Kosmo Online - Sukan |
- Shahidan sedia dicabar
- 'Setiap negeri, seorang jurulatih asing'
- Saya bukan terkena buatan orang - Sharbinee
Posted: Shahidan sedia dicabarOleh NOR AZIRAN YUNUS
PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia dicabar bagi merebut jawatan No. 1 dalam badan induk olahraga negara itu. Shahidan berkata, beliau tidak ada sebarang masalah jika terpaksa bersaing bagi mengekalkan jawatan selaku Presiden KOM, sebaliknya mengalu-alukan individu yang berminat untuk bertanding bagi menduduki kerusi 'panas' itu yang disandangnya sejak tahun 2006. "Jika ada individu yang berasa dirinya layak untuk membuat perubahan besar dalam KOM serta mampu mengangkat kesatuan ini ke tahap yang lebih tinggi, mereka boleh bertanding," kata Shahidan dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. Terdahulu, Shahidan mengesahkan bahawa KOM akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu pada 23 September ini. Menurut Shahidan, beliau menyerahkan kepada wakil setiap negeri untuk menyena- raikan calon yang dirasakan layak bagi menjawat jawatan tersebut. Jelasnya, tiga jawatan akan dipertandingkan pada AGM kali ini iaitu perebutan bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden. "Pencalonan telah dibuka sekarang dan akan ditutup pada 10 September ini dan keputusan penuh akan diketa- hui pada AGM 23 September nanti. "Seorang akan dipilih bagi jawatan presiden dan timbalan presiden manakala lima orang bagi jawatan naib presiden dan calon yang menang akan memegang jawatan itu selama dua tahun," jelasnya. Mengulas lanjut mengenai hasratnya untuk mengekalkan jawatan selaku Presiden KOM, Shahidan berkata: "Saya menyerahkan segalanya kepada keputusan pemilihan itu nanti kerana semua orang boleh bertanding serta mereka berhak memilih siapa yang layak. "Keutamaan bagi saya kini adalah nasib atlet kerana mereka telah banyak berkorban untuk negara dan selagi saya menerajui badan ini (KOM), saya akan memastikan semua atlet akan terbela." Kelmarin, Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibra- him telah membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya pada sesi pemili- han kali ini. Bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar pula membayangkan hasrat untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden KOM. Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata, pihaknya telah berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung sasaran pingat pada Sukan SEA di Myanmar tahun depan. "Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, kami telah bersetuju meletakkan sasaran lapan pingat emas. "Oleh itu, jurulatih dan atlet (olahraga negara) perlu berusaha ke arah itu, selain kita perlu tetapkan dalam diri untuk mencapai lebih daripada sasaran," katanya. Shahidan turut mengumumkan bahawa KOM akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 6 Oktober depan. "Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan ialah Myanmar, Iran, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong," katanya. | |
'Setiap negeri, seorang jurulatih asing' Posted: 'Setiap negeri, seorang jurulatih asing'SELEPAS kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini, banyak pihak mula memberi perhatian terhadap sukan itu yang dilihat mampu menghadirkan lebih banyak kejayaan kepada Malaysia di pentas antarabangsa. Atas dasar itu, Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Datuk Seri Shahi- dan Kassim berkata, pihaknya telah berbin- cang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi meminta setiap persatuan renang negeri mempunyai sekurang-kurangnya seorang jurulatih asing. Menurut Shahidan, pemilihan jurulatih asing dalam acara terjun adalah perlu kerana 'sentuhan' tenaga pakar khususnya dari luar negara sememangnya ditagih dalam pemba- ngunan sukan tersebut. "Selepas kejayaan kita dalam acara terjun pada Olimpik London, ramai ibu bapa yang bertanya kepada saya bagaimana mahu menghantar anak-anak mereka berlatih. "Disebabkan itu, kehadiran jurulatih asing mampu memberi latihan yang lebih efektif ke- pada bakat-bakat baharu sambil dibantu oleh jurulatih tempatan sedia ada. "Jadi, usaha itu perlu bermula daripada sekarang kerana misi kita adalah untuk menyumbang lebih banyak pingat pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil," kata Shahidan semalam. Shahidan berkata, banyak pihak kini sudah mula melihat terjun sebagai sukan yang menjanjikan kejayaan kepada atlet dan negara. "Kejayaan Pandelela di London telah membuka mata banyak pihak. Jadi, dengan adanya jurulatih asing, ia mampu meningkatkan lagi prestasi penerjun negara," ujar Shahidan. Menyentuh mengenai jurulatih Pandelela, Yang Zhuliang, Shahidan berkata, jurulatih kelahiran China itu sudah menandatangani kontrak baharu. "Pandalela juga akan dilatih empat lagi ju- rulatih lain bagi memastikan dia mendapat latihan terbaik dan memperbaiki pencapaian pada Sukan Olimpik di Brazil," jelasnya. | |
Saya bukan terkena buatan orang - Sharbinee Posted: Saya bukan terkena buatan orang - SharbineePENJAGA gol utama Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli (gambar) menafikan dakwaan yang dia terkena buatan orang atau sihir ketika aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan Piala Malay- sia, Sabtu lalu. Sebaliknya Sharbinee berkata, dia hanya mengalami masalah pernafasan ketika insiden yang berlaku di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Selayang itu. Kejadian tersebut menyaksikan pemain yang berusia 25 tahun itu pengsan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang pada malam tersebut. Bagaimanapun, dia dibenarkan keluar dari hospital itu pada pukul 2 pagi keesokan harinya. "Saya pengsan (pada perlawanan itu) kerana masalah kesihatan dan tiada kaitan langsung dengan terkena sihir. "Pada mulanya, simptom-simptom awal akibat gatal di badan menunjukkan saya mengalami keracunan makanan atau alahan. "Sebenarnya, saya tidak mengalami alahan sebagaimana yang diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan saya sudah biasa menikmati makanan laut itu (udang) sebelum ini. "Buat masa ini, saya masih belum mendapat apa-apa maklumat berhubung penyakit itu. "Doktor telah menjalankan ujian terhadap sampel darah saya dan keputusan (penyakit) akan diketahui dalam tempoh beberapa hari," kata Sharbinee ketika dihubungi Kosmo! semalam. Dalam masa yang sama, Shar- binee berharap spekulasi liar yang mengatakan dia terkena sihir dihentikan segera. "Saya agak terkejut apabila ada pihak yang mendakwa saya terkena buatan orang (sihir). "Sebenarnya, susah untuk saya menjelaskan perkara ini selagi tiada informasi mengenai penyakit saya daripada pihak hospital. "Saya sudah biasa makan makanan laut dan pada pendapat saya, alergi pada udang itu bukan punca saya pengsan. "Namun, saya memanjat syukur dan terharu terhadap semua sokongan dan semangat yang diberikan daripada peminat-peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan saya," katanya. Dalam insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus aksi babak kedua bermula di Stadium MPS, Sharbinee rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke hospital. Difahamkan, sebelum pengsan, dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya bagi mengurangkan rasa gatal yang dialaminya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan