Harian Metro: Arena |
Posted: 29 Sep 2012 09:20 AM PDT KEHEBATAN Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat di atas padang sebagai pemain lebih banyak diperkatakan berbanding kariernya sebagai jurulatih. Pelbagai kejuaraan dikecapi Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung Jumaat lalu sebagai pemain tidak kira di peringkat domestik dan antarabangsa termasuk pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia.
Namun selepas bersara sebagai pemain, Allahyarham memulakan karier sebagai jurulatih apabila mendapat lesen pada 1969 dan menjadi jurulatih kebangsaan dari 1971 hingga 1976.
"Allahyarham yang memberi peluang kepada saya bermain dengan Kelab Sultan Selangor pada 1979, ketika itu saya baru berusia 16 tahun. Dalam tempoh tiga tahun saja di bawah bimbingan Allahyarham, saya berjaya menyertai Selangor dan pasukan kebangsaan. "Bagi saya Allahyarham adalah seorang jurulatih yang mempunyai magis bukan hanya mendidik pemain tentang bola sepak tapi juga mengajar untuk menjadi manusia yang baik. Sebut saja nama pemain-pemain hebat dulu seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Shukor Salleh semuanya berguru dengan Allahyarham," katanya yang ditemui pada majlis pengebumian jenazah Abdul Ghani di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 petang Jumaat lalu.
Sehingga kini, beliau masih berpegang kepada kata-kata Allahyarham : "Setiap langkah yang kita atur, kita lakukan untuk diri sendiri, ibu-bapa dan keluarga." Bagaimanapun, Azlan berkata, Allahyarham juga tidak menyembunyikan kekecewaan mengenai perkembangan bola sepak kebangsaan ketika ini. "Allahyarham kecewa dengan bola sepak negara, kita lebih suka bagi alasan daripada memberi pandangan," jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30 |
Posted: 29 Sep 2012 09:15 AM PDT LUKAS Podolski masuk ke bilik di pusat latihan Arsenal dengan menyarung kemeja T bergambar Mike Tyson. Bintang Jerman itu amat meminati sukan tinju, masih belum bertemu idola sukannya itu biarpun menganggap seorang lagi ikon sukan sebagai teman rapatnya.
Bagaimanapun, sewaktu harapan Schumacher untuk kembali menakluk litar semakin pudar, Podolski pula memecut laju dalam bola sepak Inggeris.
"Anda datang ke kelab baru, liga baru dan tidak tahu bagaimana ia bermula, begitu juga dengan corak permainan pasukan," kata Podolski.
"Bagaimanapun saya hanya bermain enam perlawanan. Masih terlalu awal untuk menyatakan 'Podolski adalah seorang wira. Dia pemain terbaik dan Arsenal memang hebat'. Saya tidak sukakannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan