Kosmo Online - Sukan |
Posted: Milik Chong WeiPEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan namanya sebaris dengan pemain legenda tanah air, Wong Peng Soon selepas merangkul kejuaraan buat kali kelapan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam. Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei mencatat kemenangan mudah ke atas perseorangan Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil. Sebagai rekod, Chong Wei, 29, turut memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak tujuh kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Ini juga adalah kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu. Dengan dua kejuaraan tersebut, Chong Wei kini boleh dianggap sudah kembali berada pada prestasi sebenar selepas menutup tirai 2011 dengan aksi tidak menentu. JAGUH perseorangan, Datuk Lee Chong Wei kini ada sebab untuk mendabik dada selaku pemain badminton No. 1 negara. Ini kerana, dia telah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan legenda badminton tanah air, Wong Peng Soon apabila merangkul kejuaraan buat kali kelapan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam. Kejayaan itu hadir selepas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan pemain perseorangan Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. Tampil selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei menampilkan reputasi yang cukup tinggi apabila berdepan pemain muda Jepun itu. Apa tidaknya, dia ternyata terlalu unggul buat Tago apabila menang kesemua 10 pertemuan sebelum ini, sekali gus melebarkan rekod kemenangan ke atas pemain Jepun itu sebanyak 11 perlawanan. Bagi Chong Wei, dia langsung tidak menjangka akan peroleh kemenangan mudah pada aksi final semalam menentang Tago. "Saya tidak sangka dapat menang mudah. Dalam lapan perlawanan peringkat yang saya lalui, ini merupakan yang paling mudah buat diri saya untuk bergelar juara. "Saya harap, saya boleh mengekalkan rentak kecemerlangan ini dan lebih fokus untuk menghadapi kejohanan-kejohanan seterusnya terutama ketika Sukan Olimpik 2012," kata Chong Wei ketika sidang media sejurus tamat perlawanan semalam. Sebagai rekod, Chong Wei, 29, turut memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak tujuh iaitu pada edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011. Malah, ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat dirinya selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu. Lebih manis, kemenangan itu adalah hasil kejayaan menumbangkan bintang sensasi China yang juga merupakan seteru utamanya, Lin Dan pada aksi final. Dengan dua kejuaraan tersebut, Chong Wei kini boleh dianggap sudah kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya selepas menutup tirai 2011 dengan prestasi tidak menentu. Sementara itu, Tago akur dengan kekalahan yang dialaminya semalam apabila mengakui bahawa Chong Wei sememangnya lebih baik berbanding dirinya. "Saya tidak beraksi pada peringkat separuh akhir semalam (kelmarin), jadi, saya tidak dapat t menemui rentak permainan saya yang sebenar. "Saya akui Chong Wei memang pemain yang lebih baik daripada saya. Saya perlu meningkatkan tahap permainan saya." Selaku juara, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$30,000 (RM93,990) manakala Tago berpuas hati dengan AS$15,200 (RM47,621). Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: T-Team enggan dibuai mimpiOleh MUSTAPA LAKAWA KEJAYAAN melakar dua kemenangan berturut-turut untuk menduduki tangga teratas Liga Super nyata belum memberi kepuasan maksimum kepada pasukan berstatus kelab, T-Team. Sebaliknya, jurulatih T-Team, Yunus Alif (gambar) mengakui perjuangan pasukan tersebut dalam dalam kempen liga berprestij itu sebenarnya masih panjang dan penuh berliku. Namun, Yunus tetap memberi kredit kepada para pemain yang telah menampilkan corak permainan yang membanggakan dalam dua perlawanan awal musim ini. "Memenangi kedua-dua perlawanan dengan jumlah jaringan yang agak besar adalah sesuatu yang hebat. Pasukan ini nampaknya telah bermula dengan baik dan kini kami berada di tangga teratas liga," kata Yunus. Pada aksi kedua kelmarin, T-Team yang juga semifinalis Piala Malaysia musim lalu membelasah Kuala Lumpur 3-0, sekali gus mengulangi keputusan sama ketika menewaskan Kedah di Kuala Terengganu. Paling menarik, kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani kini muncul penjaring terbanyak dengan tiga gol termasuk dua gol yang dijaringkan ke atas Kuala Lumpur. "Semangat pemain begitu berkobar-kobar dan semuanya inginkan kemenangan. Apa yang penting prestasi sebegini dapat dikekalkan sehingga ke akhir musim," jelasnya. Mengulas mengenai prestasi Zacharia Simukonda, Yunus mengakui pemain import dari Zambia itu mula menunjukkan sentuhan sebenarnya. Katanya, pengalaman Simukonda yang pernah beraksi dalam saingan tempatan sebelum ini adalah aset terbaik kepada pasukan untuk berdepan cabaran lebih getir selepas ini. "Ramai yang mempersoalkan prestasinya ketika kami menang ke atas Kedah minggu lalu, namun semalam (kelmarin), dia telah buktikan dengan menjaringkan satu gol buat pasukan. "Saya sangat percaya dengan kemampuannya sebagai penjaring dan sebab itulah kami mengambil keputusan untuk membawa dia bermain bersama pasukan ini," ujarnya lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Azraai puji aksi pemain mudaOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI PEMAIN Johor FC, Azi Shahril Azmi (tengah) cuba menanduk bola ke gawang Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Pasir Gudang kelmarin. PENGENDALI skuad Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah memuji aksi barisan pemain muda pasukan itu selepas berjaya menundukkan Johor FC 2-0 di Stadium Pasir Gudang kelmarin. Mohd. Azraai berkata, beliau bersyukur kerana berjaya meraih tiga mata berharga walaupun hanya menyasarkan untuk mengutip satu mata pada perlawanan di tempat lawan itu. Katanya, beliau sedar skuadnya kurang berpengalaman kerana rata-rata dibarisi pemain-pemain muda berbanding Johor FC yang lebih berpengalaman. "Sebelum ini, kami kehilangan dua tonggak utama iaitu Idris Karim dan Shukor Adan akibat kecederaan, sekali gus memaksa saya membuat beberapa perubahan drastik dengan memanggil beberapa pemain muda termasuk dari skuad Piala Presiden. "Bagaimanapun, pemain muda yang ditugaskan menggantikan tempat pemain senior ini menunjukkan persembahan yang mantap dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ujar Azraai lagi, kritikan sesetengah pihak bahawa skuad Hoben Jang Hoben itu hanya mengharapkan sentuhan berbisa pemain import, Effa Owana juga meleset apabila pemain muda, Ahmad Shakir Md. Ali yang muncul wira apabila menyumbat dua gol. Katanya, dalam perlawanan tersebut jelas menunjukkan skuad negeri itu mempunyai kestabilan di setiap posisi dan tidak mengharapkan pemain tertentu sahaja. "Kita baharu bermain tiga perlawanan kompetitif dan saya yakin persefahaman serta persembahan pasukan akan meningkat lagi dalam perlawanan akan datang," katanya. Menurut Azraai, skuadnya mungkin akan menerima berita gembira apabila dua pemain senior, Shukor dan Idris telah turun memulakan latihan semalam. "Pasukan perubatan kita akan memantau keadaan kedua-dua pemain ini sama ada mereka sudah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami atau tidak. "Kalau mereka sudah cergas, ini merupakan berita gembira dan satu perangsang untuk pasukan menjelang perlawanan menentang Perak nanti," ujarnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan