Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Habuan tanah RM2j'

Posted: 15 Oct 2012 11:42 PM PDT

Pemain, pegawai Red Warriors dijanjikan lot tanah andai julang trofi

Kota Bharu: Teka-teki apakah habuan istimewa yang diterima pemain dan pegawai Kelantan andai menjulang Piala Malaysia Sabtu ini terjawab, semalam apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjanjikan satu lot tanah bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 kepada setiap seorang.

Penasihat K AFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, habuan yang membabitkan belanja keseluruhan RM2 juta itu dijanjikan dengan mengambil kira sejarah yang akan tercipta sekiranya The Red Warriors menjulang piala berprestij itu sekali gus melengkapkan kejuaraan trebel musim ini selepas memenangi Liga Super dan Piala FA.
Katanya, pihaknya memutuskan tidak akan memberi habuan dalam bentuk wang tunai kerana percaya aset tanah itu lebih bernilai dan mampu menjadi kenangan sepanjang hayat kepada pemain serta pegawai.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut menjelang Final Piala Malaysia atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

'Ambil risiko jumpa Brazil'

Posted: 15 Oct 2012 01:07 PM PDT

Tokyo: Pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa menggesa rakan sepasukan untuk berani mengambil risiko ketika berdepan juara dunia lima kali, Brazil pada aksi persahabatan antarabangsa di Poland, malam ini selepas jaringannya membantu Jepun menewaskan Perancis 1-0, Jumaat lalu.

"Apabila kamu berdepan pasukan hebat, kamu perlu berani ambil lebih risiko. Setakat ini, kami belum ambil cukup risiko. Kami perlu lebih berani beri cabaran. Bukan hanya saya dan Yuto Nagatomo (pemain Inter Milan), yang lain pun perlu berani," kata pemain Manchester United itu.

Dua aksi persahabatan itu adalah rangka persiapan Jepun menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Oman, 14 November ini. - Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan