Utusan Online - Sukan |
Import rencat kebangkitan bola kita? Posted: Import rencat kebangkitan bola kita?Oleh FERZALFIE FAUZI KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu Liga Malaysia terus melahirkan pemain hebat pada saingan musim 2012 walaupun dengan kehadiran semula tenaga import. Selama tiga musim iaitu 2009, 2010 dan 2011 skuad kebangsaan meraih kejayaan peringkat Asia Tenggara ketika saingan liga tempatan tidak menggunakan khidmat pemain luar. Persoalannya apakah kehadiran pemain import akan merencatkan kebangkitan skuad bola sepak kebangsaan? Mengulas persoalan tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berharap fenomena kebangkitan skuad kebangsaan seperti mana sepanjang ketiadaan pemain import tiga musim lalu akan berterusan. "Saya akui kita berjaya melahirkan pemain hebat sepanjang tiga tahun ketiadaan pemain import kerana semua pasukan menggunakan tenaga tempatan. "Namun sama ada pemain tempatan akan meningkat atau tidak (ekoran kehadiran pemain import) ia hanya dapat dinilai setelah saingan musim 2012 berakhir," katanya ketika dihubungi semalam. Sejak menghentikan khidmat pemain import mulai 2009, pada tahun tersebut skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA buat pertama kali selepas 20 tahun di Laos. Kegemilangan bola sepak negara berterusan tahun lalu dengan kejayaan lebih besar apabila memenangi Piala Suzuki AFF. Terbaru, skuad muda negara yang dibimbing Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta. Azzuddin percaya semua pasukan cukup matang dalam membuat keputusan mengenai kekerapan pemain tempatan untuk digunakan dalam setiap perlawanan tanpa mengira posisi. "Setiap pasukan harus memberi peluang sebaik mungkin kepada pemain tempatan untuk beraksi dalam kesebelasan utama. Mereka memerlukan banyak pendedahan. "Ia bukan sahaja pada posisi serangan tetapi posisi lain. Berdasarkan pendaftaran pemain untuk musim 2012, kebanyakan pasukan menggunakan seorang pemain import bagi posisi serangan, tengah dan pertahanan." "Pemain tempatan tidak harus tercicir dalam saingan musim depan. Setiap pasukan harus mengekalkan prestasi cemerlang pemain tempatan untuk kebaikan pasukan kebangsaan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Gandingan Koo-Tan tak cukup bisa Posted: Gandingan Koo-Tan tak cukup bisaOleh TAN MING WAI Prestasi Koo Kien Keat (kiri)-Tan Boon Heong semakin membimbangkan ekoran tewas dalam semua tiga perlawanan kumpulan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Liuzhou, China minggu lalu. KUALA LUMPUR - Kegagalan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menamatkan perlawanan dengan kemenangan walaupun sudah mendahului lawan, dikenalpasti sebagai masalah membelenggu beregu utama negara itu. Demikian penjelasan ketua jurulatih beregu lelaki negara berhubung persembahan hambar pasangan itu yang tewas dalam kesemua tiga perlawanan kumpulan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Liuzhou, China minggu lalu. "Mereka mampu bermain dengan baik dan memimpin perlawanan namun kemaraan tersekat pada situasi getir dan tidak cukup tajam untuk melengkapkan kemenangan," katanya, merujuk kepada aksi pembukaan Kien Keat-Boon Heong menentang beregu handalan Korea Selatan, Jung Jae-Sung-Lee Young-Dae. Pada set penentuan, Kien Keat-Boon Heong mendahului perlawanan sehinggalah kedudukan terikat 15-15 sebelum membiarkan lawan mengutip tiga mata berturut-turut dan seterusnya memenanginya. Begitu juga sewaktu pertemuan dengan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano, yang mana mereka yang menang set pertama dan berada di ambang kemenangan set berikutnya pada kedudukan 19-16, namun akhirnya tewas 19-21. Berikutan itu, Kim Her memberitahu, Pang Cheh Chang yang bertanggungjawab melatih Kien Keat-Boon Heong akan merangka pelan baru untuk mengatasi masalah tersebut. "Pang (Cheh Chang), dibantu Yoo (Yong-Sung) akan duduk berbincang dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mencari punca serta penyelesaiannya. "Mungkin kerana Koo-Tan terlalu letih pada penghujung permainan atau pun silap strategi? Kita akan cuba mencari jalan membantu dua pemain ini," tambahnya. Kim Her bagaimanapun sedar masa kurang mengizinkan kerana tugasan Kien Keat-Boon Heong seterusnya adalah Terbuka Korea pada 3-8 Januari depan, justeru Cheh Chang tidak harus mengambil masa terlalu lama. Walaupun berasa teragak-agak apabila diajukan soalan sama ada Kien Keat-Boon Heong masih boleh dianggap prospek emas, Kim Her berkata: "Saya tetap percayakan Pang, saya yakin dia mampu membimbing Koo-Tan untuk bangkit selepas ini." Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan