Berita Harian: Sukan |
Posted: 28 Nov 2012 11:48 AM PST Malaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini. "Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah. "Norshahrul (Idlan Talaha) yang tetap mahu diturunkan walaupun mengalami sedikit masalah di bahagian telinga, juga mempamerkan aksi terbaiknya malam ini." Rajagobal turut memuji kedua pemain sayapnya, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang kerap kali mencipta peluang menerusi larian kencang dan hantaran-hantaran cantik ke depan gawang lawan. "Sekarang kita perlu lupakan kemenangan ini dan memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," kata Rajagobal yang mengharapkan sokongan padu terus diberikan kepada pasukan kebangsaan. Lagi berita menarik sekitar Piala Suzuki AFF, dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. segar mata Masih ramai lagi pemain liga malaysia yang berkualiti,(PIYA,SABRI,INDERA,HAI-O,RUBEN).. zETON SEMEOWN (mENARUH HARAPAN) Super Safee 10 gigih berusaha daripada 7 peluang terhidang hanya satu dapat disudahkan oleh beliau. Namun harus diingat pada kejohanan edisi yang lalu Super Safee 10 lambat panas. Beliau sudah dapat menjaringkan gol, kita patut berikan harapan padanya. InshaAllah dia bakal menjadi lagi. Rajagopal juga harus mencuba Ahmad Hazwan Bakri sekiranya kita pada kedudukan selesa. Menentang musuh seNusantara kita Indonesia ibarat ulangan perlawanan akhir 2010. Skuad Nil Mazar tampil dengan ramai muka baru. Waspada dengan Andik Vermansyah (Messi Indonesia). Mahalli harus mengawal kemas Andik di samping Wan Zack yang harus membantu. Ramalan Kak Ton, Malaysia akan mengalahkan Indonesia 3-0 sekiranya kita mengekalkan corak permainan semalam. Cuma kita jangan cuai dan lalai kerana musuh sentiasa akan cuba di saat kelekaan kita. Safiq Rahim sepakan percuma memang berkelas dunia. Kekalkan rentak, PS: Jangan buat kesilapan! Fokus! InshaAllah Harimau Malaya akan jadi Juara lagi 2012!! SABAK Walaupun gembira dengan kemenangan besar ke atas Laos, tetapi kita seharusnya menang dengan lebih besar di mana tidak kurang dari 5 gol telah terlepas dari Safiee Sali. Apabila berlawan dengan team yang kuat, peluang sebegitu tidak banyak dan kalau tidak direbut utk menghasilkan gol, kita akan kalah. Saya percaya Singapura tidak akan lepaskan peluang utk menjaringkan gol sebanyak mungkin dengan Laos utk memintas Malaysia dari segi gol average. peminat bola negara safee sali perlu direhatkan, beri peluang kepada badrol bakhtiar dan khyril muhaimeen atau hazwan. Kepada pemain yang tidak fokus perlu diletakkan di bangku simpanan. Mohon pemain malaysia jangan mudah leka setelah leading lawan. Perjuangan perlu diteruskan, menang sahaja tiada seri mahupun kalah. KRUL82 Alhamdulillah Harimau Malaya mencatat kemenangan... tahniah kepada jurulatih, semua pemain dan semua yang telibat terutama penyokong Malaysia .Saya cuma komen Khairul Fahmi patut diberi peluang... jangan disebabkan kesilapan yang lepas kita nak hukum dia cuba ingat apa kecemerlangan dan kewibawaan beliau yang lepas kena ambil kira bagi menaikan lagi moral beliau... n bagi peluan pemain... terutama sekali pemain muda Ahmad Hazwan Bakri beliau pernah membuktikan jaringan hatrik tu... kasi peluang orang labuan main... ba.... luqman penyudah agak tumpul, sepatutnya 7 atau 8 - 1, penyudah perlu ditajamkan. safie sali tajamkan lagi rembatan mcm dulu. djam eusof apa la musadi nii....org nk komen dis pon nk komen. klau malaysia mng dgn indon, lantak la s'pore nk mng brp pon.m'sia mna bleh gagal coz dh dpt 6 point.p tiusyen math semula. MHR Tahniah Harimau Malaya kerana aksi cemerlang, teruskan rentak aksi mlm td. fokus kearah kemenangan, kawal stamina. jgn takut nk rembat kearah gawang lawan..HM never go alone. waza6040 BRAVOOO....tingkat usaha disetiap perlawanan terutama bhg tengah dan kental dibhg bek nescaya akan menepati sasaran .penyerang perlu cerdik didepan gol ,jgn terlalu geram membuat sepakan ,gunakan lengok badan yg mengelirukan . wanzulkafleemohamad Kita sepatutnya menang 14-1 dpd deretan peluang satu lwn satu..ini bermakna barisan penyerang gagal melaksanakan tugas dengan baik. Wbgmanapun tahniah sbb menang.. ginger bread bagus2....lwn indo gme wajib mnang...jgn hrpkan seri sbb indo hny prlukan sri utk layak ...pe2 pn steady NO. 18 mee bandung Muar Kemenangan dgn Laos ini boleh dianggap sebagai tonik utk HM terus cemerlang dgn Indon nanti.. Teruskan berlatih & main sungguh2 dgn Indon nanti.. Indon cuma perlu seri utk layak ke semi final.. HM tiada pilihan kecuali menang.. Banyak lagi kelemahan semasa lwn Laos yg perlu diatasi segera.. mr gaban transform secara matematiknya, harimau malaya boleh dan dapat MEMBAHAM garuda,namun harus diingat bola tu bulat 1st eleven yg tau kemena hala tuju bola tu bergolek,apapaun tahniah dan syabas atas kemenangan 4-1 ke atas loas semalam, Wanzul Sepatutnya kita boleh menang 14-1 tp penyerang tumpul..wbgmanapun tahniah sbb menang.. sovo Syabas kpd skuad HM atas kemenangan yang sekian lama dinantikan oleh penyokong setia kita!!Kebangkitan seperti ini dijadikan sebagai bekalan motivasi bagi mempertingkatkan mutu persembahan yang lebih baik dalam perlawanan-perlawanan akan datang. Harus dingat, perjuangan HM belum selesai dan 'ngauman' yang lebih yakin dan jitu amat diharapkan semasa menentang pasukan Indonesia Sabtu ini demi mempertahankan maruah negara dan kesetiaan penyokong anda!!!! ibuzain kualiti permainan masih jauh..apapun syabas HM sovo Tahniah skuad Harimau Malaya dan Datuk RG atas kemenangan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh penyokong setia kita. Kebangkitan ini dianggap bekalan motivasi untuk mempertingkatkan mutu persembahan bagi perlawanan seterusnya. Harus ingat, perjuangan belum selesai lagi dan semua pemain HM harus tunjukkan permainan yang lebih jitu dan mantap sehingga lawan kita merasai kemampuan kita sebenarnya!!!Ayuh HM..ngaumlah lebih yakin dan wira demi negara dan penyokong yang tercinta ini !!! abikhsan Tahniah buat HM... Ayuh tumpaskan garuda pula.... Kritik tanda saya dan sokong tanda semangat... oh my bm fendom...sape saifi saili tu x kenal ar??? jgn kritik je terus sokong harimau melaya...x kira siapa pun berada dalam skuad harimau malaya ZORRO Tahniah HM. Semua penyokong diminta beramai-ramai kestadium bagi perlawanan dgn Indon. Kita perlukan kemenangan tidak ada tidak. Pemain perlu lebih kerja keras.....kejar bola dikaki lawan, himpit jgn diberi ruang, terjah/rempuh cuma bila perlu dan main dgn 11 pemain. Good Luck HM. ibuzain kualiti permainan masih jauh..apapun syabas HM jubei yenaiki jangan angkuh. sang garuda lagi hebat dari laos.tingkatkan semangat juang satu malaysia. zuljb teruskan momentum...menyesal tak tengok semalam...go Harimau Malaya oreklate Azmi muslim tak boleh main...muka pun pucat. camana nak main bola Syabas kpd rajagopal. Malang penyokong harimau tidak ramai yg setia. Kalau sayangkan harimau sepatutnya tunjukan sokongan spt game pertama. Tidak patriotik langsung. boring ngan rajagopal taniah...hm...tp perjalanan masih berliku kayzek Tahniah harimau malaya!!...tapi perjuangan masih belum selesai.... Coach Raja kena yakin dengan pemain simpanan...jika diberi peluang pasti akan menunjukkan pretasi yang terbaik untuk merebut kesebelasan utama.tengok saja game semalam...well done !! Shawn takdak apa yg perlu dibanggakan... nampak betuii ceteknya rakyat malaysia.. permainan camtu di katakan bagus... yg betulnya laos tu yg x baguih.. cer kalau lwn dgn team yg setanding/setaraf... gerenti kelam kabut game malaysia... jgn dok bangga setakat menang dgn Laos... buktikan dulu dengan team yg setaraf.. Tembakau Tak perlu menang besar untuk ke semifinal. menang sahaj sudah cukup. Tapi perlu bersedia berjumpa thailand semi final nanti. Rajagopal Ble... hehehehe mohd. khan sidil Tahniah Malaysia. Begitulah kalau mau kejayaan berusaha mesti lebih sedikit. Tetapi saya amat tidak puas hati dengan permaian no.10 dan no. 9 pemain Harimau. Mereka bukan pasukan dalam harimau tetapi dalam pasukan AYAM SERAMA bukan AYAM tembatan. Jadi ukurlah diri anda jangan melenting kalau ada orang tidak puas hati dengan permainan anda, kerana wang yang anda terima adalah wang rakyat. adi dendang Tahniah harimau malaya....tapi ramai lagi pemain yang bagus dalam liga malaysia yang belum diberi peluang...piya,farhan,hairudin,indra,ashari,ismail faruqi, j.kallang tee, shafiq jamal,amri yahyah... imigreesen bukit bunga jeli kelantan(bebas cukai) syabas pasukan harimau malaya.memang kamu sepasukan menbuat kami terpukau malam tadi.kami lihat dan kira pemainan malam tadi jika hantaran bola rembatan ke hadapan goll lawan dikira belas belasan jumlahnya.kamu semua pemain memang............ hebat . Shawn takdak apa yg perlu dibanggakan... nampak betuii ceteknya rakyat malaysia.. permainan camtu di katakan bagus... yg betulnya laos tu yg x baguih.. cer kalau lwn dgn team yg setanding/setaraf... gerenti kelam kabut game malaysia... jgn dok bangga setakat menang dgn Laos... buktikan dulu dengan team yg setaraf.. leyna Sekalung tahniah kpd Harimau Malaya..tingkatkan lagi semangat juang anda semua..Harimau Malaya Boleh!! nazrimahat Dengan bantuan Allah S.W.T pasukan Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan jaringan 4-1. Kerjasama berpasukan telah menunjukkan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan lawan mereka dengan jaringan yang besar, dengan semangat ini dan mengekalkan rentak permainan yang berkualiti. InsyaAllah pasukan bola sepak Malaysia mampu membenam pasukan lawan seterusnya ia itu pasukan Sang Garuda (Indonesia) leyna Sekalung tahniah kpd Harimau Malaya..tingkatkan lagi semangat juang anda semua..Harimau Malaya Boleh!! Raja Cobaan Amboi Rimau mentang-mentang lawan kucing hangpa belasah sakan nampak, buat masa la ni aku tak nak puji lagi, nanti kalau menang dengan Indon baru aku fikirkan !. Lagi satu Rimau tolong lah berlatih teknik penyudah yg baik, tengok pasukan Singa bila bola di kotak panalti lawan 95 peratus pasti gol. nazrimahat Dengan bantuan Allah S.W.T pasukan Malaysia berjaya menumpaskan pasukan Laos dengan jaringan 4-1. Kerjasama berpasukan telah menunjukkan kebangkitan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan lawan mereka dengan jaringan yang besar, dengan semangat ini dan mengekalkan rentak permainan yang berkualiti. InsyaAllah pasukan bola sepak Malaysia mampu membenam pasukan lawan seterusnya ia itu pasukan Sang Garuda (Indonesia) Zai.mamuTanjong Harimau dah keluar dari hibernasi ke! Baham Garuda pula ye.Menang aje dah cukup utk masuk semi-final! pecinta bola sepak88 tahniah harimau malaya...tp jgn terlalu gembira sgt..masih ada halangan yg menanti..Raja mintak tlg baiki kelemahan yg ada..jgn selalu guna hantaran jauh,,pemain2 kena rajin@fokus..tgk semalam sentuhan pertama pemain FAIL..semalam kita boleh menang besar lg..tp bnyk peluang x dpt disempurnakn dgn baik..safie jgn menendang bola ntah ap2...TARGET...pertahanan tingkatkn lg prestasi...mahali bgos naik tlg barisan penyerang,,tp cepat2 turun bawah..semalam laos menyerang sebelah sne jew...ap2 pn gud luck n the best..setiap perlawanan anggap jew mcm FINAL... melighani Tahniah Harimau Malaya...'permulaan' yang baik...Bahagian tengah sudah nampak berfungsi namun boleh dipertingkatkan lagi..apa yang lebih penting adalah konsisten dalam setiap perlawanan..Perlawanan dengan Indon nanti adalah ujian sebenar 'kekuatan' Harimau Malaya..,dengan Loas malam tadi adalah ujian 'keserasian' antara pemain dalam menterjemahkan tektikal dan arahan DRG dalam perlawanan sebenar... Roti Pisang mana komen-komen semalam yg mengatakan Harimau Malaya akan kalah menentang Laos, sampaikan ada yg nak kerat kuku semua, semalam terbukti yg HM masih mampu menang... jangan sokong bila menang saje, bak kata pepatah "kalau tak sokong masa kalah, jangan sokong jugak masa menang"... shikin tahniah untuk pasukan harimau malaya. teruskan usaha dan semangat berpasukan dalam menentang pasukan Indonesia...Malaysia BOLEH... Rimau Lepas ni KO Indon, KO Indon, KO Indon, KO Indon,
skyGun Tahniah buat HM. tapi masih banyak lagi perlu di perkemaskan.terutama jentera serangan.SS dan MY tak menyengat sgt mlm tadi.perlu ada naluri pembunuh.bunuh semangat pihak lawan dengan cepat.banyak peluang SS terlepas begitu saje.pertahanan agak baik.sayap berfungsi sepenuhnya.tengah perlu perbaiki lagi.penjaga gol boleh dikekalkan untk FM.Pape pun perlu menang dengan INDO.perlu menang....GO HM...GO HM..... fendom sebenarnya lebih ramai lagi pemain yg bagus dlm liga malaysia tidak dipilih dan diberi peluang bermain Safei saili patut bagi peluang pada pemain lain amir abdullah Tahniah atas kemenangan ke atas Laos. Kami kritik & marah sebelum ni sebab kami sayangkan Harimau Malaya. Defend, mildfielder dah ok, cuma striker perlu bijak buat keputusan depan gol. jangan pikir lama sgt sebab lawan akan tutup ruang, ada peluang just SHOT on target. kuda kepang alhamdulillah, tahniah. wlubgmn pun segala kelemahan perlu dikenalpasti. silly error hendaklah dielakkan sm sekali. semangat tgh tinggi, kekalkan momentum bila lwn Indo. slmt berjuang One Two Roger Excellent Malayan Tigers!!
musadi kita kena menang besar dgn indon sekurang-kurangnya 3-0..tapi kalau singa menang besar dgn loas maka kita akn gagal.. King Aji Tahniah Harimau Malaysia! Beri lebih peluang kepada Zubir dari Azmi ahmad radi taib Tahniah atas kemenangan...tp para pemain msh melakukan kesilapan yang sama..kesilapan mudah...memudahkan pihak lawan menjaringkan gol spt mana gol pertama Laos...hantaran tidak tepat..cuma semangat juang yang berbeza dgn perlawanan pertama. |
BAM tubuh jawatankuasa kendali pengambilan pengarah kejurulatihan Posted: 28 Nov 2012 11:41 AM PST Rompin: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendali proses pengambilan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi bagi skuad badminton negara. Presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata jawatankuasa itu juga akan membuat saringan dan menyenarai pendek calon yang bakal dipilih bagi mengisi jawatan berkenaan.
"Mungkin (sebilangan jurulatih) dia pandai dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan dia tak boleh. Saya rasa ramai antara jurulatih dalam negeri boleh melatih pemain menjadi pemain di peringkat dunia," katanya di sini, kelmarin. Mohd Nadzmi berkata yang penting, jurulatih berkenaan bukan setakat pandai melatih tetapi juga mengurus pemain. Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sebelum ini menolak untuk memikul tugas pengarah kejurulatihan berkenaan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan