Berita Harian: Sukan |
‘Pemain muda Malaysia boleh’ Posted: 27 May 2012 02:36 PM PDT Sukan LIN Dan menjulang Piala Thomas bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 dalam final di Wuhan, semalam. Pemain nombor dua dunia itu berkata dia menghargai peluang bermain menentang pemain muda seperti Liew Darren dan beranggapan lawan itu ada potensi besar mengorak langkah lebih jauh jika diberi pendedahan cukup. "Media hanya memberi tumpuan kepada Lee Chong Wei tapi ada beberapa pemain muda lain juga harus diberikan perhatian. "Pemain muda ini harus diberi lebih banyak peluang bermain dan membuktikan kemampuan masing-masing. Jika ini dilakukan baru akan ada harapan baru dalam arena badminton," kata juara Olimpik dan dunia itu di Pusat Sukan Gimnasium, semalam.Dalam perlawanan perseorangan pertama, Lin Dan menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-14, 21-17 untuk memberi China mata pertama. Juara bertahan itu menewaskan lawan 3-0 untuk muncul juara buat kali kelima berturut-turut dan kesembilan sejak 1949.
|
Saya tetap berpijak di bumi nyata: Nazmi Posted: 27 May 2012 02:35 PM PDT Sukan "SAYA tetap berpijak di bumi nyata dan sentiasa ingat pesan mak dan ayah!"Itu pegangan Mohd Nazmi Faiz Mansor yang muncul pemain pertama mengikat kontrak dengan kelab Portugal - SC Biera Mar. Menyedari gaya hidup kebanyakan pemain di Portugal yang agak bebas, Nazmi bertekad tidak akan cepat terpengaruh dan hanya akan memberi tumpuan kepada latihan serta permainan dalam merealisasikan impian melebarkan kerjaya di Eropah. "Sasaran utama saya ialah bermain di Eropah dan Biera-Mar ini adalah permulaan baik untuk saya," kata pemain 17 tahun itu. "Saya tidak akan membiarkan perkara lain mengganggu matlamat sebenar saya."Di Portugal, saya lihat ramai pemain yang berbakat tetapi mereka cepat lupa diri dan rasa diri mereka bagus sehingga menjadi punca kemerosotan prestasi. Ejen saya, Marco (Guimaraes) turut memberi peringatan kepada saya berkenaan perkara ini." "Saya akan kembali semula ke Portugal awal Julai ini selepas pusingan kelayakan Piala Asia. Saya tahu akan bermula dari bawah dan perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama," katanya yang berharap lebih ramai pemain muda mengikut jejaknya. Sementara itu, Guimaraes berkata dia sedar dengan masalah dihadapi segelintir pemain muda di Portugal dan akan memastikan Nazmi tidak terjerumus dalam kelompok itu. "Saya secara peribadi akan memantau prestasi Nazmi, tetapi saya yakin dia mempunyai impian cukup kuat untuk tidak menjadikan perkara remeh begitu sebagai penghalang." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmuslim Jangan tinggal solat dan ibadah wajib yang lain.. InsyaAllah.. Semoga berjaya! peminat tahniah anak muda MALAYSIA... SALMAH.. teruskan berjuang nazmi.. afiq Memang itu yang terjadi bila di beri kemewahan dan keseronokkan, Contohi la macam Frank Ribery, Yaya Toure, Zidane..~ muhammad bin hj.idris selamat berjuang Nazmi untuk Negara walaupun saya tinggal jauh dari semenanjung malaysia(kuching)kita 1 malaysia. Ameen meen Teruskan perjuangan...halangan kecil-kecil tu perkara biasala....org lain bleh,tkkan Malaysia tk boleh? shah Selamat berjaya,nami! |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan