Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Orang boleh cakap apa saja'

Posted: 17 Nov 2012 03:25 PM PST

Pangkor: Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menghiraukan kecaman dan kritikan dilemparkan terhadapnya berikutan prestasi hambar anak buahnya menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Bukit Jalil, mulai Ahad depan.

Sebaliknya Rajagobal tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangan anak buahnya mempertahankan piala dimenangi dua tahun lalu.

Biarlah apa orang nak kata dan cakap, saya tetap memberi tumpuan penuh kepada misi mempertahankan gelaran. Saya yakin anak buah saya akan memberi persembahan terbaik apabila kejohanan bermula nanti.

Hentikanlah tindakan menghukum pasukan sebelum sempat mereka bertanding dalam kejohanan sebenar, katanya ketika ditemui di Pulau Pangkor Beach Resort, semalam.

Jurulatih itu menyelar tindakan segelintir pihak yang pada pendapatnya hanya gemar mengkritik tetapi tidak memberi sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Walaupun jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui pencapaian anak buahnya dalam perlawanan persahabatan setakat ini kurang memberangsangkan, ia tidak boleh dijadikan penyebab menghentam pasukan.

Inilah pemain yang melakarkan kejayaan gemilang muncul juara Sukan SEA dan kemudian memenangi Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun, katanya.
Mengenai kedatangan ke Pulau Pangkor, Rajagobal berkata ia bukan kerana hendak lari daripada sebarang tekanan sebaliknya bertujuan memberi peluang merehatkan minda dan motivasi kepada pemain.

Arsenal bangkit belasah Spurs

Posted: 17 Nov 2012 03:19 PM PST

London: Arsenal memanfaatkan kelebihan pemain apabila Emmanuel Adebayor dibuang padang, untuk bangkit dari pada ketinggalan seterusnya membenam cabaran Tottenham Hotspur 5-2 pada pertemuan seteru tetangga utara London, malam tadi.

Adebayor, yang menjaringkan gol untuk Spurs mendahului pada minit ke-10 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, dikenakan kad merah ekoran terjahan dua kaki ke atas Santi Cazorla tujuh minit kemudian, sekali gus membuatkan pasukan pelawat gagal menemui rentak semula.

Pertahanan Jerman Per Mertesacker menjaringkan gol penyamaan buat Arsenal dengan tandukan padu pada minit ke-24, dan pasukan bimbingan Arsene Wenger itu menambah dua gol pada tiga minit terakhir separuh masa – melalui Lukas Podolski dan Olivier Giroud – untuk terus menguasai perlawanan.

Pemain Sepanyol, Cazorla menambah jaringan keempat selepas menerima hantaran lintang Podolski pada minit ke-60, namun Spurs sedikit ceria untuk kembali memberi saingan melalui sepakan kencang Gareth Bale dari luar kotak penalti pada minit ke-71.

Namun Arsenal bingkas bangkit dengan serangan bertubitubi yang akhirnya membuahkan hasil menerusi Theo Walcott yang menyempurnakan umpanan Alex Oxlade-Chamberlain pada masa kecederaan.

Jaringan 5-2 itu adalah sama ketika kedua-dua pasukan bertemu musim lalu pada bulan Februari.

Kemenangan The Gunners itu adalah kemenangan pertama selepas empat perlawanan dalam semua pertandingan. Reuters

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan