Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada sasaran buat Chong Wei

Posted:

Tiada sasaran buat Chong Wei

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

CHONG WEI tidak perlu berasa tertekan apabila beraksi pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo bulan depan.


TIDAK ada sebarang sasaran yang diletakkan buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada Kejo- hanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2012 di Tokyo bulan depan.

Sebaliknya, jurulatih perseorangan, Tey Seu Bock mahu anak didiknya itu beraksi tanpa sebarang tekanan selepas mengerah kudrat selama empat tahun bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

"Chong Wei tidak perlu terlalu memikirkan mengenai kejuaraan. Saya mahu dia menikmati permainannya dalam setiap kejohanan yang disertai tanpa be- rasa tertekan.

"Dia telah bekerja keras selama empat tahun sebelum ini bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2012. Jadi, sudah tiba masanya dia diberi pe- luang untuk bertenang.

"Saya tidak cakap kejuaraan tidak penting. Jika berjaya bergelar juara ia adalah bonus buat Chong Wei tetapi dia juga berhak untuk turun beraksi tanpa sebarang tekanan," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, Chong Wei yang merupakan pemain No. 2 dunia, gagal mereali- sasikan impian rakyat Malaysia bagi membawa pulang pingat emas pertama buat kontinjen negara dari bumi London.

Dia terpaksa akur dengan kilauan pingat perak apabila sekali lagi tewas di tangan seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi final acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012.

Ditanya sama ada Terbuka Jepun kali ini akan menjadi medan terbaik buat Chong Wei untuk membalas dendam andai Lin Dan turut mengesahkan penyertaan, Seu Bock berkata: "Saya tidak mahu Chong Wei fikir begitu.

"Malah, saya juga berasa Chong Wei tidak akan menjadikan ia sebagai medan membalas dendam. Ini kerana, baik Chong Wei mahupun Lin Dan, kedua-dua pemain itu mempunyai semangat kesu- kanan yang tinggi.

"Saya fikir, jika kedua-dua pemain itu bertemu sekali lagi, mereka akan beraksi tanpa sebarang tekanan, sebaliknya hanya menikmati perlawanan antara mereka."

Seu Bock turut mengesahkan bahawa Chong Wei akan beraksi dalam saingan Liga Badminton China pada minggu depan.

Terbuka Jepun 2012 akan bermula pada 18 hingga 23 September nanti.

'ISN akan lebih berdaya saing'

Posted:

'ISN akan lebih berdaya saing'

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu, Ahmad Shapawi Ismail berikrar untuk menjadikan organisasi itu sebagai sebuah badan sukan yang lebih berdaya saing dalam masa terdekat.

Bagi memastikan hasrat itu tercapai, bekas Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) itu berkata, beliau merancang untuk mewujudkan satu kerjasama erat dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan hospital kerajaan dengan menyediakan satu pakej sokongan sains dan perubatan sukan yang lengkap dan efisien.

"ISN sudah mempunyai pusat satelit sendiri, maka kami akan memperkukuhkan peranan sedia ada supaya ia bukan sahaja dapat menyediakan khidmat nasihat tetapi juga perkhidmatan mereka kepada atlet pada peringkat negeri.

"Apabila atlet pada peringkat negeri mendapat bantuan sains sukan sejak usia muda lagi, maka kita hanya perlu memberi fokus kepada aspek taktikal dan teknik yang diperlukan dalam sesebuah acara sukan itu sendiri," katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 16 Ogos lepas mengumumkan pelantikan Ahmad Shapawi sebagai CEO ISN yang baharu menggantikan Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz dan pelantikan selama setahun itu berkuat kuasa serta- merta.

Ahmad Shabery turut mengumumkan Dr. Ramlan dilantik sebagai penasihat khas kepada Menteri Belia dan Sukan bagi memberi tumpuan kepada pembangunan sukan negara dan Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

ISN sehingga kini mempunyai pusat satelit di beberapa negeri iaitu di Sarawak, Johor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang yang bermatlamat untuk melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi, 48, berkata, bagi memastikan kerjasama itu terlaksana, beliau terlebih dahulu merancang untuk mendapatkan bantuan dari- pada pihak swasta.

"Kami tidak boleh bekerja bersendirian dalam menyediakan khidmat sains sukan pada peringkat IPTA dan juga hospital kera- jaan, maka kami memerlukan badan-badan swasta supaya mereka dapat berkongsi tanggungjawab ini bersama.

"Setakat ini, saya berpendapat rakan terdekat yang boleh membantu kami dalam aspek teknikal, kemudahan logistik dan sebagainya ialah universiti di negeri itu sendiri," katanya.

Ahmad Shapawi berkata, bagi memantapkan lagi ISN sebagai sebuah badan sains sukan yang berdaya maju, beliau sendiri turut mendapatkan pandangan daripada Dr. Ramlan yang menerajui ISN sejak penubuhannya pada 1992.

"Dalam tempoh setahun ini, saya akan mencuba untuk memperkukuhkan elemen-elemen pentadbiran dan pengurusan ISN sendiri untuk memajukan lagi atlet- atlet negara.

"Saya juga akan memastikan ISN meneruskan sumbangan mereka kepada program-program yang dijalankan oleh MSN bagi menyediakan atlet bertaraf antarabangsa.

"Di samping itu, kami juga akan terus memberikan sokongan padu ke atas program yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinan (Ketua Pengarah MSN) Datuk Seri Zolkples Embong," katanya. - Bernama

Tingkat prestasi atlet

Posted:

Tingkat prestasi atlet

KERAJAAN perlu menggubal satu rancangan jangka panjang untuk meningkatkan prestasi atlet negara melalui kerjasama dengan badan korporat.

Pengerusi Majlis Khidmat Negara, Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, selain menyediakan keperluan latihan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga perlu mengambil kira aspek kewangan kerana kebanyakan atlet perlu menyara keluarga mereka.

"Kerajaan bukan sahaja patut memberi insentif tetapi juga memberi mereka pekerjaan. Dengan cara ini, mereka boleh memberi tumpuan kepada latihan kerana jika tidak, kita tidak boleh mengharapkan wujudnya atlet yang mampu mara ke peringkat dunia," kata Ahli Parlimen Mas Gading itu.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penganjuran jamuan tengah hari bagi meraikan kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London baru-baru ini.

Jamuan tengah hari anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu akan diadakan di kampung kelahiran atlet tersebut di Kampung Jugan, Bau, kira-kira 40 kilometer dari Kuching pada 26 Ogos ini.

Sambil merujuk kepada nasib dua bekas atlet Sarawak iaitu petinju kebangsaan, Sapok Biki yang memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel 1998 dan jaguh pecut negara, Watson Nyambek yang pernah digelar 'The Flying Dayak', Tiki berkata, mereka terpaksa menjauhkan diri daripada dunia sukan kerana kekangan kewangan.

Katanya, memandangkan kawasan luar bandar di Sarawak mempunyai ramai atlet berpotensi, Kementerian Belia dan Sukan perlu bekerjasama dengan badan korporat terutama yang berkaitan dengan sukan, untuk menjadikan mereka yang telah membuktikan kemampuan sebagai anak angkat dengan menyediakan penajaan atau melantik mereka sebagai duta sukan.

Beliau berkata, kerajaan dengan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mencontohi China dan Korea Selatan yang menyediakan ganjaran serta kemudahan latihan kepada atlet sepenuh masa.

Mengenai program di Kampung Jugan yang akan menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan bantuan dalam bentuk peralatan sukan kepada persatuan belia tempatan, Tiki berkata, program tersebut adalah bagi menghargai semua yang terlibat menyokong Pandelela.

Ahmad Shabery yang dijangka mengumumkan pemberian bantuan kewangan kepada keluarga Pandelela, akan mengunjungi rumah atlet itu untuk meninjau bantuan yang wajar diberi kepada keluarganya.

Pada peringkat negeri pula, kerajaan Sarawak semalam mengumumkan tiga atlet negeri itu yang beraksi pada Sukan Olimpik, Pandelela Rinong, Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet akan menerima insentif berjumlah RM140,000 daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Yayasan Kebudayaan Dayak.

Pandelela akan menerima ganjaran RM60,000 daripada kementerian itu dan RM30,000 daripada yayasan berkenaan. – Bernama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan