Harian Metro: Arena |
Posted: 06 Oct 2012 09:18 AM PDT BEREGU negara, Mohd Zakry Abdul Latif -Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari mencipta kejutan apabila layak ke final Terbuka Taiwan ketika pemain lain yang menjadi sandaran, kandas semalam. Gandingan Zakry-Fairuzizuan selesa menewaskan beregu tuan rumah, Chen Hung Ling-Lu Chia Bin, 21-13 21-15 dalam masa hanya 31 minit.
Turut kecundang adalah beregu campuran, Ong Jian Guo-Woon Khe Wei, beregu wanita, Khe Wei-Vivian Hoo selain perseorangan negara, Chong Wei Feng yang tewas kepada pilihan kedua dari Vietnam, Nguyen Tien Minh, 21-8 21-19. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/06 |
Posted: 06 Oct 2012 09:09 AM PDT MADRID: Bintang Barcelona dan Sepanyol, Xavi tidak percaya kejayaan menewaskan Real Madrid di Nou Camp, awal pagi esok akan menyingkirkan pasukan Jose Mourinho daripada saingan kejuaraan tapi mengaku ia akan memastikan Barca semakin hampir menjuarai La Liga. "Memenangi perlawanan itu adalah langkah yang penting tapi La Liga belum berakhir," kata Xavi menjelang pertembungan El Clasico itu.
Skuad blaugrana akan beraksi tanpa kapten, Carles Puyol selepas tulang siku pertahan itu terkehel sewaktu kelab itu menewaskan Benfica, 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, Selasa lalu manakala rakan gandingan Puyol di bahagian pertahanan, Gerard Pique yang turut mengalami kecederaan kaki kiri, mencetuskan kebimbangan buat anak buah Tito Vilanova.
"Barca mewakili Catalonia, saya rasa tindakan ini logik, normal dan amat bagus. Begitupun ia hanya perlawanan bola sepak dan tidak mempunyai tujuan politik." Perlawanan hujung minggu ini diadakan ketika pergeseran politik antara Catalonia dan kerajaan Sepanyol semakin memuncak berikutan perselisihan mengenai kemerdekaan fiskal dan autonomi politik. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan