Harian Metro: Arena |
Posted: 28 Apr 2012 07:15 AM PDT MANCHESTER: Vincent Kompany menyuarakan hasratnya untuk menyekat setiap gerakan Wayne Rooney kerana penyerang Manchester United itu bertindak cemerlang ketika ini. Kapten Manchester City itu berkata, dia suka dengan cabaran berdepan pemain seperti Rooney yang dianggap antara pemain terbaik dunia.
Kompany berkata: "Ia sesuatu yang amat menyeronokkan buat saya.
"Dia antara penyerang terbaik dunia, tiada siapa yang meragui kemampuannya dan biasanya perlawanan ini pasti sengit.
"Dia juga seorang pemimpin buat pasukannya dan itu yang menjadikannya seorang pemain yang amat istimewa." Jika United bergantung kepada sentuhan Rooney, City dijangka menurunkan penyerang bermasalah, Mario Balotelli yang sudah menjalani penggantungan perlawanan bagi pertemuan di Etihad. - AFP |
Posted: 28 Apr 2012 07:07 AM PDT DUA pasukan dari Pantai Timur mengetuai lapan pasukan mara ke suku akhir Terbuka Lelaki semalam apabila berjaya melangkah ke final Karnival Futsal Harian Metro Zon Timur di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu. Dua pasukan itu adalah Gelombang FC B serta DJ Square A yang membenam lawan masing-masing pada suku dan separuh akhir sebelum mara ke pentas final.
Tempat ketiga menyaksikan pertembungan Polo Utd dan Gelombang FC C yang dimenangi Polo Utd, 2-1.
Dalam saingan pertama di Zon Tengah bulan lalu, lapan pasukan yang sudah mengesahkan tempat ke Grand Final adalah Bertam Ulu FC, Court Soccer B, Dani A, Royale NR FC B, De Stadium YT B, Pemuda Medan Batu Caves, TMFT dan Glory A. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan