & HARIMAU MUDA ...

mat

persatuan negeri siap la kena sembur dgn kim swee..

Delucia J

APA SUDAH JADI!!!!!!!sekiranya keadaan makin rumit begini sampai bila pasukan kebangsaan Malaysia mahu mencapai tahap kegemilangan bola sepak yang dahulu...Pengarah MSN harus lah berfikri dengan penuh bijak dan pandai untuk memilih tindakan yang harus dibuat.Sekiranya hanya buat endah tak endah,maka masa depan bola sepak kebangsaan malaysia nanti akan HANCUR!!dimana semangat 1 Malaysia...fikir2 kan lah...

ryanz

persatuan negeri bukalah minda, buat apa banyak pelapis dlm skuad piala president ,dan macam2 lagi, kalau tak mampu digilap atau yang ada dalam persatuan negeri cuma makan gaji & elaun saje....lebih baik persatuan negeri beli messi dan ronaldo kalau nak menang sangat, tapi ade ker duit, kalau gajipun selalu hutang atau panggil aje along jadi presiden persatuan negeri ....

Amir Mahmod Bin Senin

Sepatutnya pasukan negeri yang berusaha melahirkan pemain berbakat agar mampu menjadi pemain kebangsaan.Diharap siapa-siapa yang memegang jawatan dalam arena bolasepak lebih mengutamakan negara berbanding diri sendiri.

garuda

ada sebahagian pemain tu asalnya memang pemain negeri.. dan diambil oleh FAM letak kat SSBJ... so bila kontrak dgn FAM, salah ker diorg main negeri balik. FAM ni pun satu hal... kalau kontrak diorg abis, diorg pun ada pilihan nak join team mana. Main bola tetap main bola, gaji pun kena kira.

junaidi ariffin

jangan ganggu pasukan ini biar bersama dalam satu pasukan dan di hantar ke luar negara supaya mendapat sparring partner yang standard

Abe

Baru tau ke Malaysia ni pelik?

daeng rilaka

aduhai Malaysia..knp mesti geraknya mundur ke belakang? tatkala bolasepak negara baru mau naik..masa inilah pula persatuan bolasepak negeri tagih itu ini? Menteri baca tak komen2 dlm bharian online ni? Pengarah MSN? bertindaklah penuh bijaksana demi masa depan sukan negara..sepatutnya kita ada 10 org lagi seperti Khairul Fahmi..10 org lagi yg sehebat pemain bola sepak Malaysia skrg..barulah situasi akan jadi konsisten..jadi dr mana sumbernya? mestilah dari serata negeri di Malaysia!! persatuan bola sepak negeri yg wajib berusaha keras!! pihak kementerian & swasta pula mesti usaha kerjasama pintar sekurangnya utk 2 tahun bagi menguatkan kewangan pengurusan bola sepak atau sukan2 di Malaysia!

Moktar bin Sulong

persatuan bolasepak negeri samada malas atau miskin idea dan miskin usaha atau tak mengenal manikam atau memilih jalan pintas tetapi amat sgt memerlukan kejayaan

annacomel

Habis.....baru mula nak membentuk satu pasukan yang baik..ingin dicerai-ceraikan pula...apabila negeri ingin mengambil pemain negeri HM untuk mewakili negeri masing-masing ini membuktikan malaysia ketandusan pemain yang baik...ekoran dari itu apabila seorang dua pemain utama cedera atau terpaksa dikeluarkan semasa bermain maka akan terus kalah dengan mudah..Semua pihak bertindak segera..

kamanuk

Kedua-dua pihak berhak menarik pemain tetapi keputusan ditangan pemain. Kita harus terbuka dalam menentukan masa depan pemain

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia gagal mara separuh akhir hoki Cabaran Juara-Juara 1

Posted: 01 Dec 2011 11:19 AM PST

Sukan

SKUAD hoki negara hanya perlu menyalahkan diri gagal mengaut peluang apabila tewas kepada India 5-4 dalam saingan suku akhir Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi.

Tidak dinafikan ada komitmen tinggi ditunjukkan anak didik Tai Beng Hai ketika bangkit mendahului 4-2 tapi lawan juga hebat apabila gah meledakkan dua gol pada lewat babak permainan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

India pimpinan Michael Nobbs kini akan membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi saingan suku akhir membabitkan Jepun-Afrika Selatan manakala Belgium akan menentang Argentina dalam perebutan tiket ke final. Jaringan padang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-33 jelas membangkitkan semangat rakan sepasukan untuk terus berjuang selepas India mendahului 2-0 pada babak pertama dan rentak Malaysia bertambah garang dengan dua jaringan padang menerusi Azlan Misron pada minit ke-42 disusuli Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-46) sebelum Azlan melunaskan gol kedua peribadinya (minit ke-46).

Namun, usaha itu gagal buat mematahkan semangat India merapatkan jurang apabila pantas membalas dengan dua jaringan menerusi Yuvraj Walmiki, minit ke-64 dan Sunil Sowmarpet Vitalacharya minit ke-67 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Raghunath Vokkaliga Ramachandra jelas muncul wira lawan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti ketika perlawanan berbaki kurang seminit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Skuad negara sebelum ini tewas di peringkat Kumpulan B kepada Kanada (1-3), Argentina (2-5) serta seri ke atas Jepun (2-2) manakala India mencatat dua kemenangan di peringkat kumpulan menewaskan Afrika Selatan (7-4), Poland (7-0) dan seri dengan Belgium (3-3).
Keputusan Suku Akhir
Belgium 4 Kanada 0
Argentina 5 Poland 1
India 5 Malaysia 4

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan