Berita Harian: Sukan |
Posted: 28 Apr 2012 03:50 PM PDT AKSI Lee Chong Wei ketika menentang Hsu Jen Hao dari Taiwan dengan kemenangan 21-13, 21-7, semalam. LEE Chong Wei berada pada posisi terbaik untuk menambah koleksi kejuaraan badminton ketiga musim ini selepas layak ke final Siri Super Terbuka India di New Delhi, semalam - mencatat rekod 100 peratus layak ke semua perlawanan akhir, musim ini. Dia akan menentang Shon Wan Ho dari Korea Selatan - lawan yang sudah ditewaskan pada empat pertemuan lalu. Semalam, pemain nombor satu dunia itu menewaskan Hsu Jen Hao dari Taiwan 21-13, 21-7 dan mengesahkan bahu yang tercedera sebelum ini sudah pulih dan tidak terasa sakit apabila membuat pukulan. |
Alangkah indah jika benam City: Fergie Posted: 28 Apr 2012 01:25 PM PDT Sukan KEMENANGAN ke atas Manchester City pimpinan Roberto Mancini sudah pasti akan menjadi kejayaan paling istimewa untuk Alex Ferguson sepanjang 26 tahun bersama Manchester United.Bagi penyokong setia merah dan biru, kejayaan di Stadium Etihad, esok harus menjadi 'hari paling penting dalam hidup mereka.' Pendahulu liga, United akan melangkah ke gelanggang dengan kelebihan tiga mata ke atas 'jiran yang bising' itu dan ia adalah kedudukan sama, musim lalu dengan baki tiga perlawanan apabila berdepan Chelsea dengan kelebihan mata sama. Kemenangan akan membantu mereka menjarakkan kepada enam mata dan keputusan seri di Blackburn dalam perlawanan berikut akan mengesahkan mahkota kejuaraan menjadi milik mereka.Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenhafiz secara kasarnya Manchester City dilihat mempunyai kelebihan kerana bermain dihadapan penyokong sendiri. tetapi jangan lah pula memandang rendah kepada skuad kendalian SAF kerana beliau pasti akan membuat kejutan kepada anak buah Roberto Mancini. pape pon dalam sukan bola sepak, apa-apa pun boleh terjadi dan tidak diduga shukri Melihat kepada prestasi semasa Manchester City adalah sukar untuk Manchester United memenangi perlawanan diantara MU lwn MC.Keadaan ini berlaku disebabkan kegagalan MU memenagi beberapa perlawanan sebelum ini setelah mendahului MC dengan selesa. Walau apapun didalam perlawanan bolasepak, apa-apa pun boleh terjadi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan