Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Malaysia' mln Liverpool

Posted: 25 Feb 2012 12:46 PM PST

Sukan

Aksi Cardiff pada final Piala Liga di Wembley jadi detik bersejarah negara

APA jua keputusan final Piala Liga antara Cardiff City dan Liverpool di Stadium Wembley malam ini, kemenangan tetap menjadi milik Malaysia kerana buat pertama kali dalam sejarah, nama negara terpampang di dada 11 pemain kelab milik syarikat tempatan itu.

Pengerusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata, tidak terlintas di fikirannya tiga bulan lalu betapa kelab dari Liga Kejuaraan yang baru diambil alih itu, akan beraksi di Wembley.

Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini. - Chan Tien Ghee, Pengerusi Cardiff City

"Peluang bermain di Wembley dan menentang pasukan hebat seperti Liverpool adalah satu pencapaian besar buat Cardiff dan Malaysia," katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berada di London, semalam.

"Malaysia turut meraikan peristiwa bersejarah ini kerana nama negara terpampang di jersi pemain Cardiff, itu boleh dianggap satu kemenangan buat negara.

"Saya rakyat Malaysia dan berbangga melihat nama negara menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Inggeris. Saya rasa seluruh rakyat Malaysia juga harus berbangga dengan pencapaian ini."

Walaupun Cardiff belum mempunyai kumpulan penyokong yang besar di kalangan peminat di Malaysia berbanding Liverpool, Chelsea atau Manchester United, hakikat kelab berkenaan mempunyai pertalian rapat dengan negara, mampu menjadi asas kukuh untuk membentuk kumpulan penyokong yang besar di tanah air.
"Di Wales sendiri, sambutan terhadap Malaysia cukup besar dan sebahagian penduduknya mula mengenali negara kita sejak pemilikan kelab ini pada Mei 2010," kata Tien Ghee. "Malah pemain Cardiff yang sebelum ini tidak mengenali Malaysia, menganggap negara sebagai rumah kedua mereka."

Menyentuh peluang Cardiff melakukan kejutan pada final pertama Piala Liga, Tien Ghee berkata, apa saja boleh berlaku tetapi yang penting skuad kendalian Malky Mackay yang diberi jolokan Bluebirds itu mempamerkan aksi berkualiti malam ini.

"Kami ada peluang dan pemain bersemangat tinggi untuk berjaya. Kami tahu harapan tinggi diletakkan peminat, terutama 32,000 penyokong dari Wales yang hadir ke London. Begitu juga peminat dari Malaysia. Saya harap ia menjadi kenyataan," katanya.

Liga Hoki Remaja Malaysia 2012: Thunderbolt diramal mudah ke separuh akhir

Posted: 25 Feb 2012 12:45 PM PST

Sukan

MEMILIKI kelebihan besar daripada perlawanan suku akhir pertama Piala Milo Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) Jumaat lalu, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) -Thunderbolt dijangka berdepan tugas mudah untuk mara ke saingan separuh akhir, seterusnya mempertahankan kejuaraan tahun ini.

Pada pertemuan suku akhir pertama, Thunderbolt menang besar 7-1 ke atas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dilihat tidak bermasalah sekalipun hadir tanpa kelibat dua tonggak, Mohd Firhan Ashaari dan Mohd Fitri Saari yang disenarai dalam skuad kebangsaan.

Dengan sasaran mencipta kejayaan berganda, Thunderbolt yang dibimbing Wan Roslan Wan Abdul Rahman bersemangat selepas menjuarai Divisyen Satu MHL musim ini. "Pemain sedang bersemangat tinggi selepas menjuarai saingan Divisyen Satu," kata Wan Roslan. "Saya yakin kami memiliki kekuatan yang diperlukan untuk mencapai kejuaraan berganda musim ini.

"Sekalipun tanpa Firhan dan Fitri, kami masih mempunyai barisan pemain berkualiti selepas mengekalkan 13 pemain dari skuad tahun lalu, selain memiliki pemain Projek 2013 seperti Mohd Shahril (Saabah) dan Irwan (Nazli)," kata Wan Roslan sambil menyifatkan UniKL dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjadi antara pencabar utama kejuaraan.

Selain Thunderbolt, SSBJ dan UniKL diramal tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir hari ini, berbekal kemenangan besar 6-1 pada perlawanan pertama.

Dalam pada itu, MBI Anderson dan Sapura dijangka berentap sengit selepas masing-masing terikat 1-1 pada perlawanan pertama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan