Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


KFC/MYA juara KFC Monsoon Regatta 2012

Posted: 12 Nov 2012 09:13 PM PST

Kuala Terengganu: Pasukan Persatuan Pelayaran Malaysia (KFC/MYA) diwakili pelayar negara, muncul juara keseluruhan KFC Monsoon Regatta 2012 di Pulau Warisan, berakhir semalam.

Pasukan KFC/MYA menguasai Kelas Laser Standard melalui kemenangan Khairul Nizam Mohd Affendy meninggalkan pelayar PPLNP, Nik Ashraf Qaedi dan Azri Suhami (TESA) di tempat ketiga.

Kejayaan Khairul Nizam diteruskan Mohamad Daniel Fauzi yang mengungguli Kelas Windsurfing menewaskan Zainal Misran@Fred yang mewakili pasukan PSC Pulau Pinang dan Muhammad Husaini Mohd Rodzi (PPLNP), ketiga.

Rakan sepasukan Daniel, Muhammad Faizal Norizan memastikan KFC/MYA layak dinobatkan juara keseluruhan dengan mengungguli kategori Dinghy.

Kategori Laser Radial dikuasai pelayar pasukan Persatuan Pelayaran Negeri Perak (PPLNP), Muhamad Farhan Hamid manakala kedua, Nur Amirah Hamid (KFC/MYA) dan Tg Mohd Amirul Asraf Tg Othman (TESA).

Asri Azman dari pasukan TESA pula menjuarai kelas Laser 4.7 meninggalkan dua pesaing dari Johor iaitu Mohd Fazarikman Mohd Faudzi (kedua) dan Nurulizzatul Akmar Mohd Ruzaimi (ketiga).

Pasukan KSA (Kedah) dinobatkan juara kategori pasukan negeri dan membawa pulang hadiah piala, wang tunai RM3,000 manakala PPLNP kedua dan TESA di tempat ketiga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan