Berita Harian: Sukan |
Posted: 20 Sep 2012 04:27 PM PDT Kontraknya mungkin terbatal kerana tempoh penggantungan melebihi sebulan Bagaikan telur di hujung tanduk! Itulah nasib Peter Butler sebagai pengendali pasukan Penyu selepas menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), semalam.Bukan saja surat itu mengesahkan penggantungannya selama enam bulan, denda RM4,000 dan potongan gaji bulan hadapan sebanyak 15 peratus, malah isi kandungannya turut menyatakan yang kontraknya bakal terbatal kerana tempoh penggantungannya melebihi sebulan seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan PBNST. Kini timbul persoalan adakah hukuman berat yang dikenakan terhadap Butler itu bertujuan memudahkan PBNST menyingkirkannya daripada pasukan? Ini kerana jika Butler dipecat sebelum kontraknya tamat, PBNST perlu membayar jumlah pampasan yang besar berikutan kontrak jurulatih itu masih berbaki 15 bulan. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 20 Sep 2012 04:21 PM PDT Barcelona: Lionel Messi membuktikan apa saja yang Cristiano Ronaldo boleh lakukan, dia mampu melaksanakannya dengan lebih baik apabila meledak dua kali yang menyaksikan kebangkitan Barcelona dari ketinggalan untuk kemenangan 3-2 menentang Spartak Moscow di laman sendiri dalam kempen pembukaan Liga Juara-Juara Kumpulan G, kelmarin. Messi bukan saja menjaring gol penyamaan Barca pada minit ke-71 menentang jaguh Russia itu di Nou Camp, namun turut meledak gol kemenangan, 10 minit sebelum permainan tamat menerusi tandukan, membayangi kejayaan Ronaldo yang turut menjaring gol kemenangan lewat Real Madrid menentang Manchester City."Kami layak untuk mencatat kemenangan namun ia perlawanan yang amat sukar," kata Messi, 25 yang kini memiliki 109 jaringan bersama Barca. "Bukan mudah jika mereka bertahan dengan baik dan kamu tidak dapat mencari ruang. Mereka selesa bertahan di kawasan kotak penalti dan mereka mempunyai penyerang yang bagus dan pantas dan mampu melancarkan serangan dengan cepat. "Perkara menjadi lebih sukar selepas itu namun kami terus menekan dan berjaga mengubah keadaan," kata penyerang Argentina itu yang menambah jumlah jaringannya dalam Liga Juara-Juara kepada 53 berbanding Ronaldo, 39. Messi sering menampilkan persembahan terbaik dalam keadaan terdesak, dan menyelamatkan maruah Barca selepas gergasi Sepanyol itu ketinggalan 2-1 pada minit ke-59 sekalipun bermula baik dengan jaringan pembukaan pemain muda, Cristian Tello pada minit ke-14. Spartak berjaya menyamakan kedudukan minit ke-59 menerusi jaringan sendiri Daniel Alves namun kehebatan Messi terus menghantui kelab juara 12 kali liga Russia itu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan