Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Alonso tabik Ferrari!

Posted: 21 Jul 2012 04:53 PM PDT

Pemandu Sepanyol sambar petak pertama GP Jerman, hari ini

TINDAKAN bijak pasukan Ferrari memeriksa keadaan litar sebelum perlumbaan dan strategi pit-stop di Q3 untuk menukar tayar baru memberi hasil kepada Fernando Alonso menyambar petak pertama bagi kejuaraan Grand Prix Jerman, hari ini. Pemandu Sepanyol itu merakamkan 1 minit 40.621 saat untuk memintas juara bertahan berganda, Sebastian Vettel dari Jerman dan rakan sepasukannya dari Red Bull, Mark Webber dari Australia.
Kedudukan ini membantunya muncul pelumba yang ada ramuan mengejar gelaran dalam Formula Satu, musim ini. Idola tempatan dan juara tujuh kali, Michael Schumacher, 43, muncul keempat terpantas.

Pemandu Sepanyol anggap strategi Ferrari bantu buru GP Jerman

HOCKENHEIM: Pendahulu kejuaraan, Fernando Alonso meraih permulaan petak utama buat kali kedua berturut apabila mengatasi pencabarnya pada sesi kelayakan Grand Prix Jerman, semalam.
Juara dunia dua kali itu memandu jentera Ferrari dengan begitu cemerlang untuk menjadikannya pelumba yang bakal mencabar dalam perebutan kejuaraan musim ini tatkala dia berusaha untuk kejuaraan dunia buat kali ketiga.

Pelumba Sepanyol itu mencatat seminit 40.621 saat dalam keadaan cuaca kering pada penghujung kelayakan ketiga (Q3) untuk memperbaiki catatan masa terpantas miliknya sendiri dan mendahului catatan pelumba lain.

Catatan masa Alonso itu 0.4s lebih pantas daripada pencabar terdekat yang juga juara dunia bertahan dua kali, Sebastian Vettel dari Jerman dan rakan sepasukannya dalam pasukan Red Bull, Mark Webber dari Australia.

"Anda tahu, kadangkala adalah bagus untuk memeriksa keadaan litar, seperti yang kami lakukan di Q3," kata Alonso.

"Memasuki selekoh 6 bukan mudah bagi sesiapa pun, banyak permukaan lekuk yang mana tayar tidak menyentuh permukaan litar, tetapi segala-galanya berjalan lancar buat kami. Kami melakukan strategi yang bagus untuk melakukan hentian pit pada Q3, maka kami boleh memiliki tayar baru pada minit terakhir." - AFP

Fergie buka langkah sasar van Persie

Posted: 21 Jul 2012 04:47 PM PDT

London: Sir Alex Ferguson mengesahkan Manchester United membuat tawaran kepada penyerang Arsenal, Robin van Persie.

Ferguson mula mendapatkan van Persie selepas pemain antarabangsa Belanda, yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung kempen akan datang, mengumumkan awal bulan ini yang dia tidak mahu membaharui perjanjian baru dengan Gunners. "Kami cuba berurusan sehingga berjaya mendapatkan keputusan perjanjian. Tidak ada gunanya bercakap mengenai sesuatu yang tidak mungkin terjadi.
"Ada kelab lain yang cuba mendapatkan pemain itu. Kami menunjukkan minat dan masih berminat buat masa ini," kata Ferguson.

Juara Liga Perdana, Manchester City dan gergasi Itali, Juventus turut menyatakan minat mendapatkan van Persie, tetapi Ferguson bersaing dengan menawarkan tawaran lebih kukuh.

Dipercayai Arsenal menolak tawaran United kerana inginkan sekurang-kurangnya £20 juta (RM98.8 juta) bagi pemain berumur 28 tahun itu yang menjaringkan 37 gol dalam perlawanan musim lalu dan memenangi Anugerah Pemain dan Penulis Bola Sepak tahun lalu. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan