Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Cabaran berakhir

Posted:

Cabaran berakhir

Cabaran berakhir

MACAU – Malaysia gagal mara ke pentas final kempen kelayakan Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 Zon Asia apabila tewas 0-3 kepada Jepun pada aksi separuh akhir semalam.

Bagaimanapun, kekalahan tersebut tidak memberikan sebarang kesan buat skuad negara kerana telah terlebih dahulu layak ke pusingan akhir di Wuhan, China pada Mei depan selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada kempen kelayakan kali ini.

Disebabkan pertemuan dengan Jepun pada aksi separuh akhir semalam boleh dianggap sudah tidak mendatangkan apa-apa makna, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong direhatkan.

Ia bagi memberi peluang kepada barisan pemain lain terutama pemain muda untuk turun beraksi, sekali gus merasai suasana sebenar kejohanan.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek memuji persembahan yang dipamerkan barisan pemain muda yang diturunkan semalam apabila jelas kesemua mereka mempamerkan semangat juang yang tinggi.

"Biarpun kita kalah tetapi pemain-pemain muda tunjuk semangat juang tinggi terutama Liew Daren (perseorangan kedua)," kata Rashid ketika ditemui sejurus tamat perlawanan semalam.

Pada aksi semalam, Muhamad Hafiz Hashim yang tampil selaku perseorangan pertama tewas kepada Sho Sasaki 19-21, 16-21 manakala beregu pertama, Goh V Shem-Lim Khim Wah tewas 11-21, 21-11, 18-21 kepada Hashimoto Hirokatsu-Noriyasu Hirata.

Daren yang memberikan persaingan sengit terhadap Kenichi Tago bagaimanapun gagal menyekat kemaraan pemain Jepun itu apabila tewas 28-30, 21-18.

Misi mustahil buat puteri negara

Posted:

Misi mustahil buat puteri negara

Misi mustahil buat puteri negara


LYDIA belum mampu untuk menggalas tugas sebagai pemain perseorangan utama negara.


MACAU - Atas kertas, peluang buat skuad wanita negara untuk mara ke pusingan akhir kejohanan badminton Piala Uber 2012 di Wuhan, China Mei depan tetap ada.

Namun, jika dibuat penilai- an berdasarkan prestasi pemain wanita negara yang tewas 2-3 kepada Hong Kong pada aksi playoff semalam, ternyata ia adalah satu misi mustahil.

Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky tidak menafikan hakikat tersebut.

"Jika dengan Hong Kong yang dianggap sebagai pasukan lemah pada kempen kelayakan kali ini pun kita tidak boleh menang, bagaimana kita mahu berdepan pasukan seperti Indonesia dan Singapura yang lebih kuat.

"Memang pemain-pemain masih boleh mengekalkan fokus mereka untuk turun dalam setiap perlawanan tetapi tahap keyakinan itu pasti sudah berkurangan," kata Rexy ketika ditemui selepas tamat perlawanan menentang Hong Kong semalam.

Pada perlawanan tersebut, tiga pemain perseorangan wanita terus gagal menghadirkan impak dalam skuad negara apabila ketiga-tiga mereka tewas kepada lawan masing-masing.

Perseorangan pertama, Tee Jing Yi tewas kepada Yip Pui Yin 12-21, 9-21, manakala Lydia Cheah kecundang 20- 22, 21-18, 17-21 kepada Chan Tsz Ka.

Sannatasah Saniru yang turun selaku perseorangan ketiga pula tewas mudah di tangan Mong Kwan Yi 13-12, 15-21.

Hanya dua pasangan beregu negara, Wong Pei Tty- Chin Eei Hui dan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo terus menjadi penyumbang mata utama buat skuad negara.

Pei Tty-Eei Hui menang 21-16, 21-18 ke atas Poon Lok Yan Poon-Tse Ying Suet, manakala Liu Ying-Yin Loo mengetepikan cabaran Chau Hoi Wah-Chan Hung Yung 21-19, 21-15.

Bagi Rexy, skuad wanita negara perlu akur dengan kekalahan tersebut dan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan itu.

"Memang kecewa apabila kita tewas tetapi kita perlu menerima kekalahan ini. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana menang kita sama-sama, kalah pun kita kalah sama-sama," jelas Rexy.

Juara pusingan playoff Zon Asia akan dibandingkan kedudukan ranking dengan pasukan tempat keempat Zon Eropah dan pasukan yang memiliki ranking lebih tinggi akan mara ke pusingan akhir di China.

Piala Thomas: BAM sasar 2016

Posted:

Piala Thomas: BAM sasar 2016

Piala Thomas: BAM sasar 2016


GANDINGAN Kien Keat (kiri) dan Boon Heong telah menunjukkan peningkatan pada kempen kelayakan Piala Thomas di Macau.


MACAU - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi jaminan bahawa skuad negara akan benar- benar mantap menjelang kejohanan badminton Piala Thomas 2016.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Dr. Al-Amin Majid berkata, badan induk sukan badminton negara itu bakal melaksana- kan program khas bagi membentuk sebuah pasukan yang benar-benar boleh disandarkan harapan dalam misi membawa kembali trofi Piala Thomas ke Malaysia pada edisi 2016 kelak.

Katanya, program itu akan dijalankan sebaik tamat temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

"Sebaik sahaja tamat Sukan Olimpik, BAM akan membuat satu program baharu untuk mempersiapkan skuad Piala Thomas. Kita jangka skuad negara benar-benar bersedia sepenuhnya pada 2016.

"Dengan tempoh yang singkat, memang sukar untuk kita mele- takkan sasaran pada Piala Thomas 2014 kerana ada lebih kurang setahun lebih sahaja lagi untuk membuat persediaan. Sebab itu, 2016 adalah lebih realistik buat skuad negara bagi melakukan persiapan," kata Al-Amin.

Mengulas mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap BAM ekoran dilihat lebih mementingkan Sukan Olimpik 2012 berbanding Piala Thomas, Al-Amin menafikan perkara tersebut.

"BAM tidak pernah cakap Piala Thomas tidak penting, cuma kami lebih memberi keutamaan kepada Sukan Olimpik.

"Semua perlu tahu, kita tidak pernah memenangi pingat Sukan Olimpik dan sebab itu kami (BAM) mahu merealisasikannya pada tahun ini. Piala Thomas juga penting, namun, BAM mengambil pendekatan berbeza bagi melaku- kan persiapan menghadapi Sukan Olimpik dan Piala Thomas," jelas Al-Amin lagi.

Kelmarin, skuad negara membuktikan bahawa tanggapan sege- lintir pihak yang meragui kemampuan mereka tidak tepat apabila mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei depan.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir kempen kelayakan, sekaligus menempah slot automatik apabila menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik.

"Kita memang tahu skuad negara kali ini memang tidak kuat. Namun, kita telah membuktikan sebaliknya bahawa kita juga masih boleh layak ke pusingan akhir," ujar Al-Amin.

Sementara itu, beliau memuji persembahan dua pasangan bere- gu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah.

"Beregu kita beraksi dengan baik dan mereka antara watak utama terhadap kejayaan skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Thomas. Prestasi mereka telah banyak meningkat," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan