Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Maafkan kami Butler'

Posted: 22 Oct 2012 04:37 PM PDT

Kerajaan Negeri Terengganu kesal kesilapan PBSNT

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri Terengganu mahu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bertanggungjawab dan menyelesaikan segera masalah penggantungan Peter Butler selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan hukuman dikenakan ke atas jurulatih itu tidak sah.

Malah, kerajaan negeri tidak mahu campur tangan dalam isu itu, sebaliknya memohon maaf kepada Butler atas kesilapan teknikal dilakukan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib PBSNT yang menggantung jurulatih itu selama enam bulan serta mengenakan denda RM4,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerap kali memberi nasihat kepada PBSNT supaya meneliti secara terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas Butler.
"Kemelut yang berlaku hingga menyebabkan Butler terpaksa mengemukakan rayuan kepada FAM tiada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya hanya babitkan PBSNT.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri dan Menteri Besar meminta maaf atas apa yang berlaku dan menggesa PBSNT menyelesaikan segera masalah itu," katanya selepas majlis penyampaian hadiah Kenyir Motocross Challenge 2012 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.

Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak membatalkan hukuman dikenakan PBSNT kepada Butler dengan alasan PBSNT tidak mempunyai kod tatatertib dan kes dijalankan secara rambang.

Jawatankuasa Tatatertib FAM juga mendapati PBSNT tidak pernah mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Butler selain Ahli Jawatankuasa Tatatertib PBSNT yang menjatuhkan hukuman didapati tidak bebas dan terdapat percanggahan kepentingan.
Pada pertengahan bulan lalu, Jawatankuasa Tatatertib PBSNT dipengerusikan Ahmad Shukri Zakaria menggantung Butler enam bulan dan denda RM4,000 kerana mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran berhubung dakwaan salah laku dua pemain membawa wanita masuk ke bilik hotel.

Ketika ditanya dakwaan mengatakan Butler akan dilantik sebagai pengurus dan jurulatih T-Team musim depan, Rozi berkata, berdasarkan keputusan FAM, jurulatih itu masih menjadi jurulatih Terengganu.

"Saya dimaklumkan kontrak Butler bersama Terengganu selama 18 bulan dan itu bermakna tugasnya membimbing pasukan masih berkuat kuasa," katanya.

PBNJ lamar Azwan, Daudsu

Posted: 22 Oct 2012 04:08 PM PDT

KAFA sahkan belum terima permohonan Johor dapatkan Mat Yo

Kota Bharu: Dua tonggak Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya dan Mohd Daudsu Jamaluddin mengesahkan mendapat tawaran Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang mahu mendapatkan khidmat mereka untuk musim depan.

Bagaimanapun, Nurul Azwan dan Daudsu menegaskan mereka masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah atau kekal bersama The Red Warriors.

Nurul Azwan berkata, dia menerima tawaran PBNJ sebelum final Piala Malaysia Sabtu lalu selepas mereka menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Namun, pemain sayap kiri itu berkata, masih terlalu awal untuknya membuat keputusan dan akur perasaannya berbelah bagi sama ada menerima atau menolak tawaran itu.

"Saya mahu rehat dulu sebelum membuat keputusan muktamad. Lagi pun, saya baru bantu Kelantan melengkapkan pencapaian trebel dengan menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu," katanya dihubungi semalam.

Tidak mahu terburu-buru

Daudsu, 27, juga berkata dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan kerana ingin berehat bersama keluarga selepas diberi cuti sebulan oleh KAFA.
"Saya sukar membuat keputusan buat masa ini tapi masih mempertimbangkan tawaran PBNJ. Saya harap dapat membuat keputusan terbaik dalam masa cuti sebulan ini," katanya.

Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya belum menerima permohonan rasmi PBNJ untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha.

BH Sukan kelmarin melaporkan Johor menyediakan dana RM5 juta membentuk pasukan mantap dengan memancing beberapa pemain bertaraf bintang termasuk Mat Yo, Nurul Azwan dan Daudsu bagi memperkuatkan cabaran mereka musim depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan