Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Azizul tewas dalam kelayakan

Posted:

Azizul tewas dalam kelayakan

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Mohd. Azizulhasni Awang


KUALA LUMPUR - Mendapat slot acara pecut lelaki ke Sukan Olimpik London mengubat kekecewaan kontinjen negara pada Kejohanan Trek Dunia di Melbourne tatkala Azizulhasni Awang dan Edrus Yunos terkandas pada saingan kelayakan, semalam.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, Malaysia mempunyai peluang untuk menurunkan seorang pelumba dalam acara itu bagi mengisi kekosongan apabila Jepun dan China layak secara automatik selepas menguasai kuota Asia.

Perkhabaran tersebut sekurang-kurangnya meredakan sedikit kegusaran terhadap prestasi Azizulhasni dalam acara pecut lelaki selepas menduduki tempat ke-27 dengan mencatat masa 10.193 saat manakala Edrus pula meraih tempat ke-45 dengan catatan 10.416s, hanya 24 pelumba terbaik mara ke pusingan seterusnya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Liga Super: Misi Kelantan rampas semula takhta tanpa Annuar

Posted:

Liga Super: Misi Kelantan rampas semula takhta tanpa Annuar

KUALA LUMPUR - Tumpuan Liga Super malam ini pasti terarah kepada sejauh mana daya tahan Kelantan tanpa supremo, Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun enam bulan daripada sebarang kegiatan bola sepak kebangsaan dan negeri.

Selepas lulus ujian sulung pada hari Annuar dihukum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan membenam Arema Indonesia 3-0 pada Piala AFC di Kota Bharu, Rabu lalu, adakah Wira Merah akan tetap menyerlah di arena tempatan apabila bertandang ke Stadium Negeri, Kuching milik Sarawak?

Teraju Liga Super juga perlu dirampas balik Si Kijang daripada Lions XII yang memintasnya, hujung bulan lalu, 26 berbanding 27 mata dengan kelebihan satu perlawanan sekali gus menunjukkan betapa peritnya perjuangan anak buah Bojan Hodak ini di dalam mahupun di luar padang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan