Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Kelantan pamer bisa

Posted: 29 Sep 2012 04:42 PM PDT

Melaka: Hasrat pasukan kelab, FELDA United mencipta kejutan ke atas Juara Liga Super, Kelantan pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia tidak kesampaian selepas tewas 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Beraksi di gelanggang sendiri, pelawat terlebih dulu mendapat peluang untuk membuka jaringan, namun percubaan pemain pinjaman dari Kuala Lumpur, Mohd Afiq Azmi pada minit ke-8 berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Mohd Suffian Abd Rahman.

Anak buah E Elavarasan bagaimanapun tidak hanya menahan asakan pasukan lawan sebaliknya masih mampu menguji kekebalan Khairul Fahmi Che Mat dan paling hampir menerusi rembatan Sivakumar yang menggegar palang gol.
Tukar formasi

Kemasukan tonggak import, Mohammed Ghaddar bagi menggantikan Afiq di separuh masa kedua berjaya menukar formasi permainan The Red Warriors sehingga memaksa Mohd Suffian bekerja keras.

Percaturan itu jelas membuahkan hasil apabila pada minit ke-56 rembatan Ghaddar yang ditepis Mohd Suffian pantas disambut pemain sayap, Nurul Azwan Roya untuk gol pembukaan.

Gol pelawat itu membangkitkan FELDA dengan memperkemaskan permainan dan rembatan kapten pasukan, Farderin Kadir pada minit ke-73, tersasar ke sebelah kiri pintu gol.
Empat minit kemudian, Kelantan sebaliknya memperoleh gol kedua dan kali ini terhasil menerusi pemain berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin selepas berlaku salah faham antara Mohd Suffian dengan pemain pertahanan, Addy Viator.

Bagaimanapun, bekas pemain skuad Kijang, Khairan Ezuan Razali berjaya mencuri peluang pada minit ke-80 selepas tandukannya gagal ditepis Khairul Fahmi untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.

Pemain Perlis dicengkam derita

Posted: 29 Sep 2012 04:41 PM PDT

Kangar: Kemelut kewangan dialami Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) belum berakhir kerana sehingga kini sebilangan besar pemain masih belum menerima separuh daripada gaji mereka yang tertunggak sejak Ogos lalu.

Mereka yang kebanyakannya sudah berkeluarga itu hairan ke mana perginya peruntukan RM100,000 yang disalurkan kerajaan negeri sebelum Aidilfitri lalu.

Apa yang menyedihkan, hanya pemain tempatan tidak menerima gaji berkenaan, sedangkan awang import, tidak berhadapan dengan masalah itu.
Seorang pemain yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka hanya menerima separuh daripada bayaran gaji terbabit sehari sebelum Aidilfitri, manakala selebihnya dikatakan akan dibayar selepas perayaan itu.

Tinggal janji

Namun, katanya sehingga kini janji terbabit hanyalah tinggal janji kerana mereka masih belum menerima bayaran gaji antara Julai hingga September.

"Apabila hal terbabit diajukan kepada pihak pengurusan, mereka dakwa usaha sedang dilakukan untuk selesaikan masalah gaji tertunggak itu, katanya.
Pemain itu berkata, sepatutnya masalah itu tidak berlaku kerana kerajaan negeri menyumbangkan RM100,000 kepada PFA sebelum Aidilfitri lalu dan jumlah itu pastinya mencukupi untuk membayar gaji pemain dan pegawai.

Pemain juga tidak menerima bonus hasil daripada kemenangan perlawanan seperti dijanjikan pengurusan.

"Sehubungan itu, kami memohon persatuan dapat mempercepatkan proses pembayaran gaji kepada semua pemain kerana kami juga perlu meneruskan hidup," katanya.

Kebanyakan pemain juga kesal kerana mereka tidak boleh bermain dengan pasukan lain kerana masih terikat dengan kontrak PFA.

"Kami seperti digantung tak bertali. Sepatutnya kami sudah mengetahui hala tuju kami walaupun kontrak kami berakhir Oktober ini, katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan