Utusan Online - Sukan |
Menteri tuntut laporan PKBM, polis Posted: Menteri tuntut laporan PKBM, polisOleh FERZALFIE FAUZI & ZAZALI JAMIAN PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan meminta laporan penuh mengenai kemalangan yang melibatkan empat pelumba basikal lebuh raya negara di Putrajaya dengan seorang daripadanya parah kelmarin, bagi memastikan insiden sama tidak berulang. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia mahu laporan daripada Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) dan polis untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam penganjuran sesuatu perlumbaan. Tambahnya, kemalangan yang berlaku pada perlumbaan pemilihan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Putrajaya kelmarin perlu dipastikan sama ada ia dijalankan mengikut prosedur sewajarnya atau sebaliknya. "Saya difahamkan polis dan marsyal disediakan ketika perlumbaan. Sama ada ia mencukupi atau tidak, itu kita kena tunggu laporan. "Kita juga akan lihat laporan mengenai kemalangan itu dari pihak polis sama ada ia berpunca daripada kelalaian pemandu atau sebaliknya. Perkara begini tidak boleh dipandang mudah," katanya. Beliau melawat salah seorang pelumba yang terlibat dalam kemalangan kelmarin, Mariana Mohamad di Hospital KPJ Damansara, semalam. Mariana merupakan pelumba yang mengalami kecederaan paling serius akibat kemalangan tersebut sementara tiga lagi pelumba, Masziyaton Mohd. Radzi, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid dirawat sebagai pesakit luar. Dalam perkembangan sama, Ahmad Shabery berkata, semua pelumba yang terlibat dalam kemalangan dilindungi insurans. Beliau juga memberi jaminan basikal Mariana yang rosak teruk dalam kemalangan tersebut, akan diganti. "Basikal beliau lebih mahal daripada kereta Kancil yang melanggarnya, jadi kita beri jaminan Marina akan dapat basikal yang sama," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Mariana tidak patah semangatAhmad Shabery Cheek (tengah) dan Ketua Pengarah Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan Aziz melihat kecederaan Mariana Mohamed ketika melawat pelumba basikal negara itu di Hospital KPJ Damansara, Kuala Lumpur semalam. Mariana merupakan antara empat pelumba yang terlibat dalam kemalangan di Putrajaya kelmarin. - utusan/AZRUL HAFIS KUALA LUMPUR - Pengalaman ngeri dirempuh kereta semasa perlumbaan pemilihan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Putrajaya kelmarin, tidak melemahkan semangat pelumba basikal lebuh raya wanita negara, Mariana Mohamad. Menurut pelumba yang berasal dari Sabah itu, terlibat dalam kemalangan bukan asing baginya kerana dia juga pernah mengalami kemalangan ketika beraksi pada Sukan SEA 2007 dan Sukan Asia Guangzhou 2010. Mariana, yang patah tangan kiri dan berlubang lutut kanan akibat kemalangan di Putrajaya berkata, kejadian kelmarin adalah yang ketiga dialaminya. Begitupun, katanya itu tidak menghalang hasratnya untuk kembali beraksi secepat mungkin walaupun suaminya, Glenn Ford lebih suka jika dia menamatkan kariernya. "Berbasikal adalah keghairahan dalam hidup saya. Kalau boleh saya mahu mara lebih jauh dalam sukan ini walaupun usia saya sudah menjangkau 34 tahun. "Semangat saya sama seperti pada Sukan Asia 2010 apabila tulang bahu saya patah dalam kemalangan tetapi meneruskan kayuhan sebaik sahaja sembuh," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar KPJ Damansara semalam. Menceritakan kemalangan kelmarin, katanya ia berlaku ketika dia melakukan breakaway dengan memecut dari kelompok tengah. "Ketika itu sebuah kereta Kancil tiba-tiba melanggar saya serta beberapa lagi pelumba lain. "Saya tidak tahu bahagian mana saya dilanggar kerana sebaik dirempuh, saya pengsan selama beberapa minit. "Saya hanya sedar semula ketika terbaring di atas jalan raya, ketika di dalam ambulans, saya masih separuh sedar. Sebaik tiba di Hospital Putrajaya barulah saya sedar sepenuhnya. "Saya tidak faham kenapa pemandu kereta tersebut terus memandu sedangkan polis telah memberi arahan tidak boleh melalui laluan tersebut kerana perlumbaan sedang dijalankan," katanya, yang tidak dapat menahan kemarahan mengenangkan basikal bernilai RM40,000 rosak teruk. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan