Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM mahu kumpul bukti sahih

Posted:

FAM mahu kumpul bukti sahih

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Muda selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam selepas mengharungi kempen Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon, Myanmar.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tindakan Myanmar menurunkan beberapa pemain melebihi usia 22 tahun ketika menentang Harimau Muda pada perlawanan terakhir Kumpulan G Kelayakan Piala AFC B-22 di Yangon kelmarin.

Bagaimanapun, FAM terlebih dahulu mahu mengumpul bukti- bukti sahih sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Justeru, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau akan mendengar laporan daripada pengurus Harimau Muda, Datuk Afandi Hamzah dan jurulatih, Ong Kim Swee dalam masa terdekat.

Menurut Azzuddin, pihaknya mahu meneliti dakwaan yang mengatakan Myanmar tidak mematuhi peraturan pertandingan yang telah ditetapkan AFC.

"Saya ada menerima makluman mengenai perkara itu semalam (kelmarin). Jadi, FAM akan meng- adakan pertemuan dengan Afandi dan Kim Swee terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

"Buat masa ini, FAM sudah bersedia untuk melakukan prosedur seperti mana yang ditetapkan AFC sebelum mengemukan sebarang bantahan rasmi," kata Azzuddin kepada Kosmo! semalam.

Tinjauan Kosmo! dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) iaitu www.fifa.com dan kelab Yangong United (www.ygnutd.com) mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun pada kempen kelayakan tersebut.

Penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Harimau Muda kelmarin iaitu Kaung Si Thu berusia 25 tahun, kapten, Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).

Dalam perkembangan sama, Kim Swee memberitahu, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan FAM berhubung isu tersebut.

"Pertama, kami perlu mempunyai bukti-bukti yang kukuh yang mana tidak ada gunanya jika sekadar bercakap tetapi tiada bukti yang sah.

"Kami perlu menghantar bantahan dalam tempoh 48 jam. Kami tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana Myanmar akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2013.

"Jika mereka terlepas kali ini, tidak mustahil mereka akan melakukan perkara yang sama pada tahun hadapan," ujarnya.

Debaran Cai Lin berakhir

Posted:

Debaran Cai Lin berakhir

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

CAI LIN bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London dalam acara 800m gaya bebas.


SELEPAS menanti penuh debar akhirnya perenang wanita negara, Koo Cai Lin sah bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London hujung bulan ini.

Lewat malam kelmarin, Cai Lin mendapat perkhabaran gembira itu apabila terpilih untuk membawa cabaran negara dalam acara 800 meter gaya bebas.

Biarpun dilihat agak kesuntukan masa bagi mempersiapkan diri menghadapi temasya Olimpik, pengumuman yang dibuat oleh Persekutuan Akuatik Antarabangsa (FINA) itu setidak-tidaknya mampu membuatkan Chai Lin menarik nafas lega.

"Penantian saya akhirnya terjawab. Saya mendapat perkhabaran itu melalui jurulatih saya, Paul Birmingham. Memang terkejut kerana selepas FINA memberitahu tiada slot untuk Malaysia pada Sabtu lalu, saya sudah tidak meletak se- barang harapan lagi."

"Secara peribadi, hati saya memang kecewa hinggakan sehari selepas pengumuman itu, kami hampir tidak turun ber- latih," jelas Cai Lin ketika ditemui selepas majlis menandatangani kontrak melanjutkan tajaan sebagai duta Herbalife di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Cai Lin, sebaik menerima khabar gembira tersebut, dia seakan-akan terkejut kerana tidak menyangka terpilih beraksi pada temasya sukan paling berprestij di dunia itu.

"Sehingga hari ini, hanya nama saya seorang yang terpilih. Jadi, saya berharap agar masih ada keajaiban yang berlaku kepada rakan-rakan saya yang lain.

"Ini kerana, tarikh akhir bagi FINA memberi keputusan adalah pada 9 Julai. Jadi, masih ada sekurang-kurangnya lima hari lagi," katanya yang bakal membuat penampilan kedua di pentas Olimpik selepas temasya 2008 di Beijing.

Untuk rekod, Cai Lin mencatat masa 8 minit 49.28 saat (s) dalam acara 800m gaya bebas pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia tahun lalu, sekali gus menempah tiket kategori B beraksi di London.

Cai Lin turut menyambar tiket kategori B dalam acara 400m gaya bebas ketika dia merangkul pingat perak pada Sukan SEA di Indonesia tahun lalu selepas merakam- kan masa 4:16.54s.

Pada Olimpik 2012, had kelayakan kate- gori B dalam acara 800m gaya bebas ialah 8:51.82s, manakala 400m gaya bebas (4:18.75s).

"Saya hanya terpilih bagi acara 800m dan saya tidak tahu kenapa acara itu yang akan menjadi slot saya di London. Apa pun, saya tetap gembira," jelas atlet berusia 23 tahun itu.

Balotelli paling sesuai

Posted:

Balotelli paling sesuai

PIRLO (kanan) menganggap Balotelli sebagai pemain yang paling sesuai untuk dibeli Juventus pada musim perpindahan bulan depan.


LONDON - Pemain tengah Itali, Andrea Pirlo menganggap Mario Balotelli sebagai pemain yang paling sesuai untuk ditandatangani Juventus pada musim perpindahan bulan depan.

Pirlo berkata, penyerang Manchester City itu tidak akan mencetuskan masalah di bilik persalinan pasukan tersebut.

Pirlo dan Balotelli beraksi cemerlang pada kempen Euro 2012 terutama selepas berjaya membantu Itali mara ke final sebelum tewas 0-4 kepada Sepanyol, Isnin lalu.

Selepas beberapa kali 'bertengkar' dengan pengurus City, Roberto Mancini musim lalu, masa depan Balotelli di kelab itu mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun, selepas meluangkan banyak masa bersama dalam skuad kebangsaan negara itu, Pirlo menegas- kan, dia mengalu-alukan kehadiran Balotelli ke Juventus.

"Adakah perlu saya membawa Balo- telli ke Juventus? Sudah tentu saya akan mengambilnya," kata Pirlo.

"Saya tahu bagaimana mahu memujuknya. Kami berasal dari daerah yang sama iaitu di Brescia dan ketika kami bersama pasukan kebangsaan, kami bercakap menggunakan bahasa yang sama.

"Tidak ada masalah untuk ditangani dalam bilik persalinan. Tambahan pula, kami mempunyai perwatakan yang sangat baik. Saya teruja untuk membawanya ke Turin. Balotelli adalah se- orang pemain yang memerlukan perhatian yang penuh."

Sementara itu, Pirlo menegaskan, dia akan terus menyarung jersi Itali pada kempen Piala Dunia 2012 sekiranya jurulatih, Cesare Prandelli kekal membimbing pasukan tersebut.

"Saya berharap untuk membantu Itali pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Prandelli telah melakukan pembaharuan. Satu kerugian sekiranya beliau meninggalkan pasukan kebangsaan," katanya. - Agensi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan