Harian Metro: Arena |
Hasihin terlepas skim imbuhan tetap Posted: 06 Sep 2012 09:55 AM PDT KEJAYAAN besar Hasihin Sanawi meraih pingat perak pada temasya Sukan Paralimpik di London baru-baru ini belum cukup 'membuka hati' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi ganjaran skim imbuhan tetap atau pencen seperti dinikmati atlet normal pada temasya Olimpik. Hasihin mencipta sejarah merangkul perak menerusi acara recurve individu lelaki berkerusi roda W1/W2 di Lapang Sasar Memanah Royal Artillery Barrack, Isnin lalu selepas tewas kepada Oscar de Pellegrin dari Itali sekali gus menyumbang perak pertama untuk negara selepas 20 tahun.
"Saya harap kita semua faham mengenai perbezaan tahap kompetitif antara acara yang disertai atlet normal serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU). "Sebagai contoh, acara lari pecut 100 meter, terdapat banyak kategori bagi atlet OKU berbanding atlet normal.
"Sebenarnya, di negara ini apa yang mereka peroleh tidak banyak bezanya berbanding atlet normal kerana atlet OKU juga menerima elaun bulanan apabila menjalani latihan, malah pihak kerajaan juga membina banyak kemudahan sukan untuk mereka.
Menerusi hadiah Shakam untuk atlet normal yang beraksi pada pentas Olimpik, mereka akan meraih RM1 juta andai meraih pingat emas, RM300,000 bagi perak dan RM100,000 untuk gangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/06 |
Posted: 06 Sep 2012 09:01 AM PDT PELUMBA serba boleh negara, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi menjadi atlet berbasikal tunggal negara yang mengibarkan cabaran buat kali pertama dalam acara merentas desa di Kejohanan Siri Basikal Bukit Maraton Dunia di Itali. Dia yang berlepas ke Itali awal pagi semalam cukup gembira kerana diberi kepercayaan membawa nama negara di kejohanan yang membabitkan cabaran pelumba bertaraf dunia.
Menyedari kesukaran saingan, Fauzan yang menerima tajaan sepenuhnya Due Roda Extreme/ProMoto berkata, dia akan menggunakan kesempatan itu untuk mengkaji tahap kemampuan pesaing luar terutama dari Asia seperti China, Hong Kong dan Jepun yang berpengalaman luas kerana pernah beraksi di Olimpik.
"Acara ini sedikit sebanyak membantu pelumba mempelajari taktik terutama dalam pendakian. Jika Olimpik terlalu sukar, mengapa tidak? Kita mula dengan menetapkan sasaran menyertai Sukan Asia. Ia mungkin langkah awal membawa acara berbasikal bukit ini ke peringkat antarabangsa," katanya. Biarpun tidak mengutamakan acara itu, Fauzan mahu menjadikan penyertaan pertamanya dalam kejohanan yang berada dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu sebagai promosi agar dapat diberi perhatian lebih khusus oleh pihak berwajib.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan