Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Feb 2012 09:24 AM PST JANGAN terlalu mudah melupakan prestij Piala Thomas. Begitulah lebih kurang nada pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Dr Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang kecewa dengan pendirian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana menganggap Piala Thomas bukan lagi kejohanan penting untuk diburu pemain, sebaliknya kilauan emas di Sukan Olimpik menjadi keutamaan ketika ini. Pendirian itu dianggapnya seolah-olah seperti melupakan sejarah lalu dan Kay Kim mengingatkan BAM, Piala Thomas tetap mempunyai prestij dan nostalgia tersendiri, terutama untuk skuad negara.
"Kemenangan itu mencetuskan impak besar ketika itu, antaranya orang ramai mula berminat untuk bermain badminton dan banyak gelanggang dibina di kawasan lapang. Impaknya masih kekal hingga kini apabila kita menjadi antara kuasa besar sukan badminton," katanya.
"Tetapi pada masa sama, kita tidak boleh melupakan saingan Piala Thomas sebab seperti yang saya katakan tadi, ia (Piala Thomas) mempunyai prestij tersendiri," katanya.
"Selain Chong Wei, saya rasa kedudukan kita agak sukar kerana barisan pemain lain tidak konsisten," katanya.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 01 Feb 2012 09:16 AM PST LUPAKAN kekalahan dengan Sime Darby dan beri tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan dengan Pahang pada saingan bola sepak Liga Perdana Jumaat ini. Itulah luahan hati ketua pasukan Tentera, Hairuddin Omar menjelang pertemuan yang dijangka paling sengit di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Hairuddin yang dikenali dengan panggilan 'Hai-O' dan pernah membantu Negeri Sembilan dan Kelantan menjuarai Piala Malaysia mengaku rakan sepasukan melakukan beberapa kesilapan menyebabkan mereka kalah kali pertama 1-2 kepada Sime Darby.
Apapun Hairuddin mengaku pertemuan ini sengit dan mendebarkan kerana lawan juga mempunyai misi serupa.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan