Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Elak helah Korea

Posted:

Elak helah Korea

Elak helah Korea

TIKET ke suku akhir kempen kelayakan Kejohanan Badminton 2012 sudah sah berada dalam genggaman.

Kemenangan 3-2 ke atas Hong Kong pada aksi pembukaan Kumpulan D di Macau semalam sudah cukup memastikan Malaysia menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.

Bagaimanapun, misi lebih penting akan dihadapi barisan pemain negara apabila membuat perhitungan dengan Korea Selatan hari ini.

Baik Korea Selatan mahupun Malaysia, kedua-dua pasukan pastinya tidak mahu berputih mata bagi menjamin kedudukan selaku juara Kumpulan D.

Bagaimanapun, Malaysia harus lebih berwaspada dengan ancaman Korea Selatan yang cukup terkenal dengan 1,001 helah bagi memburu kemenangan.

MACAU – "Peluang tetap ada."

Demikian keyakinan yang disuarakan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjelang pertemuan menentang Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan D kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia hari ini.

Perlawanan tersebut amat penting buat skuad negara dalam misi memburu slot ke suku akhir selaku juara Kumpulan D, sekali gus mengelak berdepan Indonesia yang dijangka mudah mengungguli Kumpulan B.

Terdahulu, skuad negara dan Korea Selatan mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepas masing-masing berjaya menewaskan Hong Kong.

Skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Hong Kong semalam, manakala Korea Selatan menang 5-0 kelmarin.

Justeru, pertemuan di antara skuad negara dengan Korea Selatan hari ini adalah bagi menentukan siapa yang layak bergelar juara Kumpulan D.

Bagi Chong Wei, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan apabila berdepan Korea Selatan kerana pemain No. 1 dunia itu yakin skuad negara tetap memiliki peluang untuk menang.

Jelas Chong Wei, rakan-rakan sepasukannya tidak seharusnya berasa tertekan kerana skuad negara sememangnya dilabel sebagai pasukan underdog apabila bertemu Korea Selatan.

"Berdepan Korea Selatan, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Jika kalah sekalipun, kita tidak rugi apa-apa kerana Korea Selatan sememangnya merupakan pasukan pilihan.

"Mereka merupakan pilihan kedua kejohanan sementara Malaysia kelima.

"Namun itu tidak bermakna kita tidak boleh menang. Peluang itu tetap ada cuma kita perlu lebih fokus apabila berdepan Korea Selatan dan beraksi dengan semangat juang yang tinggi," kata Chong Wei semalam.

Sebelum ini, skuad negara menerima perkhabaran gembira apabila ketua jurulatih Korea Selatan, Sung Han Kuk mengesahkan bahawa dua pemain utama mereka, Park Sung Hwan dan pemain beregu pertama, Jung Jae Sung tidak akan beraksi pada kempen kelayakan kali ini.

Han Kuk berkata, Sung Hwan yang merupakan perseorangan kedua Korea Selatan masih bergelut dengan masalah kecederaan, begitu juga dengan Jae Sung yang bergandingan Lee Yong Dae.

Diminta mengulas mengenai pertemuannya menentang Wing Ki yang menyaksikan dia dipaksa bekerja keras sebelum menang, Chong Wei mengakui, dia masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang.

"Ini perkara biasa apabila beraksi dalam perlawanan pertama. Mana-mana pemain utama pun turut mengalami perkara yang sama.

"Semalam (kelmarin) Chen Long (perseorangan pertama China) tewas dengan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh dan Lee Hyun Il (perseorangan pertama Korea Selatan) pula turut bekerja keras menentang Wing Ki sebelum menang," jelas Chong Wei.

Malaysia tempah tiket suku akhir

Posted:

Malaysia tempah tiket suku akhir

Malaysia tempah tiket suku akhir


KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong tidak berdepan masalah membenam cabaran beregu pertama Hong Kong pada aksi pertama Kumpulan D kempen kelayakan Piala Thomas 2012 di Macau semalam.


MACAU - Malaysia menempah slot suku akhir kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia selepas membenam Hong Kong pada aksi peringkat Kumpulan D semalam.

Dengan kemenangan tersebut, Hong Kong secara automatik tersingkir pada kempen kelayakan kali ini selepas terlebih dahulu tewas di tangan Korea Selatan pada aksi pembukaan kelmarin.

Pertemuan di antara Malaysia dengan Korea Selatan hari ini bakal menentukan siapa yang bakal muncul selaku juara dan naib juara Kumpulan D.

Pada aksi menentang Hong Kong semalam, skuad negara ternyata tidak mudah untuk mencatatkan kemenangan ke atas Hong Kong apabila sekadar menang tipis 3-2.

Tiga mata tersebut hadir menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, beregu pertama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong dan beregu kedua, Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek mengakui, beliau kecewa dengan kekalahan yang dialami dua pemain perseorangan negara, Muhamad Hafiz Hashim dan Liew Daren.

"Memang kecewa apabila dua pemain perseorangan kita tewas. Namun, apa-apa pun kita tetap menang kerana memang itulah matlamat utama kita apabila berdepan Hong Kong bagi layak ke peringkat suku akhir.

"Saya berharap pemain-pemain ini akan kembali bangkit untuk berdepan dengan Korea Selatan esok (hari ini)," kata Rashid ketika ditemui sejurus tamat perlawanan semalam.

Ditanya sama ada Hafiz berkemungkinan akan direhatkan pada pertemuan dengan Korea Selatan, Rashid berkata: "Jika kita lihat prestasi serta rekod, Hafiz lebih baik berbanding dua lagi pemain perseorangan (Daren dan Mohamad Arif Abdul Latif).

"Namun, saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan jurulatih lain dan pemain-pemain untuk tahu keadaan mereka."

Tampil sebagai pemain No.1 dunia, Chong Wei menghadiahkan mata pertama buat skuad negara apabila mencatatkan kemenangan 21-18, 22-20 ke atas Wong Wing Ki.

Rentak kecemerlangan tersebut diteruskan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menang mudah 21-9, 21-1 4ke atas Lo Lok Kei-Leung Chun Yiu.

Kem skuad negara cemas seketika selepas Hafiz tumbang di tangan Hu Yun 20-22, 18-21.

Mujur, beregu kedua, Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul sebagai penyelamat apabila menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara selepas mengenepikan Wong Wai Hong-Lee Chun Hei 21-14, 21-16.

Hasrat untuk menyaksikan Daren memberikan mata keempat tidak kesampaian apabila dia tewas 21-17, 16-21, 19-21 Chan Yan.

Tidak ada konspirasi

Posted:

Tidak ada konspirasi

Tidak ada konspirasi

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.nizam@kosmo.com.my


ANUAR dibelenggu kontroversi apabila namanya digugurkan daripada skuad negara pada ACC 2012.


PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab (gambar kecil) menegaskan, tidak ada sebarang konspirasi dalam pengguguran nama pelumba sensasi negara, Anuar Manan dalam acara lebuh raya pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012.

Sebaliknya, Abu Samah menjelaskan, keputusan tersebut dibuat oleh jurulatih, Syed muhammad Hussaini Syed Mazlan berdasarkan penilaiannya terhadap prestasi dan fokus Anuar yang sebelum ini menjalani latihan bersama pasukan baharunya, Champion System bagi menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 hujung bulan ini.

Kelmarin, nama Anuar yang pernah mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia yang memenangi satu peringkat perlumbaan LTdL 2010, diketepikan oleh Syed Muhammad Hussaini dan digantikan oleh seorang lagi pelumba yang sedang meningkat naik, Mohd. Hariff Salleh.

"Saya dikhabarkan oleh jurulatih (Syed Hussaini) bahawa mereka telah meminta Anuar untuk menyertai kem latihan negara bagi ACC 2012, namun Anuar beri banyak alasan untuk tidak menyertainya," kata Abu Samah.

"Sedangkan seorang lagi pelumba Champion System, Muhd. Adiq Hussainie (Othman) boleh pula menyertai kem latihan.

"Jadi, jurulatih tidak tahu setakat mana prestasi semasa Anuar kerana dia hanya menjalani latihan bersama pasukan baharunya, lagi pun saya diberitahu bahawa Anuar juga lebih memberi tumpuan kepada LTdL 2012.

"Saya rasa sebab itu nama dia tidak disenaraikan dalam acara lebuh raya kali ini, bukannya sebab ada konspirasi atau mahu memberi pengajaran kepadanya."

Anuar sebelum ini telah menjalani latihan intensif bersama pasukan yang berpangkalan dari Hong Kong itu, namun Abu Samah menjelaskan, Syed Muhammad Hussaini tidak mahu mengambil risiko menurunkannya kerana tidak tahu sama ada pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu sudah benar-benar bersedia.

"Jurulatih tidak mahu ambil risiko menurunkannya sebab tidak tahu setakat mana prestasi semasanya.

"Kita akan menurunkan empat pelumba dalam acara itu dan walaupun hanya seorang sahaja yang diharap mampu memenanginya, kesemua empat pelumba ini harus berada pada tahap prestasi yang sama," jelas Abu Samah lagi.

Enam pelumba telah disenaraikan dalam acara lebuh raya kategori elit lelaki iaitu Hariff dan abangnya, Zamri Salleh, Mohd. Nor Rizuan Zainal, Amir Mustafa Rusli, Akmal Amrun dan Suhardi Hassan.

Namun hanya empat pelumba sahaja yang bakal diturunkan pada Sabtu ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan