Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Jan 2012 03:05 PM PST SELEPAS keupayaan dipersoalkan berhubung kekalahan kepada pemain muda China, Chen Long, Datuk Lee Chong Wei membuka lembaran baru buat negara apabila menundukkan jaguh China, Lin Dan. Chong Wei meruntuhkan keegoan pemain tembok besar China seterusnya memastikan pemain negara itu tidak menyapu bersih kesemua kategori yang dipertandingkan apabila tewasnya pemain yang dikenali dengan gelaran 'Super Dan'.
Bagaimanapun Chong Wei dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas terpaksa bertarung semalam satu jam 16 minit sebelum dapat menundukkan Lin Dan, 12-21 21-18 21-14.
Chong Wei bangkit menemui kembali rentak sejurus memasuki set kedua dengan kedua-dua pemain saling mengejar. Mengambil iktibar di set pertama, Chong Wei tidak lagi memberi lawan mata mudah. Pemain berusia 30 tahun itu berjaya mengikat kedudukan buat kali pertama di angka tujuh sama dan terus mengekori rapat untuk mengajak lawan bermain di set penentuan selepas menang 21-18.
Kejayaan Chong Wei ini adalah kejayaan yang sama yang diciptanya ke atas jaguh dunia itu di kejohanan yang sama tahun lalu.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 08 Jan 2012 03:01 PM PST SEJAUH mana kemampuan Johor menghakis zaman suram yang dialami selepas era 90an kini bakal terjawab apabila memulakan kempen Liga Perdana menentang Polis di Stadium Pasir Gudang, malam ini. Skuad yang bergelar Jengking yang sudah menjalani proses pembentukan barisan mantap sejak Oktober lalu dengan mendapatkan khidmat beberapa muka baru dan berpengalaman selain mengharungi siri perlawanan persahabatan di Indonesia disasarkan untuk menyinar pada saingan musim ini untuk layak ke Liga Super musim 2013.
Suntikan bajet mencecah RM3.2 juta turut beri kesan kepada pemain supaya tidak memikirkan lagi soal kewangan yang sering menghantui setiap pemain berhubung kelewatan pembayaran gaji malah akur janji menerusi angkat sumpah selepas menandatangani kontrak beri gambaran Johor memandang serius untuk membanteras gejala rasuah. "Buat masa ini pemain saya sudah bersedia pada aksi pertama walaupun mungkin perlu sekurang-kurang dua atau tiga perlawanan bagi mendapat rentak tetapi aksi di laman sendiri amat penting meraih tiga mata.
Katanya, buat masa ini pemain impot dari Togo, Esseh Soudian Adah menjadi sandaran utama Johor mengemudi jentera serangan dan bakal digandingkan sama ada bersama Ahmad Syamim Yahya atau Mohd Fauzi Kassim. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan