Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Merah Kuning terus bangkit

Posted: 14 Jan 2012 01:26 PM PST

Sukan

PEMAIN Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (kiri) bergelut dengan pemain Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Selangor menang 1-0. - Foto Izhari Ariffin

PEMAIN Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (kiri) bergelut dengan pemain Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Selangor menang 1-0. - Foto Izhari Ariffin

SELEPAS bangkit mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Paroi pada aksi sulung Liga Super, Selasa lalu, Selangor terus mempamer peningkatan apabila berjaya menewaskan Perak 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke-23 sudah cukup untuk memberi Selangor tiga mata menumbangkan Perak yang mengejutkan Terengganu 1-0 di Ipoh, Selasa lalu.

Babak pertama jelas memperlihat penguasaan Selangor yang melancarkan serangan penuh variasi sambil Perak sesekali mendapat peluang tetapi disekat kekebalan benteng pertahanan Selangor diketuai Ramez Dayoub. Gol Selangor terhasil pada minit ke-23 menerusi penyudah kemas Safiq dalam kotak penalti selepas menyambut baik lambungan Amri Yahyah yang terdahulu melakukan gerakan solo melepasi empat pemain Perak.

Bersambung babak kedua, anak buah Norizan Bakar mula dilihat berjaya mengimbangi penguasaan permainan pasukan tuan rumah kendalian Irfan Bakti Abu Salim namun ketumpulan jentera serangan Perak diketuai Lazar Popovic menghampakan.

Selangor lebih mencipta banyak peluang terbaik antaranya menerusi Amri pada minit ke-74 dan Amirulhadi, lima minit kemudian.

Peluang terbaik Perak menyamakan kedudukan hanya hadir pada minit ke-84, namun sepakan penyerang gantian, Failee Ghazali sedikit tersasar walaupun penjaga gol Selangor, Norazlan Razali sudah tertewas.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

A HEM

Mana satu aku nak sokong? N9 tempat kerjaku,Perak tempat mentuaku,Selangor tempat kelahiranku, tp Selangor tetep dihatiku

Yob Memancor

Teman dah agak..susah bebenor nak menangnye klau main kt tempat selangor..memang dah tradisi kot ye

kejo yeop kejo

baru dua game la coiii.....

Abd.aman

GO SELANGOR GO,,SELANGOR BOLEH

lah hambali ynwa

selangor sentiasa dihatiiiiiii...........

dinopd

tahniah buat red giant..teruskan usaha anda..


Full content generated by Get Full RSS.

T-Team lonjak dalam diam

Posted: 14 Jan 2012 01:23 PM PST

Sukan

DALAM diam-diam, pasukan berstatus kelab, T-Team sudah berjaya merakamkan kemenangan kedua berturut-turut untuk mendapatkan cengkaman awal dalam saingan Liga Super, musim ini.

Semalam, pasukan bimbingan Yunus Alif tampil menyajikan satu lagi persembahan bertenaga untuk menewaskan Kuala Lumur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka untuk mengutip enam mata sambil memberi amaran kepada pasukan elit lain mereka sudah menemui rentak untuk menerajui liga.

Selasa lalu, T-Team yang sebelum ini bersama pasukan abang, Terengganu mengancam mahu menarik diri daripada Liga Super gara-gara isu pemain import, menewaskan Kedah 3-0 di Alor Setar. Bagi Kuala Lumpur yang beraksi tanpa kelibat awang import mereka tetap memperaga aksi cemerlang pada babak kedua perlawanan walaupun anak didik Razip Ismail agak tenggelam pada saingan babak pertama.

Selepas mensia-siakan sekurang-kurangnya empat peluang untuk membocori gawang lawan T-Team akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-30 hasil jaringan ketua pasukan, Zairo Anuar untuk mendapat sedikit keselesaan mendominasi babak pertama.

Selepas rehat, wakil dari Terengganu itu menyentap cabaran Kuala Lumpur dengan gol kedua menerusi Zacharia Simukonda yang melonjak tinggi menanduk masuk pada minit ke-69 sebelum Zairo sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-79 untuk gol ketiga pasukan.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan