Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee belum panik

Posted:

Kim Swee belum panik

Kim Swee belum panik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KATA orang, setiap musibah yang berlaku itu ada rahmatnya.Disebabkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar) enggan tergesa-gesa menekan butang panik meskipun rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Singapura (Liga S) lebur di tangan Home United malam kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Yishun itu, Harimau Muda tewas 1-2 hasil jaringan Shotaro Ihata dan Frederic Mendy (ke-13, 61), manakala gol sagu hati skuad muda negara diledak Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-51.

Menurut Kim Swee, beliau percaya kekalahan itu bakal mematangkan pemainnya pada perlawanan akan datang sekiranya berhasrat mahu memastikan sasaran menamatkan saingan liga di tempat kelima musim ini tercapai.

"Saya akui, pengalaman memisahkan pasukan saya dengan Home United yang jelas lebih bijak menguasai permainan, terutamanya apabila dibarisi tujuh pemain import, termasuk tiga pemain natura- lisasi pada perlawanan tersebut.

"Kecewa memanglah kecewa apabila gagal mengekalkan rekod tanpa kalah, namun masih terlalu awal untuk saya berasa bimbang dengan kekalahan tersebut kerana saingan liga masih panjang," katanya kepada Kosmo! semalam.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda yang telah mencatat empat kemenangan dan dua seri sebelum ini kini tergelincir di tangga kelima liga dengan 14 mata, kurang satu mata di belakang Home United yang melonjak ke tangga kedua. Home United begitupun beraksi lebih satu perlawanan.

Mengulas lanjut kata Kim Swee, barisan pertahanannya yang diterajui Affizie Faizal Mamat, Shahrul Saad, Mohamad Amer Saidin dan Mohd. Fadhli Shas juga dilihat agak gugup ketika menentang Home United kelmarin.

"Barisan pertahanan skuad saya dilihat mudah hilang konsentrasi setiap kali diasak penyerang lawan.

"Justeru, saya harap pemain perlu bertambah matang ketika berdepan Woodlands Wellington di Stadium Yishun, Ahad depan," katanya optimis.

Mencari penawar duka

Posted:

Mencari penawar duka

Mencari penawar duka

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


MAT ZAN (dua dari kanan) bersama Steven Tan (dua dari kiri) ketika hadir pada sidang media semalam sambil ditemani ketua pasukan masing-masing, Sharbinee Allawee (kanan) dan Aleksandar Duric (kiri).


KEKECEWAAN selepas dibelasah Selangor 1-6 pada aksi Liga Super, Sabtu lalu telah dilupakan dan kini anak-anak buah Mat Zan Mat Aris bertekad mencari penawar duka apabila Terengganu turun menentang Tampines Rovers bagi aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) petang ini.

Dengan mengumpul enam mata dari- pada tiga perlawanan, skuad Penyu hanya memerlukan kemenangan pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bagi mencerahkan laluan ke pusingan kedua.

Malah, jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris turut menyifatkan perlawanan petang ini sebagai peluang terbaik buat para pemain mengembalikan keyakinan diri.

"Saya tahu semua pihak masih terkejut dengan kekalahan kami kepada Selangor tempoh hari tetapi itu bukan- lah alasan untuk kami terus mengaku kalah.

"Esok (petang ini), kami akan turun menentang kelab Singapura, Tampines Rovers dan sudah pasti kami inginkan kemenangan untuk memastikan tempat ke pusingan kedua," kata Mat Zan pada sidang media semalam.

Untuk rekod, Terengganu yang beraksi buat pertama kali di pentas Piala AFC kini selesa menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan enam mata, ketinggalan tiga mata di belakang kelab dari Hong Kong, Kit- chee.

Pada perlawanan di Singapura minggu lalu, juara Piala FA 2011 itu berjaya menewaskan Tampines 1-0 menerusi jaringan Joseph Kalang Tie.

"Kami berjaya menewaskan Tampines di Singapura sebelum ini dan saya rasa tiada alasan untuk kami tidak boleh memenangi perlawanan ini.

"Lagipun, inilah satu-satu peluang untuk kami menempah sejarah dengan mara ke pusingan kedua," ujarnya.

Sebagai percaturan, Mat Zan bakal menurunkan barisan terkuatnya diketuai penyerang sensasi, Francis Forkey Doe yang akan digandingankan bersama Abdul Manaf Mamat.

Dalam pada itu, kapten Terengganu, Sharbinee Allawee mengakui tahap kecergasan rakan-rakan sepasukannya kini agak terjejas selepas melalui jadual perlawanan yang cukup padat.

Bagaimanapun katanya, ia bukanlah alasan untuk mereka tidak mampu mempamerkan rentak terbaik memandangkan peluang beraksi di pentas Piala AFC bukanlah sesuatu yang mudah.

"Kami gagal beraksi dengan baik ketika berdepan Selangor lalu dan saya akui kekurangan itu.

"Namun, semua pemain sedar bahawa kami juga memikul tanggungjawab besar untuk mencari kemenangan ke atas Tampines," katanya.

2 pelumba malang di Jelajah Thai

Posted:

2 pelumba malang di Jelajah Thai

2 pelumba malang di Jelajah Thai


HADI (kanan) memeriksa keadaan tangan Nurul Sakinah yang patah, manakala pengurus pasukan, Omar Saad (kiri) menunjukkan keputusan X-ray kepada Zahraa.


CHIANG RAI - Dua pelumba basikal lebuh raya wanita Malaysia dibelenggu petaka malang dan terkeluar dari- pada aksi seterusnya sesudah terlibat dalam kemala- ngan ngeri pada perlumbaan peringkat kedua Jelajah Thailand (ToT) 2012 dari Chiang Rai ke Chiang Khong sejauh 130 kilo- meter semalam.

Nurul Sakinah Abdul Karim yang baru pertama kali menyarung jersi negara pada perlumbaan jelajah, patah tangan kiri sesudah terkena penghadang jalan ketika menuruni bukit sejurus selepas mendaki zon pendakian setinggi 450 meter gara-gara cuba mengelak pelumba Kazakhstan, Marzhan Baitleuova dan tonggak Syria, Seba Alraai.

Terdahulu, Zahraa yang merangkul satu kejuaraan perlumbaan peringkat pada Jelajah Vietnam (ToV) 2012 bulan lalu, terjatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter apabila terlibat dengan kemalangan dengan pelumba pasukan CCC, Rohidah.

Paling menyayatkan hati, insiden malang melibatkan Nurul Sakinah berlaku di depan mata pengurus pasukan, Omar Saad dan jurulatih, Mohd. Hardi Razali yang bingkas melakukan operasi menyelamat selepas pelumba kelahiran Johor itu dilihat pengsan selama hampir seminit.

Menggunakan pengalamannya selaku tukang urut di Institut Sukan Negara (ISN), Mohd. Hardi yang juga bekas pelumba lebuh raya kebangsaan bertindak menyelamatkan Nurul Saki- nah, manakala Omar yang pernah berkayuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich membantu Baitleuova.

Perlumbaan semalam menyaksikan enam pelumba, termasuk daripada pasukan kebangsaan Malaysia, Asahi Cycling Club (ASA), Cycling Custom Club (CCC) dan Syria gagal menamatkan perlumbaan yang dimenangi oleh Xin Liu daripada kelab benua China Chongming-Giant Pro Cycling (GPC) yang muncul juara dengan kepantasan 3 jam 39 minit 13 saat.

Mayuko Hagiwara daripada ASA menduduki tempat kedua dengan keciciran satu saat di belakang sambil diekori tonggak pasukan kebangsaan Korea Selatan, Sunae Choe.

Kemenangan Liu menyaksikan dia mendominasi tiga jersi iaitu kuning (klasifikasi individu keseluruhan), hijau (pecutan) dan polka-dot (raja bukit) dengan catatan masa keseluruhan 6:28:39s.

Masziyaton Mohd. Radzi sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-27, keciciran 7.31s, manakala Muslihah Salim mengisi posisi kedudukan ke-38 dan Mardiana Mohd. Radzi (ke- 39).

Pasukan kebangsaan Malaysia kini berada di tempat kelapan kategori berpasukan keseluruhan dengan catatan masa 19:52:47s.

Hardi menjelaskan, kemalangan tersebut mungkin disebabkan Nurul Sakinah tidak mempunyai pengalaman untuk mengelak pelumba yang berada di depannya.

"Saya harap kemalangan ini akan memberikan satu pengalaman berharga kepada Nurul Sakinah. Sudah tentu dia akan ingatkan kemalangan ini sampai ke akhir hayatnya. Saya harap dia akan belajar sesuatu daripada kemalangan hari ini (semalam)," katanya.

Dalam pada itu, Omar pula menjelaskan, petugas Hospital Chiang Khong sudah mengesahkan bahawa Nurul Sakinah patah tangan kanan.

"Saya sedang berhubung dengan PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) untuk mendapatkan kepastian sama ada untuk memasukkan Nurul Sakinah bagi rawatan di Chiang Rai atau Kuala Lumpur," katanya.

Perlumbaan hari ini dari Chiang Rai ke Mae Said dan berakhir di Mae Chan sejauh 89.3km menyaksikan Malaysia memerlukan strategi baharu sesudah kehilangan Zahraa yang dianggap antara pemecut terbaik negara ketika ini.

"Saya sedang memikirkan strategi baharu dengan memaksa baki tiga pelumba yang tinggal melakukan aksi 'kamikaze' esok (hari ini).

"Inilah sahaja peluang mereka untuk melakukan sesuatu buat skuad Malaysia," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan