Berita Harian: Sukan |
Posted: 13 Oct 2012 03:52 PM PDT Kota Bharu: Kantung pemain The Red Warriors akan bertambah sendat jika mereka memenangi Piala Malaysia pada final menentang Tentera di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini. Apa tidaknya kerana selepas layak ke final menumpaskan Selangor dengan agregat 3-0 pada separuh akhir, malam kelmarin, mereka menikmati durian runtuh lebih RM200,000. Itu pada separuh akhir, bayangkan jumlah bonus yang mereka terima jika Red Warriors merangkul piala paling berprestij di negara dan semuanya itu mungkin terjawab apabila Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musaa mengumumkannya pada satu majlis di Bukit Marak di sini, hari ini.Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim, berkata seperti biasa pemain akan menikmati bonus sebagaimana yang diberikan KAFA setiap kali mencipta kemenangan. Katanya, kali ini bonus dijangka lebih lumayan kerana Kelantan layak ke final. Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Safee lepas ‘tali gantung’ Posted: 13 Oct 2012 03:45 PM PDT AFC sahkan dia boleh beraksi menentang Hong Kong: Azzuddin Konflik yang dihadapi penyerang prolifik negara, Safee Sali sudah berakhir apabila dia disahkan boleh mewakili negara pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Selasa ini. Penyerang kelab Pelita Jaya, Indonesia itu juga akan disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala AFF Suzuki, bulan depan. Berita gembira itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad selepas dimaklumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), semalam mengenai status Safee."AFC memaklumkan Safee tidak digantung dan pemain Pelita Jaya itu akan bersama pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan di Hong Kong, Selasa ini," katanya ketika dihubungi semalam. Boleh berlatih Bekas penyerang Selangor itu juga tiada mempunyai sebarang halangan untuk turun berlatih bersama pasukan negara kendalian Datuk K Rajagobal. BH Sukan semalam melaporkan Azzuddin mengesahkan Safee digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan selepas kelabnya, Pelita Jaya bersama 31 kelab di negara itu digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Sementara itu, pengurus Safee, Zakaria Rahim, berkata perkara itu sebenarnya berlaku kerana kesilapan PSSI pada surat yang dihantar kepada FAM. "Safee tidak pernah digantung dan hanya berlaku kesilapan dalam surat yang dihantar PSSI kepada FAM. AFC juga ada memeriksa dengan PSSI dan memang benar ada kesilapan. "Mujur benda ini sudah selesai dan dalam masa terdekat ini, AFC dijangka menghantar surat (pengesahan) kepada FAM dalam masa terdekat ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan