Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Apa sudah jadi Selangor?

Posted:

Apa sudah jadi Selangor?

Apa sudah jadi Selangor?

SEBUT saja Selangor, pasukan lawan pasti gerun.Mana tidaknya, skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu mempunyai reputasi yang cukup megah dalam saingan bola sepak tempatan.

Status sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali sudah cukup untuk membuktikan betapa hebatnya cengkaman

pasukan dari Lembah Klang itu.

Itu cerita dahulu. Sekarang, reputasi selaku kuasa bola sepak tempatan itu bagaikan semakin terpisah daripada skuad bimbingan Irfan Bakti itu.

Tiada siapa menjangka Selangor akan tewas kepada pasukan kelab, Felda United dalam saingan Liga Super musim ini.

Adakah ia kejutan atau keputusannya sudah dijangkakan?

Pada perlawanan ketiga saingan Liga Super 2012 itu, Selangor tewas 0-1 kepada Felda United.

Kekalahan tersebut meletakkan Selangor berada di tangga kelapan liga dengan empat mata dan prestasi tidak

menentu skuad Gergasi Merah itu pada awal saingan nampaknya mula mencemaskan Irfan.

Kehebatan mereka ketika menewaskan Perak pada perlawanan kedua 14 Januari lalu gagal diteruskan dan keadaan itu jelas memeningkan Irfan menjelang pertemuan dengan Sarawak hujung minggu ini.

"Kami tidak boleh terus kehilangan mata. Kami perlu bangkit segera," kata Irfan.

Menurutnya, mereka tidak rela lagi kehilangan mata pada aksi menentang Sarawak dan semua pemain harus mempergunakan sepenuhnya peluang beraksi di gelanggang sendiri.

"Kami perlukan tiga mata jika mahu terus berada dalam kelompok pasukan teratas liga."

Mengulas pertemuan dengan Felda United, beliau menyifatkan skuad kendalian E. Elavarasan itu bijak menyempurnakan peluang.

"Mereka ada kelebihan tersendiri dan pemain mereka telah mempergunakan sebaik mungkin kelebihan tersebut," katanya.

Menurutnya, Selangor dilihat mempunyai masalah dengan tindakan penyudah meskipun memperoleh banyak peluang tetapi gagal dijelmakan menerusi jentera serangan.

"Masalah sebegini tidak harus berulang," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Awas amukan Felda United

Posted:

Awas amukan Felda United

Awas amukan Felda United

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


FELDA UNITED (jersi oren) memiliki keistimewaan tersendiri untuk mengecewakan pasukan-pasukan elit dalam saingan Liga Super musim ini.


"PADAH menanti kami jika membenarkan penyerang import berbisa Negeri Sembilan itu menguasai kotak penalti kami."

Demikian pengakuan jurulatih Felda United, E. Evalarasan ketika mengingatkan barisan pemainnya untuk mengawasi Jean Emmanuel Effa Owona yang dianggap senjata paling merbahaya dalam skuad Negeri Sembilan.

Felda United akan membuat perhitungan dengan skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu, Sabtu ini.

Selepas kejayaan menewaskan Selangor 1-0, Elavarasan mahu bersikap lebih realistik dan tidak mahu barisan pemainnya mendabik dada ekoran kejayaan menundukkan juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu.

Sebaliknya, dia mahu pemainnya terus fokus menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan yang beliau anggap sebagai satu lagi perlawanan paling mencabar buat mereka.

Meskipun sedar dengan keupayaan mereka berbanding Negeri Sembilan, namun Elavarasan tetap bertekad untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan tersebut yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi hujung minggu ini.

Elavarasan berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan pemainnya setakat ini kerana telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi.

Menurutnya, bukan mudah untuk menewaskan Selangor yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim, namun atas kesungguhan semua pemain mereka berjaya meraih tiga mata penuh daripada perlawanan kelmarin.

"Saya berharap rentak seperti ini akan terus dikekalkan dan saya yakin semua pemain tahu dan faham dengan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Begitu pun, dia tetap mahukan anak-anak didiknya terus bekerja keras jika berhasrat untuk menduduki kelompok teratas Liga Super musim ini.

"Saya bangga dengan prestasi anak-anak buah saya selepas kejayaan menundukkan Selangor dan ia merupakan kemenangan kedua kami musim ini selepas mengharungi tiga perlawanan.

"Akan tetapi, kami harus memandang ke depan dan selepas ini perlu memberi fokus terhadap perlawanan menentang Negeri Sembilan. Saya jangkakan ia satu pertemuan sukar kerana saya yakin Negeri Sembilan akan bangkit bagi menebus kekalahan 1-2 mereka kepada Perak kelmarin.

"Mereka pasti mahu bangkit dan kembali untuk mencari rentak kemenangan di laman sendiri. Meskipun kami pernah bertemu dengan Negeri Sembilan, tetapi saingan kali ini pasti lebih sengit selepas beberapa pemain baharu mereka menunjukkan satu peningkatan yang menakjubkan.

"Kelibat Effa sentiasa menjadi igauan kepada benteng pertahanan lawan di mana dia memiliki gerakan penyudah yang bagus dan kami perlu mengambil serius untuk mengatasi pergerakannya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, dengan membarisi kudrat pemain tempatan 100 peratus, beliau percaya Felda United akan tampil sebagai pencabar yang perlu disegani.

Full content generated by Get Full RSS.

Doe tunai janji

Posted:

Doe tunai janji

Doe tunai janji

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


DOE (kiri) tidak menghampakan Terengganu meskipun baharu kali pertama diturunkan dalam saingan Liga Super.


ADA sebab mengapa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berdiri teguh untuk memperjuangkan nasib dua pemain importnya.

Kelmarin, perjuangan PBSNT nyata berbaloi apabila bintang baru dari Liberia, Francis Forkey Doe meledak gol kemenangan Terengganu untuk menewaskan Sarawak 1-0 pada aksi Liga Super.

Bagi jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris, dia mengakui kemenangan yang dilakar di Stadium Kuching itu bukan sekadar kejayaan mengutip tiga mata, tetapi lebih daripada itu.

Katanya, kehadiran Forkey Doe yang beraksi di posisi tengah dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil telah memberi suntikan semangat kepada pemain-pemain lain untuk memburu kemenangan.

"Saya cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Doe kerana dia hanya tiba di Kuching untuk perlawanan ini beberapa jam sebelum perlawanan bermula.

"Dia mampu menjaringkan gol dan jaringan itu telah menghadiahkan kemenangan kepada kami," ujarnya.

Terdahulu, kehadiran Doe dan Carnieto ke Terengganu mencetuskan kontroversi apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain itu beraksi ekoran kelewatan pendaftaran.

Bagaimanapun, PBSNT bangkit memperjuangkan nasib dua pemain import itu berdasarkan surat pekeliling yang diterima, sekali gus memperoleh 'kemenangan moral' apabila FAM berlembut dengan membenarkan pendaftaran dilanjutkan sehingga 13 Februari depan.

"Beraksi di Sarawak bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami perlu berdepan sorakan penyokong lawan yang cukup ramai.

"Lagipun, keadaan padang yang tidak begitu baik memaksa pemain bekerja keras untuk memberikan aksi terbaik mereka," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mat Zan turut mengakui pasukannya belum mencapai prestasi terbaik memandang kempen Liga Super baru sahaja bermula.

"Doe dan Carnieto baru beraksi satu perlawanan bersama pasukan dan mereka masih perlu mencari keserasian bersama pemain-pemain lain," katanya.

Selepas melalui tiga perlawanan, Terengganu yang juga finalis Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu kini menduduki tangga ketiga liga dengan enam mata.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan