Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Norizan tidak mahu Perak berpesta lagi

Posted: 29 Jan 2012 12:36 PM PST

Sukan

PRESTASI Akmal Rizal Rakhli (kanan) ketika Perak menewaskan FELDA United  dipuji jurulatih skuad Seladang.

PRESTASI Akmal Rizal Rakhli (kanan) ketika Perak menewaskan FELDA United dipuji jurulatih skuad Seladang.

KEMENANGAN 2-1 ke atas FELDA United memberi kelegaan buat Perak mengumpul tiga mata selepas menyedari tuan rumah terlalu kebal ketika perlawanan di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, Melaka.

Selepas juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor dan Sabah kecundang di gelanggang berkenaan, kemenangan terbabit menyaksikan FELDA gagal mempertahankan rekod bersih terbabit sambil Seladang bermain selesa memperkukuh kedudukan di tangga ketiga carta.

Jurulatih Perak, Norizan Bakar berkata, memang dia sedikit gusar dengan kemampuan tuan rumah beraksi cemerlang di gelanggang berkenaan. "Saya berpuas hati dengan persembahan dan sentuhan semua pemain Perak selepas lima perlawanan ini. Malah prestasi import Michael Kubala dan Akmal Rizal Rakhli juga amat memberangsangkan.

"Malah pemain gantian juga tetap memperoleh pujian menerusi usaha mereka membantu kemenangan pasukan," katanya.

Katanya, misi memburu tiga mata berdepan Sarawak selepas ini menjadi keutamaan dengan prestasi pemain akan diberi perhatian untuk memburu tiga mata tambahan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

menang yob menang

tahniah perak... teruskan momentum.. perak ttp dihati wlpn dimana bku berada...

khariri

Perak perlu bangkit,pastikan ketiga-tiga piala milik Perak

roll santona

tq utk soibi fregusen..syabas utk pasukan perak smngat juang tu ada...truskan lagi prjuangan anda...

nyamuk_berapi

sy berharap sgt Akmal Rizal kembali menyarung jersi skuad kebangsaan, beliau mempunyai kualiti, walaupun Malaysia mempunyai duo penyerang terbaik, Norshahrul "mat yo" idlan dan "mesin gol PJFC" Safee sali, tetapi semangat juang Akmal Rizal beserta pengalaman beliau yg luas akan membentuk skuad kebangsaan lebih mantap dan stabil.

mohd.nazmi rashid

tahniah perak,setakat ni nampak cemelang dan nasiahat saya elak dr bookie rasuah..

Ampeh

Muda mudi hari ini lebih suka membanjiri stadium2 perlawanan bola sepak daripada manghadirkan diri ke masjid dan surau setiap kali waktu solat..tidak terkecuali yang dah mereka2 yang usia dah senja menunggu masa sakaratul maut..
akhir zaman

Soibi Ferguson

Perak adalah pasukan yang aku sanjung wlupun sy bukan dari negeri ini..sy puji Akmal Rizal,walaupun duduk dlm bangku simpanan ttp sekali turun hebat seksli...sy harap pemain Sabah contohi pasukan Perak..Sy nampak pemain Sabah ni bila main aksi yoyo...pasal turun naik turun naik kapal terbang..main tempat lawan cam orang mabuk,,so tolonglah tingkatkan semangat main bola tu..hindarkan dari semangat naik turun kapal terbang..Syabas Perak dan Akhmal...


Full content generated by Get Full RSS.

Mat Zan puji kelibat Terengganu

Posted: 29 Jan 2012 12:35 PM PST

Sukan

KETUA jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berpendapat kemenangan dirakam anak buahnya di gelanggang Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin amat berharga dalam memastikan pasukan terus bersaing dan menghambat Kelantan dalam perebutan persada Liga Super.

"Sudah tentu kemenangan ini berharga kerana keputusan seri atau kalah akan menyebabkan kita akan tercicir mata dengan Kelantan. Jadi, kita perlu terus mencatat kemenangan untuk memberi tekanan kepada mereka," katanya

Mat Zan turut menegaskan bukan mudah untuk barisannya menyesuaikan diri bermain di atas padang tiruan dengan cepat apabila mereka mempamer aksi kelam kabut di awal permainan hingga membolehkan lawan menguasai bola. "Pada awal permainan, saya agak gusar juga dengan aksi kelam kabut yang ditunjukkan pemain, tetapi apabila sudah mula serasi dengan padang tiruan, mereka kemudian berjaya mengawal permainan dan mengekang setiap gerakan lawan.

"Malah, saya sangat berpuas hati dengan jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan yang sudah memadai buat kita melakar kemenangan tipis 1-0 sekali gus membawa pulang tiga mata," katanya.

Katanya, walaupun skuad Penyu turun beraksi tanpa ketua pasukan, Marzuki Yusof yang cedera ketika latihan namun penggantinya Mohd Faizal Mohamad yang bergandingan bersama Muslim Ahmad kental menahan kubu daripada asakan musuh.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd mifzal emrizal

Terengganu tetap No 1 dihati...kami sentiasa menyokong anda...tabahkan hati,cekalkn semangat anda semua..kemenangan anda adalah kebanggaan kami..

joe joe

terengganu best...

hasan

Trengganu jangan hanya mengharapkan pemain import semata-mata untuk menjaringkan gol sehinggakan boleh dikatakan tiada Doe, tiada gol.Buktinya selepas kemasukan Doe, tiada lagi pemain tempatan terengganu yang meledak gol dan yang terakhir ialah Ashari dan Ismail Faruqi semasa mengalahkan Felda 3-0. Selepas itu Doe bermain.. hanya Doe yang menjaringkan gol.

sebtakir

Bravo Teganu,teruskan kemenangan untuk menggapai kemuncak....syabasssssssss


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan