Berita Harian: Sukan |
Posted: 06 Sep 2012 02:25 PM PDT Kuala Lumpur: Tiada sebarang bayaran pencen diberi kepada pemanah Paralimpik negara, Hasihin Sanawi yang meraih pingat perak dalam saingan recurve individu lelaki W1/W2 di Sukan Paralimpik London 2012. Perkembangan itu jelas berlawanan dengan apa diraih atlit normal seperti pemain badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg yang masing-masing menang perak dan gangsa di Sukan Olimpik London. Kementerian Belia dan Sukan mempunyai alasan tersendiri tidak menyediakan bayaran pencen dan situasi itu bukan bermaksud menafikan hak golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkenaan.Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata Hasihin tidak akan menerima pencen seperti Chong Wei serta Pandelela, tetapi dia akan menerima ganjaran lain, selain imbuhan yang diterima menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Pencen setakat ini memang tidak ada. Kita masih kekal dengan apa yang ada sekarang, tetapi selepas dibawa ke Kabinet, ada lagi benda lain akan diberikan kepadanya, katanya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kementeriannya, Stadium Juara, semalam. Tidak lupa jasa Beliau berkata, keputusan ini bukan mahu melupakan jasa diberikan tetapi tahap kompetitif pertandingan Paralimpik tidak boleh disamakan dengan Olimpik. Jangan anggap ia sama kerana terlalu banyak berbanding 100m Usain Bolt dan begitu juga bagi acara lain. Namun nilai yang kita beri ini sudah tinggi. Bukan saja tiga kali ganda dari Singapura tetapi saya rasa berpuluh kali (ganda) negara lain malah Australia tidak beri apa-apa kepada atlit Paralimpik mereka, katanya yang enggan memberi butiran lanjut mengenai ganjaran untuk Hasihin. |
Posted: 06 Sep 2012 02:19 PM PDT Siasatan awal belum ada bukti jual perlawanan Kuala Terengganu: Pengakuan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie, yang dia tidak mengatur perlawanan ketika pasukannya seri 1-1 ketika menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu lalu, mungkin benar. Ini kerana keterangan yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pemain, jurulatih dan pegawai pasukan Terengganu setakat ini, termasuk Sharbinee sendiri, belum menemui bukti wujud gejala rasuah pada perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia itu. Menurut sumber, maklumat yang diambil daripada saksi cuma menunjukkan jaringan penyamaan Kedah itu berpunca daripada kesilapan penjaga gol itu ketika cuba menguis bola keluar, yang kemudian masuk ke dalam gol sendiri.Siasatan awal SPRM mendapati masih belum ada bukti menunjukkan penjaga gol itu menjual perlawanan. Bagaimanapun, siasatan masih di peringkat awal dan SPRM akan terus menyiasat bukan saja untuk perlawanan itu malah beberapa perlawanan lain, katanya ketika dihubungi, semalam. Jaga nama Sumber itu berkata, siasatan itu dijalankan bukan berdasarkan aduan daripada mana-mana pihak, sebaliknya cabaran yang dibuat penjaga gol itu sendiri menerusi media supaya dia disiasat SPRM agar namanya tidak tercemar. Turut memberi keterangan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan jurulatih Peter Butler. Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa selain Che Mat dan Butler, beberapa pegawai PBSNT turut dipanggil memberi keterangan, Selasa lalu. Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashari yang dipalit dengan isu dakwaan membawa wanita masuk ke bilik hotel di Alor Setar, baru-baru ini turut dipanggil membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan