Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kebebasan bersuara tertakluk peraturan

Posted:

Kebebasan bersuara tertakluk peraturan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Sultan Ahmad Shah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia


KUANTAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bertitah, kebebasan bersuara dalam sesebuah organisasi termasuk dalam persatuan itu adalah tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan.

Baginda yang juga Sultan Pahang bertitah, seperti mana di negara ini, semua rakyat mempunyai hak untuk bersuara namun pada masa sama terdapat had yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, perkara ini (kebebasan bersuara) bukan berkaitan Tan Sri Annuar Musa (Timbalan Presiden FAM) sahaja tetapi semua rakyat Malaysia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita bebas bersuara tetapi ada hadnya dan perlu mengikut Perlembagaan, tidak boleh buat sesuka hati saja," titah baginda kepada pemberita selepas berangkat ke majlis Santapan Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Pahang di sini, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Annuar ikrar terus majukan bola negara

Posted:

Annuar ikrar terus majukan bola negara

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
sukan@utusan.com.my

KOTA BHARU - "Mereka boleh ambil semua pangkat saya, tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya,".

"Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak mereka, tapi saya haramkan diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola sepak Malaysia,".

Itu luahan Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun setengah daripada tugasnya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA, kelmarin di dalam laman sosial Facebook, semalam.

Beliau yang dikenakan hukuman tersebut setelah di dapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco), 4 Februari lalu.

Tambah Annuar: "Tindakan FAM memberikan semangat baru kepada saya. Selebihnya saya serahkan kepada masyarakat dan peminat untuk menilai".

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan