Berita Harian: Sukan |
Posted: 14 Oct 2012 11:59 AM PDT Kuala Lumpur: Seperti Hairuddin Omar, seorang lagi pemain Tentera, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga memasang impian sama dalam penampilan final kali keempat berturut-turut musim ini untuk cuba membantu pasukan menjadi kelab kedua menjulang Piala Malaysia selepas dilakukan MPPJ pada 2003. Dalam tempoh tiga tahun itu, Aidil meraih dua kejuaraan ketika bersama pasukan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011 tetapi impian melakar kejuaraan hatrik seperti diraih Hairudin pada 2010 gagal selepas tewas 2-1 kepada pasukan rakan sepasukannya ketika itu, Kelantan. Ini adalah perlawanan akhir keempat berturut-turut saya. Saya akan cuba akan memberi kesungguhan 100 peratus pada perlawanan akhir nanti dan berharap rezeki akan lebih memihak kepada saya.Memang kecewa apabila sepakan penalti saya tidak masuk (menentang Lions XII di separuh akhir). Jadi pada perlawanan akhir ini, saya mahu tebus balik kesilapan saya ketika sepakan penalti itu, katanya yang juga tonggak pertahanan skuad kebangsaan. Juara Liga Perdana itu layak ke final selepas mengetepikan cabaran pasukan Singapura, Lions XII 5-4 pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat. Bagaimanapun, pasukan kendalian B Sathianathan itu akan kehilangan khidmat Irwan Fazli Idrus manakala lawan mereka, Kelantan pula bakal turun tanpa dua tonggak utama, Mohammed Ghaddar dan Norfarhan Mohammad selepas kesemua mereka mengutip dua kad kuning ketika aksi separuh akhir. Ia akan menjadi penampilan sulung buat Aidil dan kembarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bersama pasukan luar selepas melakukannya dalam tiga penampilan sebelum ini bersama Negeri Sembilan. |
'Ganjaran terbesar' menanti Kelantan Posted: 14 Oct 2012 11:58 AM PDT Kota Bharu: Satu ganjaran istimewa yang tidak pernah diberi mana-mana persatuan bola sepak di negara ini bakal diterima barisan Red Warriors andai berjaya melengkapkan kejuaraan trebel musim pada dengan menewaskan Tentera di final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata ganjaran istimewa yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat itu memang layak diberi kepada pemain dan pegawai atas keringat dan kegigihan mereka melakar kegemilangan. Kami akan umumkan satu insentif istimewa yang boleh mengejutkan dunia bola sepak tanah air sekiranya pemain dan pegawai berjaya mencipta sejarah baru bola sepak Kelantan dengan memenangi kejuaraan trebel buat kali pertama.Malah, pemain dan pegawai sudah menikmati durian runtuh apabila KAFA melunaskan baki ganjaran sebanyak RM125,000 selepas layak ke final dengan menewaskan Selangor, Jumaat lalu, katanya kepada pemberita di Bukti Marak, Ketereh, Kelantan, semalam. Sebelum ini, KAFA berjanji memberikan insentif RM200,000 merangkumi dua agihan iaitu yang pertama sejumlah RM75,000 selepas berjaya menewaskan FELDA United di suku akhir dan baki RM125,000 diberikan selepas menewaskan Selangor di separuh akhir Jumaat lalu. Skuad Kelantan turut menerima durian runtuh RM500,000 |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan