Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM terima teguran

Posted:

FAM terima teguran

FAM terima teguran

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghalang pegawai dan ahlinya menegur prestasi skuad kebangsaan bagi tujuan penambahbaikan.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pegawai atau ahli yang mahu mengkritik pasukan kebangsaan bagaimanapun wajar berbincang dengan persatuan itu terlebih dahulu sebelum memberi komen terhadap prestasi pasukan kebangsaan secara terbuka.

"Kalau boleh, seelok-eloknya kita bincang dalam mesyuarat terlebih dahulu tetapi kita tidak boleh sekat atau bendung mereka untuk menyatakan pandangan mengenai pelbagai perkara.

"Kita harus mengalu-alukan pandangan yang membina dan positif dalam hal ini. Namun, segala teguran adalah sangat subjektif, satu pihak kata tak begitu membina dan satu pihak kata sebaliknya," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian pada sidang media di Istana Abdul Aziz di Kuantan semalam ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF akibat aksi goyah dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Annuar dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor baru-baru ini menjelaskan bahawa kenyataannya disalah tafsir oleh pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan tanpa merujuk kepada mana-mana individu termasuk jurulatih, Datuk K. Rajagobal.

Sehubungan itu, Tengku Abdullah berharap isu tersebut tidak diperbesar dan disensasikan lagi demi kebaikan skuad kebangsaan yang memikul tugas berat dalam merealisasikan impian peminat bola sepak negara ini.

Baginda sebaliknya menyeru supaya semua pihak memberikan fokus terhadap impian dan harapan untuk menaikkan mutu sukan bola sepak negara.

"Saya tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana bila kita suarakan, kadangkala ada yang sensitif dan seelok-eloknya kita kurangkan perkara sebegini.

"Apa yang penting, pasukan dan pemain itu sendiri perlu membuktikan kemampuan di atas padang," titah baginda.

Safee terus buktikan kehebatan di Indonesia

Posted:

Safee terus buktikan kehebatan di Indonesia

Safee terus buktikan kehebatan di Indonesia

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SAFEE (kanan) terus membuktikan kehebatannya dalam Liga Super Indonesia.


PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali sekali lagi membuktikan kehebatannya.

Pada Sabtu lepas, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu berjaya meledak empat gol ketika membantu kelabnya, Pelita Jaya FC membelasah Gresik United dengan ke- putusan 6-1 di gelanggang lawan pada aksi Liga Super Indonesia (ISL) 2012.

Dua lagi gol Pelita Jaya dalam perlawanan itu diledak oleh Greg Nwongkolo dan ia merupakan kemenangan terbesar Pelita Jaya selepas diterajui Rahmad Dharmawan selaku jurulatih pada 19 Januari lepas.

Dengan keputusan itu, Pelita Jaya kini menghuni tangga kelapan ISL dengan 24 mata, 12 mata di belakang peneraju liga, Sriwijaya FC selepas mengharungi 17 perlawanan setakat ini.

Kejayaan Safee, 28, meledak empat gol dalam perlawanan itu juga berjaya meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak ISL setakat ini dengan 12 gol, kurang tiga gol daripada penyerang import Sriwijaya FC dari Saint Kitts and Nevis, Kayamba Gumbs.

Ia juga merupakan hatrik pertama Safee dalam saingan ISL, selain satu-satunya pemain pertama negara yang berjaya berbuat demikian pada saingan liga luar negara.

Safee juga merupakan pemain pertama Malaysia yang dilantik sebagai kapten kelab profesional luar negara apabila menggalas tugas selaku kapten Pelita Jaya musim ini.

"Kejayaan Safee muncul pemain pertama negara meledak hatrik dalam saingan liga di luar negara sememangnya menga- gumkan.

"Saya harap Safee dapat meneruskan momentum kecemerlangan ini pada masa depan, sekali gus membuktikan kehebatannya sebagai antara penyerang yang disegani di rantau Asia Tenggara," kata pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim menerusi e-mel kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Safee berjaya meledak tujuh gol sepanjang mewakili Pelita Jaya musim lepas.

Selain Safee, antara pemain yang turut berjaya meledak hatrik dalam saingan ISL musim ini termasuklah penyerang Sriwijaya FC, Hilton Moreira, Patrich Wanggai (Persidafon Dafonsoro), Mario Costas (Persela Lamongan), Marcio Souza Da Silva (Arema Indonesia), Gaston Castano (Gresik United) dan Zaenal Arif daripada pasukan PSPS Pekan Baru.

Selepas ini, Pelita Jaya dijadualkan bertemu pasukan di tangga kesembilan liga, Persiba Balik Papan di Stadium Singaperbangsa pada 11 April depan, sebelum kembali melayan kunjungan Gresik United tiga hari kemudian.

Kedah mahu lunas 'hutang'

Posted:

Kedah mahu lunas 'hutang'

Kedah mahu lunas 'hutang'

Oleh MOHD. SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


KEDAH akan terlepas khidmat Khyril Muhymeen (kiri) pada aksi suku akhir kedua menentang T-Team malam ini selepas menerima dua kad kuning.


KEDAH yang tewas kepada T-Team pada saingan Liga Super sebelum ini ingin melunaskan 'hutang' itu pada perlawanan kedua Piala FA di Kuala Terengganu malam ini.

Skuad Kenari mahu melupakan kekalahan 3-0 itu, sebaliknya membuka lebaran baharu dengan harapan dapat meraih kemenangan untuk berada dalam kelompok empat terbaik kejohanan berprestij tersebut.

Namun, tugas itu bukan satu kerja mudah bagi anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan yang memerlukan mereka memberi komitmen seratus peratus serta semangat juang yang tinggi lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan.

Kelebihan dilihat berpihak kepada pasukan berstatus kelab itu yang sudah pastinya mahu menghadiahkan kemenangan layak ke separuh akhir kepada penyokong setia mereka.

Bagaimanapun bagi Wan Jamak, usaha dan kerja keras pemain pasti membuahkan hasil yang diharapkan biarpun berdepan laluan sukar tanpa sebarang bekalan ketika beraksi di Alor Setar, Sabtu lalu.

Justeru, beliau berharap pemain-pemainnya dapat meningkatkan usaha bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan.

"Pemain perlu berusaha dengan lebih gigih kerana setiap usaha itu tentu mendatangkan hasil. Jangan diingatkan sejarah silam (kekalahan kepada T-Team) sebaliknya fokus dan beri tumpuan kepada perlawanan penting ini," katanya.

Pada pusingan pertama di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu, Kedah gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan.

Pada pertemuan dengan T-Team malam ini, Kedah juga kehilangan 'ayam tambatan' mereka, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri yang digantung satu perlawanan kerana memiliki dua kad kuning termasuk pada perlawanan Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mempertimbang untuk menggugurkan pemain import mereka, Hamidan Mohamed berikutan prestasi hambar pemain dari Ghana itu.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberitahu, skuad Kedah akan mengalami kerugian sekiranya masih menyimpan pemain yang gagal memberi sumbangan membanggakan kepada pasukan.

"KFA sedang meneliti beberapa pemain import lain bagi menggantikan Hamidan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan