Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi wajib menang!

Posted: 13 Nov 2012 06:11 PM PST

Safiq akui menang lawan Hong Kong dan Bangladesh akan kembalikan keyakinan pemain dan peminat

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain bangkit mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong malam ini dan Bangladesh Selasa depan - kedua-duanya di Stadium Shah Alam.

Kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu amat penting bagi mengembalikan semula sokongan peminat selain membuktikan kepada peminat betapa mereka sudah bersedia mempertahankan mahkota kejuaraan Piala AFF Suzuki selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut menentang Vietnam 1-0 dan Thailand 2-0.
Saya sedar banyak kritikan dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand, tetapi saya yakin semangat dan moral kami bertambah kuat untuk membuktikan keupayaan sebenar kami di kejohanan itu nanti," - Safiq

Walaupun Datuk K Rajagobal masih belum memuktamadkan lagi skuad utamanya, ia dilihat bukan masalah untuk Harimau Malaya sekali lagi membaham Hong Kong serta Bangladesh yang seharusnya tidak mendatangkan masalah buat pasukan kebangsaan.

"Kita perlu menang perlawanan ini," kata kapten negara, Safiq Rahim yang turut mengakui pasukan kebangsaan kini seharusnya cukup bersedia berdepan mana-mana lawan dari rantau ini. "Ia penting untuk keyakinan kami dan juga keyakinan peminat.

Peminat senjata utama

"Pada peringkat ini saya rasa fokus utama kami ialah perlawanan pertama menentang Singapura 25 November nanti, tetapi pada masa sama baki dua perlawanan persahabatan ini perlu diakhiri dengan keputusan positif bagi mencetus keyakinan tinggi pemain.
"Saya sedar banyak kritikan dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand, tetapi saya yakin semangat dan moral kami bertambah kuat untuk membuktikan keupayaan sebenar kami di kejohanan itu nanti."

Safiq, 25, adalah kapten pasukan kebangsaan ketika menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali dua tahun lalu. Ketika itu menurut Safiq, tekanan dan kritikan terhadap pasukan kebangsaan lebih hebat terutama selepas kekalahan 5-1 di tangan Indonesia pada perlawanan pertama.

"Kami sudah pernah mengalaminya (tekanan), malah ia jauh lebih berat dengan kejohanan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta. Tetapi kami berjaya mengharunginya hingga muncul juara dan tidak mustahil ia diulangi, apatah lagi di laman sendiri," katanya.

"Saya harap kita menggunakan sepenuhnya peluang sebagai tuan rumah dan sokongan padu penyokong setia bola sepak negara pasti akan menjadi senjata utama skuad kebangsaan kali ini."

Butler lega isu kontrak berakhir

Posted: 13 Nov 2012 10:53 AM PST

Kuala Terengganu: Kontroversi penamatan kontrak Peter Butler sebagai jurulatih Terengganu menemui penghujungnya kelmarin dan pengendali dari England itu kini bakal menandatangani kontrak sebagai pengurus merangkap jurulatih T-Team dalam tempoh terdekat.

Butler, 46, mengakui lega dan gembira dengan penyelesaian kemelut isunya itu dan sudah bersiap sedia untuk menumpukan sepenuh perhatian mempersiapkan skuad T-Team bagi menghadapi saingan Liga Super 2013.

"Kalau boleh, saya mahu menyelesaikan semua perkara termasuk kontrak baru saya dengan T-Team dan pemilihan pemain baru pasukan dalam masa seminggu ini.
Kalau boleh, saya mahu menyelesaikan semua perkara termasuk kontrak baru saya dengan T-Team dan pemilihan pemain baru pasukan dalam masa seminggu ini. - Butler

"Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membentuk pasukan yang mampu mencabar mana-mana pasukan dalam saingan musim baru Liga Super nanti," kata Butler, semalam.

Boateng sahut cabaran

Dalam pada itu, bekas penolong pengurus pasukan, Abdul Rasid Jusoh yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif T-Team yang baru berkata, beberapa pemain ternama termasuk bekas pemain Aston Villa, George Boateng yang tiba di Kuala Lumpur petang semalam, dijangka bakal memperkuatkan barisan pemain kelab itu.

Selain Boateng, pemain kelahiran Lisbon, Portugal, Luis Boa Morte, yang sebelum ini pernah menempa nama di Arsenal, Fulham dan West Ham United dari 1997 hingga tahun lalu, juga menunjukkan minat bermain bersama T-Team.
"Isu pemain yang akan diambil atau dilepaskan dijangka dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kami sudah tidak mempunyai banyak masa lagi sebelum tibanya tarikh akhir pendaftaran pemain pada 6 Disember nanti," kata Rasid.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan