Berita Harian: Sukan |
Posted: 07 Feb 2012 03:30 PM PST Sukan Khairul Fahmi "BERI ruang dan peluang buat Apek (Khairul Fahmi Che Mat) mengharungi usia mudanya bersama kerjaya sebagai pemain bola profesional!" Itu permintaan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan kontroversi membabitkan penjaga gol Kelantan dan kebangsaan itu satu cabaran yang perlu dilalui dan mampu membuatkan 'hero Malaya' itu lebih matang. Apek dilanda pelbagai kontroversi termasuk terbaru mengaitkan konon dia menjadi punca hubungan pertunangan anak seorang pengusaha batik terkenal dengan gadis pemilik butik pengantin di Kelantan terputus tetapi Annuar beranggapan, Khairul Fahmi yang popular dalam masa singkat pada usia masih muda memang menjadi perhatian banyak pihak."Saya berpendapat Apek sedang melalui cabaran seiring usia dan kerjaya sebagai penjaga gol terkenal tetapi saya yakin pelbagai kontroversi ini akan membuatkan dia (Apek) lebih matang. "Saya percaya, apa yang berlaku dan apa yang dia lakukan, tidak mempunyai sebarang maksud yang tidak baik," katanya selepas memantau sesi latihan pemain The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam. Menurutnya, tidak banyak yang dapat dilakukan pihak pengurusan untuk membantu penjaga gol itu jika kontroversi itu membabitkan peribadi, namun KAFA sentiasa memberi nasihat dan sokongan demi kebaikan kerjayanya.
|
BAM harus akui tiada perancangan: Razif Posted: 07 Feb 2012 03:27 PM PST JANGAN berselindung di sebalik Sukan Olimpik. Bekas pakar beregu negara, Razif Sidek sebaliknya berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus mengakui hakikat mereka sebenarnya gagal membuat perancangan sempurna untuk memenangi dan merampas semula Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi 20 tahun lalu. Razif berkata, kenyataan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kelmarin jelas 'membuka pekung' badan induk itu sendiri yang tidak mempunyai perancangan dan program untuk membentuk pasukan mantap bagi menghadapi piala berprestij itu. "Siapa cakap mudah menang Piala Thomas, memang susah. Tetapi saya percaya andai perancangan rapi dan teliti dibuat sejak dia (Mohd Nadzmi) menerajui BAM pada 2000, kita sepatutnya sudah berjaya menjulang piala berprestij ini dalam tempoh 12 tahun lalu. "Bukan kita tidak ada ramai pemain berbakat, masalahnya mereka tidak digilap dan diberi peluang serta pendedahan sepenuhnya. BAM hanya beri tumpuan kepada Lee Chong Wei dan mengabaikan pemain lain," katanya, semalam. Razif yang menjadi antara tonggak menamatkan kemarau 25 tahun negara menjulang piala berprestij itu pada 1992, juga menegaskan ketika itu barisan negara tidak sekuat China dan Indonesia tetapi kerana perancangan rapi dan tersusun, mereka mampu merobohkan Tembok Besar China di separuh akhir dan 'mematahkan sayap Garuda' pada final di Stadium Negara. "Jika BAM kata Piala Thomas tidak lagi penting, ia amat melukakan hati kami terutama pemain lama yang berjuang dan berkorban memenanginya. Jika tidak penting, mengapa China berjuang berhabis-habisan mempertahankannya," katanya. "Mengapa mereka tidak membuat pemilihan pemain? Lebih menghairankan saya apabila pemain yang baru pulih cedera dan sudah lama tidak beraksi di peringkat antarabangsa tersenarai dalam pasukan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenasicsbest Pegawai2 BAM merasakan BAM tu mereka yg punya buat keputusan ikut kroni dan langsung tiada pemilihanya berdasarkan perlawanan dalaman. Sepatutnya siapa yg dpt buktikan terbaik dia la yg wakil negara. Wahai penaja2 anda buka lah mata tarik balik dan berikan penajaan itu kpd atlit dan persatuan lain yg berjaya. Boikot je BAM sbb mereka gagal biarpun mendapat peruntukan yg besar. Pak menteri belia dan sukan tolong lakukan sesuatu agar tangan2 jahat dlm BAM dihalau keluar supaya negara akan maju dlm badminton annacomel Rasa penat menaip je ni...satu waktu dulu dato misbun meletak jawatan kerana kerenah BAM.Masih juga tiada tindakkan yang mampu menghasilkan pemain bermutu.nasib baik Dato LCW sempat dibentuk dan dilatih Dato Misbun. selepas Dato lCW lansung tidak nampak bayangan pemain baru.Kemudian kita ada beberapa jurulatih bergu yang hebat juga telah disingkirkan kerana BAM yang lemah pentadbiran.Sekarang ini selepas KOO-tan bersara langsung tiada muka baru yang boleh diharap.Usah berkata seperti menganggap orang ramai tidak berpendidikan semasa membuat kenyataan Piala Thomas tidak penting. Mengaku sahaja kita tidak mampu dan akui kelemahan BAM,orang ramai boleh memaafkan.Usah beri alasan tidak masuk akal.Saya tahu banyak juga program yang telah dilakukan oleh BAM tetapi tidak menghasilkan pemain yang baik kerana program cantik dirancang oleh pakar perancang yang bukan pakar seni badminton yang sebenar. senario ini juga meliputi peringkat negeri,dimana pegawai BAM peringkat negeri yang tidak menyumbangkan pemain berkualiti juga harus bertanggung jawab dan membuat sesuatu tindakkan yang sewajarnya.Salah satu pilihan yang ada ialah LETAK JAWATAN.Lakukan sebagaimana anda mengubah Dato Misbun dan ketua jurulatih bergu satu ketika dahulu. Sebelum mengubah orang lain..sila ubah diri sendiri dahulu. Samarrudin Abu Shahrim dalam memprtahankan satu kedudukan pemain no 1 negara dan dunia, BAM lupa akan menyediakan pemain pelapis yang mantap. kita akui bahawa BAM telah menyediakan pemain pelapis dr segi latihan dan pendedahan namun pendedahan itu hanya lebih kepada kategori peringkat umur pemain pelapis tersebut. apabila senario itu berlaku mereka yg menjadi juara sesama mereka akan cepat merasa puas dan ungkapan jaguh kampung akan menular kembali kepada pemain badminton kita. lihat China dan Korea, mereka tetap memberi peluang kepada pemain pelapis yg masih remaja menyertai pertandingan antarabangsa peringkat senior seperti terbuka bertaraf 4/5 bintang. seharusnya pemain no1 negara sudah meredakan penyertaan dan lebih memberi peluang kepada pelapis dan menumpukan strategi pada kejohanan yg berprestij di mana terkumpulnya pemain pemain terbaik dunia. ini tida semua di sapu bersih. Jadi ada baiknya presiden BAm memikirkan akan strategi yg ampuh tanpa memdengar exco2 BAm yg lebih suka bermain politik sesama sendiri. Berilah jawatan kepada yang ahli dlm bintang ini. Lihat di negara maju sesuatu cabang sukan akan dipimpin oleh bekas athlet cabang sukan tersebut maka jiwa cinta akan kesukanan tersebut akan memberi inspirasi kepada atlet2 yang terlibat. berpolitik ketika memimpin badan sukan akan memberi natijah yg teruk kepada pembangunan sukan. Contoh yg terdekat KOAM apa sudah jadi.cakap banyak tapi kerja tak terlaksana....renungkanlah. peminat badminton zulkfadli, juara remaja dunia, ade pesaing remaja yg lebih kurang same hebat iaitu Viktor, pemain Denmark... kalau BAM lmbt bg peluang kpd zulfadli, tk mustahil Viktor akn meninggalkan die jauh ke belakang... tolong aa BAM, dengar la nasihat kami peminat badminton walaupun kami taklah pakar sangat dalam ini... tapi kami tau bagaimana lee chong wei atau wong choong han naek mase dulu... bukan tiba2 je diorang ni bleh jadi naib juara dunia.... volvo8010 BETULLLLLLLLLLLLLL.....Sepatutnya Datuk Nazdmi malulah,dah lah tak tahu main badminton tapi nak teraju BAM....Merambus je lah...MELUAT dan BENCI tengok muka dia...cakap banyak tapi tak tahu buat kerja. mj Ini yang terjadi jika orang yang bukan dari latar belakang sukan menerajui sesuatu badan! Irwan tiada sumbangan yg blh dibanggakan oleh presiden BAM sepanjang beliau pegang jwtn itu.... tukar sahaja org atasan BAM joe betul tu,, bila lagi nak menang THomas cup kalau bukan skg,, tapi perancangan tak ada ,,mungkin terlalu bergantung kepada pemain yang sama je,,, sedihhhh mr P Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ni dan sekutu-sekutu nya buang saja dari BAM. Makan gaji buta je... ruhay saya bersetuju sekiranya razif sidek diberi tggungjawab sebagai presiden BAM kerana bliau amat arif dalam hal ini.Pucuk pimpinan sekarang tidak kreatif,trlalu memikirkan kpentingn sndiri.Pelbagai komen telah diutarakan oleh rakyat kita yg amat cemburu dengan kejayaan negara lain seperti China,Korea,indonesia di peringkat antarabangsa,namun komen komen ini tidak pernah dipertimbangkan.Pucuk pimpinan BAM seharusnya dibubar dgn org yg lebih pakar dalam hal ini. Zinal Abidin bin Mohd Jani Malaysia mampu menjulang Piala Thomas. Masalah kepimpinan BAM masih lagi dalam pemikiran lama tidak berkembang sama juga dengan pemain walaupun ada peningkatan saperti Datuk Lee Chong Wei.Dalam permainan badminton ianya memerlukan perubahan dari(bukan statik) segi permainan, pemikiran ,tektikal dan yang utama atas mesti kuat(kata jurlulatih Rexy Maniaky).. Contohnya bergu utama Malaysia, sudah mencapai peringkat tertinggi akhir tersungkur lesu. Cari teknik2 baru dan kaji kelemahan lawan di mana jurulatih dan pemain mempunyai harus mempunyai tahap pemikiran yg tinggi jika tidak ada terima pendapat dari luar yg mempunai kebolehan berfikir dan pihak BAM harus bersifat terbuka. Malaysia sudah lama dlm bidang ini dan hampir semua jurulatih dari luar negara pernah melatih pasukan(China, Denmark, Indonesia, Korea). Dengan segala yg ada ini Malaysia tidak mampu juga, adalah lebih baik sesiapa yg berkenaan letak jawatan dan beri kpd orang berkebolehan dgn konsep baru dan pemikiran baru dan bukan yg lama berfikiran lama, dan yg baru berfikiran lama,fikir-fikirkanlah. chaom tuka je presiden tu..ade plak kate piala thomas x penting..tak well-organise. skyGun BAM ni bijak orgnye.tak nak fokus pada piala thomas sebab mereka dah tau yg team malaysia tak kan lepas untuk kelayakan apalagi untuk rampas kembali piala thomas tu.fokus pada olimpik hanyalah muslihat BAM. supaya tak di persalahkan bila malaysia tidak layak atau menang piala thomas tu.BIJAK kan.... dhom Dalam mana2 peperangan, ketuanya lah yang paling penting dalam menyusun strategi kemenangan...walaupun tak kuat mana mcm 1992, tapi kita berjaya menang...we need good leadership and we need Tans Sri Elyas atau yg sepadan dgnnya...I will vote for him for the next THOMAS CUP! ikhvan Tidak patut BAM kata Piala Thomas bukan fokus utama badminton ketika ini sebaliknya beri tumpuan kepada Olimpik. Alasan mcm tu sebenarnya sesuai untuk organisasi "budak-budak" yang memang tiada perancangan, yang sebenarnya silap percaturan. Awal-awal duduk goyang kaki dah last minutes baru tersedar kita tidak mampu! Habis, kalau Olimpik pun "kantoi" apa pula fokus BAM? Sepatutnya Piala Thomas antara medium berprestij untuk menonjolkan nama Malaysia di mata dunia dan perancgnnya dah dilakukan sejak kita sedar nak bertanding dalam piala ini. Dengar dan terimalan pandangan orang bawah-bawah ni... Sekrg ni nampak sgt lambat penonjolan muka-muka baru di peringkat antarabangsa. Tak kiralah hasil usaha BAM atau kelab-kelab lain. Saya tak yakin dengan kemampuan skuad Piala Thomas sekrg, bukn sbb tiada semgt juang tapi lihatlah pemain-pemain yang disenaraikan kecuali LCW, tidak ada yang mampu menggugat pemain-pemain kedua atau ketiga negara-negara yang mengambil bahagian. Buanglah rasa ego demi negara. Peganglah amaran Tan Sri Elyas, "resign". Lama sangat dah, makin merudum. Kalau gantung raket LCW, nampak sgtlah 3-5 tahun lagi masa depan badminto Malaysia suram.... ahat mustapa org besar BAM tu tak reti main badminton,tak reti apa kehendak rakyat malaysia,tak reti bekas2 pemain badminton malysia,baik org besar BAM tu tido saje kat umah,,,, pabraham dah nama pun Chin Chai, buat kenyataan pun buat cincai je, kalau dah gagal dalam perancangan tu mengaku je lah, sepaptutnya setiap kali Piala Thomas BAM harus cuba yang terbaik dan denganb penuh kesungguhan, bukannya cincai je. bersaralah dari pegang jawatan dalam BAM tu, semua peminat badminton dah menyampah dengan hang. Kalau boleh tukarlah semua peneraju BAM, kalau tak menang asyik salahkan pemain dan jurulatih je. Siapa yang rasa-rasa tak leh nak bawa jawatan yang anda pegang , lebih baik bersara dari kena boot out! zaki betul tu...BAM jangan ingat jawatan yang dipegang je..ingat keje yang perlu dibuat dan sasaran yang perlu dicapai..kalau tidak mampu,undur dan beri peluang orang lain..kembalikan kegemilangan sukan badminton di malaysia..semua kejohanan membawa nama dan maruah malaysia.tidak timbul mana yang utama dan tidak..jangan jadikan alasan kegagalan BAM membangunkan badminton malaysia.. 批体理 (Mock) tu gua stju Tukar pucuk kepimpinan...Malaysia masih ketandusan pemain hebat. China dan korea sudah ada pelapis pemain muda berkelas dunia Azli Husin Presiden BAM perlu tanya diri sendiri, apa sumbangan yang diberikan selama 12 tahun kepada sukan badminton?tepuk dada tanyalah hati ek....jangan asyik syok sendiri.. cik maria badminton negara dalam kritikal...ingt lg masa Piala Thomas 1992,sgup tdo lewat ngan family semata2 nk tgk pemain2 Malaysia..akhirnya penantian itu berakhir dgn kegembiraan bila Malaysia menang 3-2...skrg dh lain..terlalu berharap pd Datuk Lee Chong Wei,nk amik pingat emas pertama tuk Msia d olimpik...mcm mane la sukan ni nk maju,asyik hrp org yg sama je...tgk mcm pemain China,tiap2 tahun ade je muka baru pemain badminton mereka.xharap ngan Lin Dan semata2..itu mksudnya badan induk badminton mereka punya perancangan yg teliti & rapi..bangun la dr tdo BAM...xcian ke kt pemain2 baru yg teringin nak bermain d peringkat tinggi gak????beri la pendedahan pd mereka... aj Bukan nak komen ape, cuma nak beri pandangan, saya rasa barisan pucuk pinpinan BAM ni jenis yang penakut. Takut untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda berjuang diperingkat antara bangsa. China sentiasa berani mendedah pemain-pemain muda atau bekas juara remaja dunia mereka keperingkat antarabangsa diikuti oleh Denmark dan negara-negara lain tapi lain pula halnya dgn BAM asyik menunggu dan tidak berani menghantar pemain-pemain muda atau bekas juara remaja dunia keperingkat yg lebih tinggi. Ni tidak..... asyik mengharapkan Hafiz saja... kalaupun Hafiz diberi peluang dlm skuad piala thomas.. dia tetap akan kalah.. dan kita tahu dia akan kalah... apa salahnya beri peluang kpd pemain muda yg berpotensi utk menggalas tanggungjawab ke piala thomas. Cara BAM ni.. dah lapok le..... AWANG BIN A. GANI Saya bersetuju dengan kenyataan Razif, BAM mahu memonopolikan sukan badminton dengan mengabaikan pemain-pemain berpontensi yang bernaung dengan pasukan contohnya Zulfadli, pemain muda yang berbakat, tapi tak diberi perhatian disebabkan dari kem lain. Menteri kena lihat isu in i demi kemajuan badminton negara. Bunga Melor Dah lama tak layan game badminton. Dulu sangat berkobar-kobar, every game mesti nk tengok. Skang? entahla...... Bukan tak nk sokong, tapi bila tgk pemain pun tak berapa nk semangat. Nk sokong pun tak brapa semangat. Entah apa la sebabnya ya?? faizal zin berilah peluang kepada pemain muda supaya dpt pengalaman yang berharga dan jangan
Jono Apa yang Razif sebut tu betul. Beliau bercakap berdasarkan pengalaman. BAM jangan ego dengan membakul sampah pandangan orang lain. wak K Wak teringat zaman ketika negara menang Piala Thomas. Adakah faktor utamanya kerana Allahyarham Datuk Sidek yg melahirkan dan melatih anak2 menjadi hebat begitu? Didy Wujudkan pasukan yang khas untuk pembangunan dan strategi badminton negara. Pete Tukar la presiden tu... chong wei pun dah nak bersara dah... budaya nak kekal slamanya tu yg jadi punca malas tu... RAHMAT BIN MAJIDI Memang BAM pilih kasih... sepatutnyer Zulfadli zulkifli dipilih ke skuad thomas .. untuk pendedahan ... bukanyer kuda tua mcm hafiz .... |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan