Berita Harian: Sukan |
Kelantan kuasai anugerah bola sepak Posted: 30 Oct 2012 12:14 PM PDT Terbukti anak didik Rajagobal adalah pemain terbaik negara Shah Alam: Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012, semalam dikuasai sepenuhnya pemain kebangsaan, sekali gus membuktikan skuad 35 pemain pilihan Datuk K Rajagobal untuk kempen Piala AFF Suzuki tahun ini dibarisi pemain terbaik negara. Mampu tersenyum Juara treble musim ini, Kelantan mampu tersenyum puas apabila empat anugerah menjadi milik mereka dengan Norshahrul Idlan Talaha menggondol gelaran Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Terbaik) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) (Persatuan Terbaik). Juara Liga Perdana, Tentera yang hampir mengecewakan harapan treble Kelantan pada aksi final Piala Malaysia 20 Oktober lalu, turut pulang dengan empat anugerah - Adil Zafuan Abdul Radzak (Pertahanan Terbaik), Marlon Alex James (Pemain Asing Terbaik), B Sathianathan (Jurulatih Terbaik) dan Kelab Penyokong Terbaik. Gandingan mantap "Saya bangga dapat bersama dengan dua pasukan hebat - Kelantan dan Tentera," kata pengendali 54 tahun itu yang digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik Liga Malaysia (Liga M). KEPUTUSAN |
Siasat pemain ada 'dua kontrak' Posted: 30 Oct 2012 12:05 PM PDT Seremban: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menangani isu pemain yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan lama tetapi dalam masa sama menandatangani kontrak baru dengan pasukan lain. Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara ini tidak beretika dan jika tidak ditangani akan berlaku 'aktiviti kurang sihat' dan orang sudah tidak menghormati lagi kontrak. "Kita panggil diri kita liga profesional tapi sebenarnya tidak. Oleh itu, saya minta FAM siasat perkara ini kerana badan itu lebih arif dan terpulang kepada FAM untuk melihat perkara ini supaya ia tidak menjadi penyakit. "Kalau perlu diperbaiki, diperbaiki... kalau rasa dah ok, terpulanglah. Saya tak cadangkan apa-apa dan saya tak komen apa-apa, tapi bagi saya perkara ini adalah sesuatu yang tidak betul," katanya kepada pemberita, semalam. Beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi menghadapi saingan Liga M musim depan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan