Berita Harian: Sukan |
Harimau Malaya baham Red Warriors Posted: 01 Feb 2012 01:37 PM PST Sukan KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim (kanan) diasak oleh pemain Kelantan, Indra Putra Mahyuddin pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Yazit Razali Lima gol skuad kendalian Datuk K Rajagobal terhasil menerusi Mohd Asrarudin Putra Omar pada minit ke-36, Shahurain Abu Samah (42), S Kunanlan (65), Abdul Hadi Yahya (78) dan Mohd Izuan Salahudin (90). Skuad Harimau Malaya kini berkumpul dan berlatih sebagai persiapan awal untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 01 Feb 2012 01:35 PM PST Sukan "SECARA matematik, peluang kita layak ke play-off amat tipis. Tapi saya arah pemain, inilah medan terbaik membuktikan kita boleh menewaskan Bahrain."Demikian kata-kata perangsang jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee sebelum dia bersama 21 pemain berlepas ke Bahrain, malam tadi untuk aksi keempat Kumpulan C, Kelayakan Olimpik Zon Asia bertemu Bahrain di Stadium Nasional, Manama, Ahad ini. Malaysia tewas ketiga-tiga aksi pusingan pertama Kumpulan C kepada Jepun 0-2, Syria 0-2 dan Bahrain 2-3 di Bukit Jalil, 27 November lalu biarpun satu ketika selesa mendahului hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli. "Saya mahu pemain ingat semula bagaimana kita benarkan Bahrain jaring tiga gol pada 10 minit terakhir. Kali ini, tiada lagi alasan keletihan dan jika menang Ahad ini, kita mampu buka semula saingan dalam kumpulan ini."Mana tahu bertemu Jepun di laman sendiri (22 Februari depan) kita akan lebih bersemangat dan mampu cipta kejutan. Pasti peluang kembali terbuka untuk meraih tempat kedua," kata Kim Swee yang masih berharap skuadnya dapat tampil pada aksi play-off di Vietnam, 25 hingga 31 Mac depan Kim Swee menggugurkan empat pelatih - Syahrul Azwari Ibrahim, Izuan Salahuddin, Syazwan Tajuddin dan penjaga gol, Shahril Saari selepas aksi persahabatan menentang skuad Liga Super Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin yang berkesudahan seri 0-0. "Perlawanan ini dapat beri saya peluang meningkatkan tahap kecergasan beberapa pemain yang sudah lama tidak beraksi akibat kecederaan seperti Gary Steven Robbat, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Ahmad Hazwan Bakri. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenAzrul gugurkan aje la Fakri tu.Ramai lagi penyerang yang lebih bagus demi masa depan Harimau Malaya. Taffarel InsyaAllah kejutan akan berlaku, pemain harus percaya pada diri sendiri bahawa Bahrain Malaysia adalah setanding dan kita lebih baik dari mereka. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan