Kosmo Online - Sukan |
Posted: LTdL 2013 kembali ke LangkawiOleh NOR AZIRAN YUNUS AHMAD SHABERY (kanan) menerima surat pengiktirafan UCI daripada Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Abu Samah Abdul Wahab pada majlis pelancaran LTdL 2013 di Putrajaya semalam. EDISI ke-18 kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bakal menjanjikan saingan yang lebih sengit dan mencabar. Itu janji penganjur jelajah paling berprestij di Asia itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Lebih menarik, LTdL edisi ke-18 ini diang- gap lebih bermakna bukan sahaja kerana kembali ke tempat asal di Pulau Langkawi, Kedah, malah ia ditambah dengan laluan- laluan lebih mencabar. Edisi 2013 itu yang akan mengharungi 10 peringkat perlumbaan dan bakal disertai 22 pasukan akan bermula pada 21 Februari hingga 3 Mac tahun depan. Antara laluan wajib dan paling mencabar kudrat para pelumba semestinya pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, LTdL tahun depan juga menyaksikan kemunculan hos venue baharu seperti Serdang, Selangor, Sungai Siput dan Kuala Kangsar di Perak dan selain beberapa lokasi lama seperti Mentakab, Pahang dan Dungun, Terengganu. Katanya, terdapat 10 peringkat perlumbaan kesemuanya dan ia akan bermula de- ngan majlis pengenalan pasukan serta sesi pemanas badan di Pulau Langkawi pada 20 Februari 2013. "Untuk rekod, ini merupakan tahun ketiga perlumbaan yang mendapat pengiktirafan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) itu diberikan status 2.HC (hors categorie) dalam kalendar perlumbaan Jelajah Asia UCI yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Kata Ahmad Shabery, edisi kali ini juga akan menampilkan tiga pendakian berstatus hors, iaitu dua di Cameron Highlands dan satu ke puncak Genting Highlands. Bagaimanapun, sebelum mendaki ke Cameron Highlands pada perlumbaan Peringkat 3, pelumba akan menempuh laluan mengelirukan pada Peringkat 2 dari Serdang ke Kuala Kangsar yang akan melewati Bukit Sumpitan, terletak pada ketinggian 800 meter daripada aras laut dengan darjah ke- cerunan yang sukar. Menurutnya, pada perlumbaan Peringkat 1 dari Kangar ke Kulim pada 21 Februari, para pelumba akan mengharungi ujian di Bukit Selambau dengan beberapa laluan beralun pada peringkat awalnya. "Terengganu sekali lagi menjadi penaja venue yang menyaksikan empat peringkat terakhir akan diadakan di negeri itu dan mereka (Terengganu) juga mempunyai sebab untuk meraikan kedatangan LTdL 2013 bersama pasukan Terengganu Cycling Team yang kini mendahului senarai keseluru- han berpasukan pada UCI Asia Tour. "Terengganu juga muncul pasukan Malaysia pertama akan dimahkota sebagai juara berpasukan dalam sirkit benua Asia itu," kata Ahmad Shabery pada majlis pelanca- ran LTdL 2013 di Putrajaya semalam. Kata beliau, LTdL 2013 yang tampil dengan slogan 'Bahang Kian Terasa' itu dianggap sebagai satu perlumbaan jelajah tahunan terhebat di Asia kerana menempuh cuaca panas tropika, jarang dapat dirasakan dalam perlumbaan jelajah lain. "Dari segi penyertaan pula, setakat ini se- banyak 22 pasukan termasuk dua pasukan profesional UCI, Astana dan Garmin-Sharp sudah mengesahkan penyertaan untuk LT- dL 2013. "Pemegang rekod kemenangan peringkat terbanyak serta Raja Pecut musim lalu, An- drea Guardini dari Itali turut bersetuju kembali kali ini bersama pasukan Astana Pro Team, sebuah pasukan profesional Kazakhstan. "Guardini pada musim lalu yang mewakili pasukan Farnese-Vini (Itali) telah memberi- kan impak besar dalam penyertaannya kerana banyak liputan daripada media Itali yang mengikuti perkembangannya, begitu juga laman web LTdL yang menunjukkan peningkatan begitu ketara apabila dilayari lebih 2.5 juta kali. "Pada tahun lalu pihak penganjur berjaya mengutip RM7.3 juta dalam bentuk tunai dan barangan daripada penaja-penaja korporat manakala untuk edisi kali ini kami sudah mengumpul sekitar RM14 juta." | ||
Posted: 'Selesaikan di Pasir Gudang'
TAMATKAN sahaja di Pasir Gudang, jangan sampai tunggu di Shah Alam. Demikian mesej positif Datuk Hamidin Mohd. Amin terhadap pemain Selangor menjelang aksi suku akhir pertama menentang Johor FC di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru pada Selasa depan. Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata, defisit gol di tempat lawan pastinya memainkan peranan yang cukup besar bagi memastikan mereka mara lebih jauh kali ini. Justeru, beliau menuntut anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim menganggap pertembungan itu ibarat aksi final biarpun sedar tugas menjinakkan Sang Lebah di depan 'Gelombang Oren' sememangnya bukan mudah. "Jangan sampai tunggu di Shah Alam, kita kena meraih kemenangan selesa di Pasir Gudang. "Jika mahu memastikan 'Misi 33' tidak lagi tergendala kali ini, wajar untuk kita menang dalam perlawanan itu nanti," tegas Hamidin kepada Kosmo!. Mengakui sentimen kecewa ditewaskan Johor FC pada pusingan kedua Piala FA, Mac lalu masih berbekas dalam hati peminat setia Gergasi Merah, Hamidin mahu kesemua pemain Merah Kuning supaya menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat memburu bekalan selesa di Shah Alam. Pada masa sama katanya, kredibiliti beberapa pemain utama termasuk Amri Yahyah juga diharapkan berterusan menemui sentuhan penyudah biarpun tidak lagi menggalas tugas selaku kapten. "Amri berjaya 'melunaskan hutang' apabila membantu kami mara ke suku akhir biarpun dia terlepas tiga aksi awal kumpulan gara-gara digantung perla- wanan. "Jadi, saya harap sebagai pemain senior Amri dapat membimbing rakan-rakan sepasukan menjejak pentas final di gelanggang keramat kami di Stadium Shah Alam (20 Oktober depan)," katanya optimis. | ||
Posted: Sharbinee bersih - SPRMOleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
PENJAGA gol Terengganu, Mohd. Shar- binee Allawee Ramlie bebas daripada dakwaan 'menjual perlawanan' ketika melakukan kesilapan semasa skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia pada 1 September lalu. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan kewujudan unsur rasuah dalam perlawanan tersebut. "Sepanjang siasatan dijalankan, SPRM telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan bagi membantu siasatan. "Dalam pada itu, ujian poligrafi yang turut dijalankan menunjukkan tiada tindak balas signifikan (No Significant Reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti didakwa," katanya. Md. Yusoff menambah, ketika rakaman ujian poligrafi dijalankan, keputusan diperoleh menunjukkan Sharbinee bercakap benar kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Katanya, SPRM telah menjalankan siasatan bagi kes tersebut mengikut bidang kuasa seperti mana diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan siasatan dijalankan adalah bebas, telus dan profesional. Skuad Terengganu mula diselubungi kemelut dalaman apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dikatakan mempunyai masalah disiplin, sekali gus disingkirkan oleh jurula- tih Peter James Butler daripada pasukan itu. Belum reda dengan isu itu, sekali lagi skuad Terengganu dilanda masalah apabila Sharbinee dikatakan melepaskan gol mudah dan menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan Kedah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan