Berita Harian: Sukan |
Posted: 24 Nov 2012 04:37 PM PST Kuala Lumpur: Hanya satu matlamat di minda Safiq Rahim (kanan) dan rakan sepasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini - membuktikan Harimau Malaya adalah pasukan disegani di rantau ini. Kapten pasukan kebangsaan itu turut menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan skuad Piala Suzuki AFF kali ini dalam mempamerkan aksi lebih baik berbanding dua tahun lalu.
"Pasukan kali ini lebih baik dan persediaan kami juga lebih rapi," kata Safiq, pemain tengah yang sering menjaringkan gol daripada situasi bola mati. "Dalam edisi sebelum ini, kami tidak diletakkan harapan tetapi bangkit selepas tewas perlawanan pertama untuk menjulang kejuaraan. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan dan semangat itu perlu sentiasa ada dalam diri pemain. "Kali ini kita bermula dengan persiapan lebih rapi dan barisan pemain terbaik yang negara ada, jadi tidak ada alasan mengapa perkara sama tidak dapat ditunjukkan pada kejohanan kali ini di mana kita beraksi sebagai tuan rumah." Menurut Safiq, dua kemenangan penting dua tahun lalu dicatat di Stadium Nasional Bukit Jalil - kemenangan separuh akhir pertama ke atas Vietnam dan final pertama ke atas Indonesia - dan kali ini kelebihan sebagai tuan rumah perlu digunakan sepenuhnya.
|
Posted: 24 Nov 2012 02:56 PM PST Hong Kong: Lee Chong Wei membuktikan dia masih berbisa walaupun selepas cuti panjang sempena perkahwinannya apabila menempah aksi final Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2012, semalam. Pemain nombor satu dunia itu membenam cabaran pemain pilihan keenam, Kenichi Tago dari Jepun 21-19, 21-15 di peringkat separuh akhir perseorangan lelaki dalam masa 45 minit.
Langkah gemilang Chong Wei ke final diikuti beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menumpaskan pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin, dengan kemenangan straight set 22-20 21-13 dalam masa 37 minit. Koo-Tan yang tewas di separuh akhir Terbuka China minggu lalu mendapat kemenangan percuma di suku akhir selepas lawan mereka dari Korea Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae menarik diri akibat kecederaan. Pasangan negara yang berada di ranking kedua dunia akan menentang satu lagi wakil China, Cai Yun-Fu Haifeng yang menewaskan rakan senegara, Liu Xiaolong-Qiu Zihan, 18-21 21-17 21-16. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan