Harian Metro: Arena |
Pemain tuntut gaji tidak munasabah Posted: 30 Oct 2012 09:22 AM PDT PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan pihaknya terpaksa memberi laluan kepada beberapa pemain utama untuk mencari pasukan lain bagi musim depan, selepas tidak dapat memenuhi permintaan kenaikan gaji yang tidak munasabah serta di luar kemampuan persatuan. Sambil menganggap permintaan mereka sebagai keterlaluan, Mohamad yang juga Menteri Besar, berkata kantung PBNS akan koyak jika mereka memenuhi kehendak pemain itu.
"Bagi saya, permintaan itu melampau dan di luar kemampuan persatuan. Malah, kami juga menerima tuntutan gaji tinggi daripada pemain tempatan sehingga menyebabkan kami terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan mereka memilih pasukan lain," katanya, semalam.
Mengenai pemain import yang bakal menggantikan Effa Owona, Mohamad berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa pemain untuk diuji sebelum diserapkan kerana mahu pemain berkualiti yang diperakui baik di atas kertas dan di padang.
Beliau bagaimanapun mengesahkan pemilihan bekas jurulatih kelab Persebaya FC dari Indonesia, Divaldo Elves sebagai ketua jurulatih Negeri Sembilan yang baru dengan keputusan mendapatkan khidmatnya dibuat selepas menilai prestasi dan rekod cemerlang pengendali kelahiran Portugal itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30 |
Posted: 30 Oct 2012 09:16 AM PDT ADAKAH Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad akan meninggalkan badan induk bola sepak tanah air itu dalam tempoh terdekat ini? Itu persoalan yang timbul selepas namanya dikaitkan sebagai calon baru mengisi kerusi Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) selepas penyandang asal Datuk Seri Paul Mony Samuel sudah menamatkan perkhidmatan beberapa minggu lalu.
"Bagi saya berita ini spekulasi saja, ia tiada indikasi kepada saya. Saya tidak tahu bagaimana berita ini ditimbulkan di blog tapi kontrak Datuk Seri Paul Mony Samuel memang betul sudah tamat dan mereka sedang mencari calon baru.
Ketika sekretariat di bawah kendaliannya, Malaysia merangkul beberapa kejayaan iaitu pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Indonesia 2011 serta Piala Suzuki AFF 2010.
Meskipun menganggap berita itu sebagai spekulasi, Azzuddin tidak menolak kemungkinan untuk memberikan khidmat bersama AFF sekiranya mendapat arahan presiden Sultan Ahmad Shah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan