Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi hidup mati

Posted: 13 Feb 2012 10:29 AM PST

NAMPAK mudah tapi berdepan Hong Kong pada perlawanan pertama kelayakan Piala Thomas hari ini adalah misi hidup mati skuad negara.

Ketua jurulatih perseorangan Rashid Sidek menegaskan, pemain negara diketuai Datuk Lee Chong Wei tidak boleh memandang rendah kemampuan pemain Hong Kong.


"Pemain kita mesti menewaskan Hong Kong, tak kira bagaimana kemenangan itu 5-0, 4-1 atau 3-2, yang pasti kita mesti menang," kata Rashid selepas memantau latihan pemain di Macau.

"Memang skuad kita jauh lebih kuat di atas kertas tapi kita tidak boleh pandang lawan sebagai pasukan lemah, apatah lagi selepas mereka tewas kepada Korea, tentunya mereka mahu bangkit." Pada perlawanan pertama Kumpulan D semalam, Hong Kong tewas kepada pilihan kedua Korea 0-5 meskipun Korea tidak menurunkan perseorangan kedua yang juga pemain berpengalaman Park Sung Hwan kerana dikatakan masih belum pulih daripada kecederaan tangan.


"Ini adalah misi hidup mati Malaysia kerana jika kalah kepada Hong Kong, saya boleh kata kita akan terkeluar terus daripada kejohanan ini," kata Rashid memberi amaran kepada barisan pemain yang bakal diturunkan hari ini.


Perlawanan Malaysia-Hong Kong hari ini akan bermula jam 9 pagi dan hanya kemenangan boleh meningkatkan keyakinan menjelang perlawanan terakhir kumpulan menentang Korea, esok.

Sung Hwan dan Jung Jae Sung (beregu) belum tiba di Macau kerana dikatakan menjalani rawatan rapi di Seoul.


Pada perlawanan itu, Hong Kong hampir mengejutkan Korea menerusi perseorangan pertama apabila Wong Wing Ki mengajak Lee Hyun Il bermain dius dalam kedua-dua set. Korea membuktikan mereka terlalu kuat dalam beregu. Ketiadaan Jae Sung menyaksikan Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun naik selaku beregu pertama namun lebih penting, Lee Yong Dae iaitu gandingan Jae Sung tiada masalah untuk beraksi cemerlang meskipun digandingkan dengan Shin Baek Cheol.

Sementara itu, aksi hari pertama menyaksikan pilihan pertama China dikejutkan dengan kekalahan perseorangan pertama, Chen Long kepada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh, dua set berturut-turut.


Namun mereka berjaya bangkit dan memenangi baki empat perlawanan untuk menang 4-1 dan dijangka muncul juara Kumpulan A yang turut dianggotai Taiwan.



Selangor tak ada pilihan

Posted: 13 Feb 2012 10:22 AM PST

SELANGOR tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan ke atas juara bertahan, Kelantan dalam pertemuan getir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Kekalahan atau keputusan seri hanya menambah tekanan kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada PKNS FC, Sabtu lalu.


"Moral rakan sepasukan menurun selepas perlawanan itu. Namun saya harap ia dapat dilupakan dan memberi tumpuan penuh pada perlawanan ini kerana perjalanan liga masih panjang," kata kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah.

Menurut pemain paling berpengalaman skuad Selangor itu, Kelantan yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Terengganu sememangnya berada dalam prestasi terbaik namun ia tidak bermakna barisan pemain Merah Kuning sudah menyerah kalah.


"Kami akan berusaha membuat kejutan. Bagaimanapun kami perlu menjaringkan gol awal bagi memastikan usaha meraih tiga mata dapat diraih dengan mudah," katanya.


Selangor dijangka tidak menurunkan K Gurusamy yang mengalami kecederaan ketika menentang PKNS FC namun Irfan Bakti dilihat tidak mempunyai masalah kerana memiliki barisan pemain tengah yang ramai untuk diturunkan.

Hingga petang semalam, penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban tidak tersenarai antara tujuh pemain import yang diluluskan Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Namun Balaban yang berdepan masalah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) mempunyai masa hingga jam 12 malam tadi untuk menyelesaikannya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan