Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Jul 2012 12:34 PM PDT juara terbuka lelaki Oleh Aida Adilah Mat, Wan Noriza Meor Idris, Saiful Affendy Sapran, Azlan Muhammad Zain PASUKAN Polo A United membuktikan keunggulan apabila muncul juara Terbuka Lelaki pada Karnival Futsal Harian Metro Zon Selatan di Sports Prima, semalam. Pada aksi final semalam, pasukan dari Kuala Lumpur itu menundukkan Yarl Sport Club menerusi sepakan penalti 5-4 selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1 selepas tamat masa sebenar.
Tempat ketiga pula milik ABY A yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
"Kemenangan ini juga amat bermakna kerana kami berjaya menewaskan Yarl Sport Club, lawan yang sering kami temui di kejohanan lain. Alhamdulillah segala-galanya memihak kepada kami." Bagi saingan Grand Final tidak lama lagi, Zikrie berkata, pasukannya meletakkan sasaran tinggi iaitu untuk muncul juara.
Zon Selatan adalah edisi keempat Karnival Futsal Harian Metro tahun ini yang berjaya menarik ramai pengunjung memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. |
Posted: 01 Jul 2012 12:20 PM PDT TIADA istilah gentar buat pemain skuad Bawah 22 Tahun negara (B-22) apabila turun dengan misi wajib menang pada perlawanan terakhir Kumpulan G Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-22 2013 menentang Myanmar esok seandainya mahu merebut tiket ke final kejohanan itu tahun depan. Dengan Myanmar bakal mendapat sokongan padu lebih 30,000 penyokong di Stadium Thuwunna, skuad negara kendalian Ong Kim Swee perlu mencari jalan untuk mengutip tiga mata penuh kerana impian Malaysia akan lebur andai seri atau kalah.
Bagi pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor, dia menaruh keyakinan tinggi pasukan negara mampu melepasi halangan getir itu meskipun Stadium Thuwunna setakat ini tidak memberikan tuah kepada mereka.
"Memang mereka akan mendapat kelebihan bermain di depan ribuan penyokong sendiri tapi pemain negara juga mempunyai pengalaman hebat berdepan penyokong Indonesia pada Sukan Sea tahun lalu. Jika kami bermain dengan cara permainan kami, InsyaAllah kemenangan boleh dicapai," katanya yang dihubungi Arena Metro di Yangon semalam.
"Saya tidak puas hati kerana boleh memberi sumbangan lebih daripada itu," katanya yang menyumbat dua gol ketika membantu skuad kebangsaan menewaskan Sri Lanka 6-0 pada aksi persahabatan April lalu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan